Tuesday, September 28, 2010

Tanding : 10/10/10 KB Riversite


PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA 2010

PERINGKAT NEGERI SABAH


Tarikh  :  10/10/10 (Ahad)

Lokasi  : KB Riverside

Kategori :

Ayam A
Ayam B
ABS
Muda
Induk
Remaja
Anak B ( Berat 120g-160g )


Hadiah :

Remaja- Ayam A
Johan Rm 150
N. Johan Rm 120
Ketiga Rm 100


Anak B
Johan Rm 120
N. Johan Rm 100
Ketiga Rm 80


Yuran :

Remaja - Ayam A Rm 30
Anak B Rm 20


Kemudahan yang disediakan;
Tempat letak kereta
Chalet ( RM 40/Hari )Boleh bawa family
Surau


Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan; 

En Ezuan 0198114489 dan Cgu Irwan 0138541244


Sepintas lalu lokasi pertandingan



chalet RM40 ja 1 malam



Boleh pancing ikan di depan chalet anda. Itupun kalau ada ikan ;)




Kami geng Serama Sabah akan bermalam di chalet berkenaan bersama family masing2. Sebelah malam macam biasa buat BBQ makan ramai2 sambil bleh test ayam sblh malam. Kalau x bergaya sembelih buat BBQ ja. Biasanya BBQ kambing n lembu ja. Mana tau malam tu ada BBQ PENGUIN, KUDA LAUT, KERUWAK, TAMBADAU.... hehe  

Tuan punya chalet iaitu Ezuan akan sponser semua kemudahan pertandingan beserta wang tunai yang agak banyak untuk pertandingan kali ini. Kelab serama tuaran akan sponser piala beberapa kategori. 

Ayuh kawan2 kita bercuti makin angin sambil lihat ayam masing2 beraksi.....

PENGUIN Terkini Sept 2010



Sejuk mata memandang...

Sudah mula curi2 tarik.... 

Aksesori tip top.....


Friday, September 24, 2010

Tamadau terkini Sept 2010




Tamadau suatu masa dahulu hampir sampai ke Penang tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat di elakkan maka terpaksa dibatalkan. Kecewa juga Mr.X Penang masa tu ;)...

Kini sudah masuk alam muda dengan gaya dan aksesori yang cukup mantap. Tahniah buat Abang Jiman Kota Belud kerana jaga Tamadau dengan begitu sempurna. Katanya ada lagi sekor remaja ara yg baru di ambl dari CJ tempoh hari telah menunjukkan gaya. Wahhh, menjadi sungguh baka limbat CJ d reban geng Sabah.... 


Thursday, September 23, 2010

Remaja Limbat + Muji


Apabila disebut baka limbat, semua peminat akan tahu. Baka limbat+husin adalah merupakan teras kepada pembaka di reban CJ. Beberapa ciri yang ada pada baka ini bersesuaian dengan citarasa CJ. 

Pernahkah anda mendengar nama baka MUJI?? Baka muji hanya ada di Sabah dan merupakan baka 'bahaya' di atas meja. Gaya utama baka muji ialah kuat berkibas serta jalan angkat kaki semasa berjalan yg cukup menawan.

Gabungan jantan limbat dan induk muji maka terhasillah serama yang memiliki paten n gaya yg bagi CJ cukup menawan. Serama ini adalah percubaan Saudara Razak Papar menggunakan jantan limbat dari reban CJ dengan induk muji miliknya. Ramaja ini memiliki aksesori yg tip top dan tiada masalah casis walaupun lekuk yg agak dalam. Lupa plak CJ nak ambil videonya...



Lihat sajalah kaki kudanya yang cukup tinggi serta lonjakan dadanya seiras datuknya bapak limbat kepunyaan CJ. Susah hati geng Sabah tgk ayam mcm nie tanding bulan depan. X bleh cari makan la brooo ;)


Posting akan datang anda akan dapat lihat adik jantan remaja ini yang kini dalam latihan di reban CJ. 2 ekor adik- beradik betinanya juga bakal dijadikan pembaka di reban CJ. Cutting begini hampir seperti aym CJ bernama Semut Hitam.

Sunday, September 19, 2010

Tips : Sangkar training, jimat ruang...


Antara latihan dan rutin utama serama tanding ialah latihan dimeja dengan alas karpet. Latihan ini ialah untuk membiasakan aym dengan karpet dan ayam akan lebih cepat parking. Ubat untuk ayam remaja supaya cepat 'diam' juga adalah dengan kaedah serkup ini. Pelbagai jenis meja boleh digunakan samada meja panjang dengan beberapa serkup atau meja asing2. CJ dapati meja secara berasingan lebih sesuai dan hasilnya lebih baik.

Persoalannya ialah:

Tiada sudah space di blakang rumah aku mo letak meja. Sengsara juga pelihara serama tinggal di rumah teres nie....

