Monday, July 25, 2011

VIDEO : Suasana Game Beaufort Julai 2011

Video ini adalah hasil suntingan Saudara Masdin Serama Sriwaja.

Sunday, July 24, 2011

Peluru Udin Juara ABS Beaufort 23/07/2011

Aksi Peluru Udin semasa peringkat BOTB game Beaufort. Game Sipitang pada 2 Julai sebelum ini di tewaskan oleh uban peluru makan tuan yang CJ post sebelum ini. Kali ini Peluru Udin merampas kembali kategori ABS menewaskan peluru makan tuan. Namun, tewas peringkat BOTB kepada uban Abg Razak kategori A.



Alamak... baru nak mula bergaya masa dah tamat. BOTB masa diberi 1 minit ja.

Tuesday, July 19, 2011

TIPS : Trim bulu anak serama

Ini antara hobi CJ jika ada masa lapang iaitu trim bulu. Rimas rasanya tgk bulu berserabut pada anak aym. Dari anak lagi kena jaga bulunya supaya dapat tumbuh dengan sempurna. Pada peringkat umur anak cuma bulu bahagian atas peha sahaja di potong. Bulu bahagian lutut juga boleh di cabut jika nak nampak lebih tinggi.


Anak 1 : Besi buruk si kaki biru






Anak 2 : Kuda laut si kaki halus




Sunday, July 17, 2011

Peluru makan tuan

Serama muda ini asal dari baka reban CJ kini milik Cikgu Putera. Induk dan bapak aym ini ada pada Abg Razak Papar. Inilah ayam yg mengalahkan Peluru Udin yg pernah juara muda di game Penang. Peluru makan tuan ;) Apa pun syukur matlamat untuk menaikkan kualiti serama di Sabah menampakkan hasil.








Saturday, July 16, 2011

PELURU LANUN Jr kini muncul


Bapaknya dada lonjak cantik cuma kaki ketinggiannya sederhana




Anaknya telah di upgrade guna induk kaki tinggi



Dalam proses training


Friday, July 15, 2011

PELURU SESAT bakal muncul...

Peluru ini dalam proses training di rumah Abg Razak Papar. Asalnya nak simpan buat baka tapi Abg Razak offer nak tolong train dulu. Maklumlah CJ skarang nie tumpu breed aym ja. Boleh buat main aym nie katanya :)

Peluru nie dari anak lagi mmg CJ setting utk buat bapak ja sebab belunjur n cutting panjang. Bila nak masuk muda baru la try saja2 serkup n kerap gosok. Dalam masa 2 mgu ja tarik n parking n terus disambar Abg Razak. Gambar di bawah sebelum Abg Razak ambil. Lepas nie x tau plak jadi mcm mana aym nie.

Peluru Sesat CJ serkup atas simen n rumput je. Mungkin ada sesetengah aym sesuai dengan cara nie. Paling penting kena rajin gosok. Setakat serkup je mmg x menjadi.




Badan panjang tiba2 jadi seketul


Aksesori boleh tahan juga.


Macam boleh turun lagi leher dia

Saturday, July 9, 2011

Video : Peluru Udin game Sipitang

Aksi Peluru Udin game Sipitang Sabah 2/7/2011

No. 3 ABS



Alangkah bagus jika x ada partition biru tu ;)

Video sumbangan Masdin Sri Waja. Tq bro....

Anak Peluru Lanun bakal muncul


Anak dari bapak pembaka ini kini sudah muncul. Anak2nya masih kuat mengikut paten lonjak dada seperti bapaknya. Peluru lanun kini dlm proses salin ekor baru. Kena selalu basahkn ekor supaya ekornya dapat tumbuh lebih cepat n cantik.


*** Saksikan foto anak2nya dlm posting akan datang....

Thursday, July 7, 2011

TIPS : Training serama versi Razak Papar

Ada pelbagai kaedah nak training serama nie. Setiap kaedah menuju kepada objektif yang hendak di capai. Video dia bawah ialah kaedah training untuk menjadikan serama aktif di meja. Ayam akan kelihatan berpusing di meja. Trainernya juga turut berpusing2 ;)

Serama bernama Manisan Laut ini adalah kepunyaan Razak Papar. Bapaknya dari pembaka limbat CJ nama lebai malang dan ibunya dari baka anjaria cgu irwan yang diperolehi dari om penang. Manisan laut pernah mendapat BOTB semasa game di Papar bulan lepas. Pas nie boleh step yang berikutnya iaitu teknik serkup supaya boleh parking n lonjak.