Sunday, August 30, 2009

Melatih ayam serama bergaya

Mengapa serama aku tidak bergaya di atas meja macam orang lain? Letak je atas meja kira mahu terjun.
kkkkk
Serama aku tidak tarik mendada pun macam serama orang lain?
lllllll
Aku dah cuba macam2 tips tetapi tiada perubahan. Mesti ada rahsia yang diorang x bagi tau?


Inilah antara soalan yang kerap menjadi persoalan pada CJ semasa baru mula2 nak main serama. Daripada yahoo group dan chatting dalam blog juga dapat CJ perhatikan ada individu yang baru menceburi bidang ini juga mengalami masalah serupa. Oleh itu adalah menjadi tanggung jawab CJ untuk memberi sedikit informasi kepada peminat yang baru bagaimana untuk menjawab persoalan dan keraguan mereka.

Blog ini akan cuba merungkai dan memberi informasi dan tips2 yang sangat berguna untuk peminat yang baru. Memang itulah harapan CJ bagi mendidik generasi baru mengenai dunia serama yang amat unik ini. CJ sedia untuk berkongsi pengalaman dengan kalian....

Sering kali kedengaran sahabat2 yang kecundang untuk melatih serama bergaya di atas meja. Serama yang di letakkan di atas meja rasa tidak tentu hala dan asyik mahu terjun. Serama yang telah dilatih sepenuhnya di atas meja akan rasa sangat selesa bila berada di atas meja. Pernah CJ berkunjung ke reban seorang sahabat bernama Masri di Taman Pantai Lok Kawi Sabah di mana seramanya apabila diletak di atas tanah/lantai ia akan terus melompat ke atas meja dan bergaya. Baginya lebih selesa berada di atas meja.

Persoalan???

Apa itu GAYA?

Gaya adalah sesuatu yang sangat subjektif untuk diterangkan bergantung kepada citarasa individu yang berbeza. Ada orang yang sangat obses dengan serama gaya selam, lagi selam lagi bagus. Serama selam sangat digemari oleh jurufoto kerana mudah untuk mendapatkan pose yang menarik dan ianya fotogenik. Ada juga yang lebih suka kepada serama yang tarik sekadar selari dengan kaki tetapi berjalan menjelajahi setiap penjuru meja. Serama ini sangat susah untuk di ambil gambar ia bergaya dan tidak fotogenik.

Terdapat 2 faktor utama bagaimana hendak menghasilkan serama yang bergaya di meja;

1. Pilih baka yang dari darah gaya hebat.
Pemilihan baka gaya adalah faktor paling penting dan menjadi teras kepada kejayaan untuk menghasilkan ayam yang hebat di atas meja. Baka yang hebat gayanya agak senang untuk di ajar. Ia umpama burung kakak tua yang pandai bercakap. Bukan semua burung kakak tua yang mudah untuk diajar bercakap. Hanya baka tertentu sahaja yang mudah diajar seperti dari baka african grey. Baka serama yang bukan dari darah gaya tetap boleh dilatih bergaya tetapi gayanya adalah tidak konsisten dan perlu diberi latihan yang berterusan.

2. Teknik dan kaedah pemeliharaan yang betul.
Serama yang bergaya di meja memerlukan penjagaan yang betul dan ianya bermula dari usia anak. Ia perlu di ajar untuk tidur di atas kayu bagi menguatkan otot kaki seterusnya menghasilkan kaki yang lurus dan dapat berdiri dengan tegak. Serama tanding juga memerlukan makanan yang seimbang serta protein yang tertentu seperti vitamin E dari minyak ikan untuk mencantikkan bulu. Vitamin E juga adalah baik untuk serama pembaka jantan dimana ia bertindak untuk meningkatkan pengeluaran air mani.

kkkkkkkkkkkkkkkkkk

Sebab apa letak serama di atas karpet dan di serkup di atas meja?

romeo



Bapak limbat+husin


Latihan tersebut hanya bertujuan untuk melatih ayam berdiri dan membiasakan serama dengan suasana pertandingan. Ia juga untuk memastikan ayam dapat 'parking' atau berdiri dengan keadaan yang selesa tanpa tekanan. Ayam darah gaya yang tidak dilatih di atas meja tetap akan bergaya di dalam reban atau di lapangan terbuka tetapi apabila diletakkan di atas meja ia akan gelisah dan menunjukkan tingkah laku untuk terjun meja. Pada usia 4-6 bulan merupakan usia agresif dan serama akan sangat aktif. Pada usia inilah ia sangat penting untuk di serkup bagi mengurangkan keagresifannya.

Oleh itu, latihan yang intensif bukanlah jawapan kepada penghasilan serama yang hebat dimeja tetapi faktor baka adalah sangat penting. Baka yang hebat gayanya akan mewarisi gaya sehingga akhir hayatnya tetapi ayam dari baka bukan bergaya tetap akan bergaya tetapi tidak konsisten gayanya dan akan hilang seri apabila tidak diberi latihan yang berterusan.

*** segala coretan di atas hanya pandangan peribadi CJ yang dicetuskan daripada pengalaman.

Sila berikan komen anda dengan cara klik pada perkataan comments di bawah.

1 comment:

  1. benarlkah untuk mendapat serama yg tas mesti diletak dalampipe ygkosong seperti pipe air plastic ditandas

    ReplyDelete