Mahal bro nak beli 2-3 meja. Nak buat sendiri pun kena juga beli kayu....



Inilah inisiatifnya. CJ menggunakan sangkar yang digunakan untuk membawa ayam ke bon. Sangkar tu di gantung di tempat yang sesuai dan yang paling penting mestilah selesa serta x ada aym lain terutamanya betina yang berada di bawahnya. Laluan ini juga kucing kerap lalu maka secara tidak langsung tak payah la CJ nak tepuk tangan atau buat aym2 tu terkejut :) Jangan lupa alas dengan karpet.

Sekarang dah selesai satu masalah. X payah buat meja banyak2 dan ruang pun dapat dijimatkan. Aras ketinggian sangkar ini juga kalau boleh biar tidak sekata, biar nampak tingkat2. Tapi perlu ingat, meja asing seperti meja bon perlu juga disediakan.



Nampak selesa juga ayam2 tu CJ tengok. Kedudukan aym2 tu kena selalu tukar. Dibelakang sangkar nie adalah reban apartment 3 tingkat 18 bilik. Jadi, depan belakang ada ayam. Jimat ruang bahhhh...

Wednesday, September 15, 2010

Bapak muda untuk upgrade

Ini adalah pembaka muda dari reban CJ yg akan digunakan untuk upgrade bahagian kaki. Bapak muda ini adalah dari darah limbat+husin. Adik beradiknya iaitu Si Tanggang sudah banyak kali merangkul kejuaraan di Sabah. 

Dari pengamatan CJ serama muda ini memiliki pakej yang menarik antaranya leher panjang, dada besar serta kaki kudanya yg cukup tinggi. Inilah generasi limbat yg bakal CJ upgrade.



Tuesday, September 14, 2010

Peluru Plastik Sept 2010


Inilah foto terbaru Peluru Plastik serama berpotensi besar dalam koleksi CJ. Ekor remajanya masih belum luruh. Di jangkakan selepas bersalin ekor muda akan nampak patennya yang sebenar.


Tubuhnya memang solid dengan kaki kuda paten idaman masa kini


Thursday, September 9, 2010

Hari yang sibuk...

Busy sungguh CJ hari ini menguruskan kelahiran puteri ke-2 yg selamat dilahirkan pada jam 1.10tgh hari tadi. Pas tu berkejar utk bayar zakat fitrah utk puteri sorang nie takut esk x sempat ;) Berkat bulan ramadan nie segalanya berjalan lancar termasuklah proses bersalin dengan hanya 3 kali push terus keluar baby. Syukur.....

Bertubi2 sms CJ terima dari kawan2 geng smnjg n sabah tapi x sempat CJ nak balas sebabkan line x berapa clear. Jadi, dikesempatan ini CJ mohon maaf kepada semua jika coretan blog nie menyinggung perasaan kalian. kira 0-0 la bro..... hehe.


Wednesday, September 8, 2010

Tips : Baka VS Training


Penguin bersama induk2nya.







Pasal apa ayam aku duk belunjoq lagu tu? Mcm2 buat dah tapi @#^$%% ;(

Bikin panas bahhh ini ayam. Asyik mo terjun meja saja....


Wahhh... pening juga bila nak settle masalah nie bro. Beli ayam mahal2 tapi x mau bergaya. Dah macam2 buat tapi x jadi juga. Bila difikirkan sebab apa ayam serama bergaya mahal jawapannya ialah tersangatlah susah nak dapat yg bergaya. Umpama beli kereta yg modelnya special edision (SE).

Ini adalah pendapat CJ berdasarkan pengalaman setahun jagung dalam arena serama nie. Dalam masa beberapa bulan nie pelbagai kajian secara serius CJ telah jalankan untuk mendapat jawapan sifat, ciri n karektor serama yang terbaik. Spesimen dan bahan kajian pun adalah terhad kepada serama yg CJ ada je. Jadi, nak bagi tau awal2 mungkin dapatan kajian CJ nie adalah berlainan dan tidak sama dengan aym anda.


SERAMA BERGAYA ADALAH BERGANTUNG KEPADA BAKA!!!

Ini adalah antara ungkapan yg sering kita dengar tapi sejauh manakah kebenarannya. Apakah bukti bahawa ianya benar? Jadi, CJ telah cuba membuat kajian sendiri bagi mendapat jawapannya. Spesimen kajian CJ adalah serama kesayangan CJ yg diberi nama PENGUIN.

Biodata PENGUIN

* Baka limbat + husin

* Umur remaja

* Lekuk pangkal leher

* Masa kecil kerap sakit

Fakta menarik tentang penguin ialah CJ hanya pernah asingkan dia selama 1 minggu sebelum game kategori anak. Selepas game terus dimasukkan dalam reban bersama 5 ekor induk yang sebaya dengannya hingga sekarang. Sekor induk dia telah bertelur 6 biji dan empat darinya ada benih. 

