Wednesday, February 23, 2011

Peluru terbaik 2010

Anugerah peluru terbaik 2010 ayam reban CJ di anugerahkan kepada ibu kapan berkaki biru ini. Semua anaknya tetap keluar paten ayam kapan walaupun CJ menggunakan jantan terbaik. Tetapi ibu ini memiliki naluri ibu yang sangat hebat dan pakar menjaga anak. Kira dia nie umpama guru nurseri jaga budak2 :)

Rekod terbanyak yg pernah CJ masukkan anak yang menetas dari inkubator ialah 23ekor. Bayangkanlah bagaimana ibu ini boleh menjaga 23ekr ank dengan sihat. Masuk je anak umur berapa pun dia tetap akan jaga. Byk serama hebat CJ adalah di bawah penjagaan ibu ini.



Istirehat di bawah lampu


Ruang reban yang luas dan selesa


Suap anak makan :)



Ini induk champion CJ yang turut pandai jaga anak. Tetap anggun n bergaya.


Sunday, February 20, 2011

Pertandingan : 06/03/11 Papar


PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA 2011

PERINGKAT NEGERI SABAH


Tarikh : 06 / 03 / 11 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi

Lokasi : Tamu Papar

Kategori :

Ayam A
Ayam B
ABS
Muda
Induk
Remaja
Anak


Yuran :

Remaja - Ayam A Rm 30
Anak Rm 15

Tuesday, February 15, 2011

Peluru Emas Pembaka Unik

Ini ialah jantan pembaka di reban CJ yang bernama Peluru Emas dari baka limbat. Cutting dia cukup lentik dan segalanya original. Cuma balungnya agak besar tidak sesuai dengan kepalanya yang kecil. Kalau tidak disebabkan balung memang dari awal lagi CJ set up utk bawa game. Dah memang takdir dia hanya jadi pembaka full time :)



Warna full set kuning yang agak cantik serta body paten terkini. Berat ayam B 380g


Ini anak dia warna kuning bersih umpama emas. Balung kecil je. Ayam saiz mini berat 230g



Ini pun anak dia paten ikut bapak. Balung ori cantik tersusun. Juga ayam saiz mini berat 250g.


Ekor kena tarik skit baru boleh turun leher.






Bapak balung besar tidak semestinya akan diwarisi oleh anak2nya. Kena pandai cari induk balung halus. Guna induk balung besar pun kadang2 keluar juga anak balung kecil. Saiz bapak pembaka juga begitu. Bagaimana bapak B boleh hasilkan anak saiz AA dibawah 250g. Apapun bergantung kepada rezeki juga.

*** kedua2 anak Peluru Emas kini milik Saudara Razak Papar.

Wednesday, February 9, 2011

Tips : Cacing oh cacing ......

Cacing merupakan endoparasit yang selalu menyerang pets. Endoparasit boleh di difinisikan sebagai parasit yang menyerang anggota dalaman. Lawan kepada endoparasit ialah eksoparasit yang menyerang bahagian luaran contohnya kutu dan hama.

Serangan endoparasit seperti cacing umpama silent killer yang menyerang secara senyap tanpa disedari oleh kita. Ayam penelur lebih berisiko tinggi berbanding ayam daging!! kenapa?? Sebabnya ayam daging biasanya jangkamasa pelihara adalah singkat sekitar 35 hari sahaja. Ayam penelur pula lebih lama dipelihara sehingga produksi telurnya menurun.

Bagaimana pula dengan ayam serama? serama dipelihara biasanya lebih lama dari ayam penelur. maka risiko serama diserang cacing adalah sangat tinggi. Ladang ayam yang sistematik dengan pembersihan dan pencegahan penyakit yang berjadual pun tidak dapat lari dari cacing. Inikan pula reban serama kita yang di belakang rumah.


APAKAH TANDA-TANDA AYAM YANG KECACINGAN?