Cj dapati bahawa gaya penguin tetap 'mari' walaupun tidak dilatih cuma agak kurang selesa di meja kerana tiada latihan dimeja. Penguin mmg CJ simpan untuk dijadikan pembaka sepenuh masa bagi menggantikan bapaknya yg telah mati. Darah gaya yg diwarisi dari bapaknya mmg ketara tanpa perlu dilatih. Seandainya dari awal di latih pasti lebih hebat...

Oleh itu, carilah serama yang dari baka bergaya. Kalau boleh beli sendiri dari reban tuannya sendiri. Jangan terlalu mengejar serama yang terlalu cantik dengan harapan akan dapat anak yang cantik juga. Tetapkan matlamat samada utk game atau breeding. 


Tuesday, September 7, 2010

PENGUIN : Serama remaja hensem

Lihatlah kehenseman si penguin CJ nie. Balung berkilat tersisir rapi seperti disapukan minyak. Kini sudah full aksesori serba baru mcm pakai baju raya je. Bakal beraksi lepas raya nie :) Setakat ini rekod baru sekali turun game selaku juara kategori anak d tuaran.



Monday, September 6, 2010

Tips : Training anak serama (Part 1)

Post kali ini CJ ingin berkongsi pengalaman dengan kawan2 teknik yg CJ gunakan supaya anak serama terpilih cepat galak dan tidak liar. Dari pengalaman CJ terdapat 2 kategori anak ayam yg teknik latihannya berbeza iaitu;

Kategori 1

Ciri2nya...

1. Jenis lekuk dalam @ patah tengah 

2. Anak tarik awal


Teknik latihan:

Anak jenis ini agak bahaya dan potensi untuk lari casis adalah besar walaupun kadang2 tu mcm x sabar nak training anak jenis nie. Biasanya CJ x akan asing sehingga masuk remaja. Biarkan dia dengan aym yg sebaya dengannya dalam reban besar. Tetapi pemantauan perlu di buat dengan kerap utk kenal pasti casisnya x lari. Kalau lari kena bawa jumpa tukang urut yg berpengalaman. CJ sendiri kurang pengalaman nak urut aym lari casis nie. Jika sudah nmpk senget ekornya maka jgn dibiarkan. Jika x jumpa yg mahir urut maka cara paling senang terpaksa gunting habis ekornya!!!

Pemakanan :

Pemakanan anak nie perlu diambil perhatian. Pastikan dietnya lebihkan kalsium samada dlm bentuk pil atau air atau serbuk kalsium. CJ lebih suka suap pil kalsium 3 kali 1 mgu. 

 

 Kategori 2

Ciri2nya....

1. Ada sedikit lekuk @ patah pangkal leher

2. Ayam tarik sekali-sekala

Teknik latihan :

CJ suka aym jenis nie. Biasanya CJ akan asingkan sekor2 apabila masuk anak b atau bulu sayap n ekor sudah tumbuh. Peringkat pertama perlu dijinakkan dahulu anak aym nie dengan cara kerap gosok dan belai tidak kira masa, lagi kerap lagi bagus. Pas tu kena selalu  'buli' ank tu sampai dia marah n garang. Paling kurang kena bagi 'buli' 2 kali sehari pagi n malam.


Video 'buli' nak ayam. Anak rinting Limbat + Kijang.

Anak nie sudah lulus dan layak untuk ke step seterusnya iaitu latihan di meja.

Pemakanan : Pada umur ini perlu di pelbagaikan makanannya dengan semua jenis makanan yg berkhasiat. Kalau bagi dedak+jagung tu bagi dalam 1 sudu besar sehari je. Jgn bagi byk sangat makanan dlm reban kerana ayam cuma akan aktif bila dia lapar. Anak yg umur 1 mgu CJ dah ajar bagi makan pisang. Pisang penting untuk penghadaman anak ayam terutamanya jika ada masalah najis selalu melekat d bontotnya. Samba @ sambau burung juga baik utk mengatasi masalah najis melekat nie. 

Jangan lupa juga bagi ubat galak iaitu ulat burung @ belalang @ udang kecil @ daging rebus yg mana semuanya tinggi dengan protein. CJ lebih suka bagi ulat burung 2ekr pagi dan 2ekr malam. Ulat nie kalau bagi lebih boleh membawa maut kepada anak aym!!!

Apabila anak ayam dah mula garang n pandai melawan @ mematuk tangan maka boleh la biasakannya dengan serkup atas meja berkarpet. Selagi anak tu belum galak maka belum boleh lagi ajar dia di atas meja.


Video anak kubing + uban.

Anak ini masih belum galak sepenuhnya dan perlu lebih perhatian supaya cepat galak. Jadi, masih belum bersedia untuk main d meja.