1. Kurus walaupun kuat makan

2. Nampak lesu

3. Kadang-kala berak berdarah, kehausan dan minum terus-menerus.

4. Produksi telur menurun atau terhenti.


Tahukah anda bahawa sistem breeding ayam serama membuatkannya sangat berisiko tinggi untuk terkena serangan cacing??? Mengapa?

Perumah utama cacing adalah didalam usus. Ia membiak dengan cepat didalam usus dan berkongsi makanan dengan perumahnya. Bilangan cacing yang banyak akan dikeluarkan melalui najis dalam bentuk cacing itu sendiri atau telur cacing.

Najis yang mempunyai telur cacing kadang-kala dimakan oleh ayam lain, maka bermulalah kitaran satu persatu serama akan kecacingan. Sistem reban yang berlantai dengan najis yang terkumpul umpama syurga bagi cacing untuk membiak. Dari mata kasar tiada cacing yang kelihatan tapi sebenarnya penuh dengan telur2nya bersedia untuk masuk ke perumahnya yang baru.

Selain daripada najis, vektor pembawa cacing ialah lalat, kumbang, siput dan lain2 serangga termasuk semut!! Cacing tanah juga adalah vektor yang sangat berisiko. Ayam yang dikurung 24 jam dalam reban pun ada risiko jika vektor2 ini ada di sekeliling reban anda.


Pencegahan cacing

1. Tanam ayam yang mati melebihi 20meter dari reban dengan kedalaman 1.5meter. Wahhh... dalamnya bro... nak senang CJ biasanya masuk dlm plastik, ikat dan buang dalam tong sampah.

2. Minimunkan vektor pembawa cacing dengan mengamalkan kebersihan reban yang optimum.

3. Pastikan pengudaraan adalah baik bagi reban yang lantai tertutup supaya najis cepat kering. Najis yg lembab akan menyebabkan cacing mudah membiak.

4. Taburkan kapur atau abu di bawah reban supaya kadar resapan tanah menjadi lebih baik. Ini adalah bagi reban alas dawai BRC. CJ sendiri pun skarang nie tgh upgrade reban lantai plywood kepada lantai dawai BRC. Eksperimen reban breeding guna lantai dawai menunjukkan keputusan yang sangat baik. Posting berikutnya akan CJ ceritakan lebih lanjut.


Ramai rakan2 serama bertanyakan CJ mengenai ayamnya yang sakit. Soalan pertama CJ ialah "dah bagi ubat cacing ka?". Ingat!!! apabila organ dalaman rosak disebabkan cacing maka mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Jadi, beringat sebelum kena. Sediakan payung sebelum hujan :)

*** Kalau x ada ubat cacing sila hubungi CJ. Setakat ini ubat cacing MEDION TRIWORM merupakan ubat paling laris dan byk permintaan.


Monday, February 7, 2011

Peluru Sami Merah


Peluru Sami Merah berpindah milik dan kini berada di Negara Brunei

Friday, February 4, 2011

Pertandingan : 5 FEB 2010 PAPAR

PERTANDINGAN KECANTIKAN DAN KESENIAN AYAM SERAMA 2011

PAPAR, SABAH.

EDISI KHAS


Tempat : Rumah Cikgu Putera, Kg. Beringis Papar

Masa : 2 Petang

Kategori : Anak A, Anak B dan Anak C ( Jantan @ Betina )

Yuran : RM5.00 seekor


Pertandingan edisi khas ini buat julung kalinya diadakan bertujuan untuk

memberi peluang kepada geng serama Sabah untuk lepas gian sementara

menunggu pertandingan sebenar pada 6 Mac 2011. Setiap kategori layak

disertai oleh jantan atau betina.


Setiap peserta juga diwajibkan membawa bersama 1 HAMPER sebagai tanda

sokongan dan memeriahkan lagi suasana pertandingan. Hamper tersebut

akan dijadikan hadiah iringan di samping wang tunai. Hadiah wang tunai

bergantung kepada penyertaan.


CONTOH :



ANAK B



ANAK B



ANAK B



ANAK A



ANAK C