Friday, July 31, 2009

Gaya mengebas angkat kaki


Keunikan ayam serama berbanding spesis ayam-ayam yang lain ialah kerana gayanya. Dewasa ini pelbagai jenis gaya berjaya dihasilkan melalui kaedah-kaedah yang tertentu. Aksesori ayam boleh dicantikkan melalui kaedah tertentu yang dilakukan oleh meraka yang pakar. Balung besar boleh dibentuk jadi kecil dan tersisir rapi. Ekor senget boleh diluruskan kembali. Namun, gaya adalah terhasil daripada genetik yang terpilih dan sukar untuk dilatih. Hanya mereka yang betul-betul berpengalaman sahaja boleh melatih ayam terjun meja menjadi ayam yang bergaya. Bagi mereka yang kurang berpengalaman hanya satu pilihan anda, pilih ayam dari baka/genetik yang hebat gayanya.
Disini CJ ingin berkongsi sedikit pengalaman bagaimana untuk melatih ayam untuk bergaya berdiri sebelah kaki. Gaya ini hanya boleh dilakukan oleh ayam yang memiliki kaki yang stabil dan kuat. Untuk menguatkan kaki ada 2 cara yang CJ amalkan iaitu:

1. Sediakan tempat untuk ayam bertenggek di dalam reban. Ayam CJ biasanya menghabiskan hampir 50% masanya bertenggek di siang hari semasa di dalam reban. Biasakan ia bertenggek dari anak lagi.

2. Serkupkan ayam di atas tanah supaya dia dapat cakar tanah. Ini merupakan salah satu kaedah senaman dan dalam masa yang sama ayam dapat makan tanah yang merupakan dietnya.

Amalan yang CJ amalkan di atas membuatkan ayam CJ selalu menunjukkan gaya angkat kakinya semasa di meja. Bapak limbat CJ yang memenangi kategori ABS tempoh hari sempat menunjukkan gaya uniknya iaitu gaya mengebas sambil angkat kaki sebelah. Induk CJ yang memenangi kategori induk pun sempat menunjukkan gaya angkat kaki ini. Amat jarang gaya mengebas angkat kaki ini kita lihat pada ayam lain. Selamat mencuba!!

Thursday, July 30, 2009

Induk limbat + raja gegar



Ini merupakan induk pembaka dari kacukan limbat+raja gegar. Ia memiliki dada yang besar dan aksesori yang menarik. Setakat ini tiada masalah di dalam proses breeding dan 2 hari yang lepas telah menetas seekor anaknya menggunakan ibu tumpang. CJ terpaksa menggunakan 2 ekor ibu tumpang kerana induk ini cukup produktif dimana setakat ini telah bertelur melebihi 10 biji dan masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu mengeram. Mungkin disebabkan cuaca Sabah yang sejuk dan udara yang segar menyebabkan induk ini macam tidak mahu berhenti bertelur berbanding tempat asalnya di Terengganu :)

Wednesday, July 29, 2009

Anak serama generasi pertamaku kaki berbulu

Ini ialah anak serama darah juara generasi pertama CJ. Hari ini baru CJ perasan kedua-duanya kaki berbulu tetapi tidaklah lebat sangat. Gambar ini diambil semasa anak ini berumur 3 hari dan dari pemerhatian kasar CJ bodynya boleh tahan juga. Mungkin benarlah kenyataan yang menyatakan bahawa anak serama baka Man Daganan ini masa kecilnya kaki berbulu.






Anak ini warna kuning mungkin ikut warna bulu bapak limbat bapanya.






Sekor lagi warna kuning air macam ibunya. Sekali imbas macam 1 pasang. Anak kuning tu nampak sikit potensi tubuhnya yang agak lentik dan slim.

Tuesday, July 28, 2009

Sekilas nostalgia pertandingan di Tuaran.

Di kesempatan ini CJ ingin memperlihatkan individu-individu yang CJ tabik spring kerana merekalah warisan seni serama ini terus kekal abadi di negeri Sabah. Tanpa mereka mungkin seni serama ini sudah pupus diselubungi bayu......

Hanya segelintir sahaja yang sempat CJ ambil gambar. Ramai lagi yang tidak berkesempatan untuk CJ ambil gambarnya.

Ini adalah gambar 2 orang kuat di sebalik kejayaan pertandingan di tuaran. Berbaju hitam senyum kepuasan sambil menunjukkan sijil kemenangan tu ialah Cikgu Erwan iaitu penganjur dan juga Pengerusi Kelab Serama tuaran. Sementara yang berbaju kuning ialah Cikgu Mail iaitu Pengerusi Kelab Serama Papar yang juga orang lama yang layak di gelar "sifu".


Aksi Cikgu Mail yang juga bertindak sebagai MC bagi menghiburkan pengunjung yang datang. Bersahaja dan membuatkan pengunjung terhibur dengan celotehnya.




Ini ialah urusetia yang menguruskan kelancaran perjalanan pertandingan tersebut. Berbaju hijau dengan susuk tubuh badan yang sasa itu ialah Cikgu Rosli. Beliau dibantu oleh Cikgu Ruslin dan 2 orang anak muridnya.




Ini seorang lagi otai bertubuh sasa iaitu saudara Hadi Putatan yang berkaca mata hitam. Dulu kehadiran beliau ke arena pertandingan amat digeruni kerana seramanya yang hebat. Setelah sekian lama sunyi, kini beliau telah kembali ke arena pertandingan. Welcome bro..... :)


Gambar 3 orang isteri yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada suami masing-masing. Bertudung biru tu isteri Cgu Erwan yang datang dari awal pagi bersama puteri comelnya. Berada di tengah tu pula ialah isteri kesayangan CJ bersama puteri permata hati CJ :) sementara di hujung sekali ialah isteri Cgu Khusairi yang datang dari Kota Marudu.



Gambar 2 orang pengadil yang sedang mengadili pertandingan, mereka ialah saudara Jali yang bertopi dan saudara Mat Syah.
Di belakang tu merupakan muka-muka yang sering menyertai pertandingan iaitu Cgu Din Telipok yang sedang memegang kamera, Rusdi duduk di palang besi, Masri baju merah, belakang Masri bertopi tu Abg Herman dan Sangkoo berbaju putih. Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas.


Untuk lihat lebih banyak gambar-gambar yang menarik sila ke blog Cgu Kahusairi iaitu di alamat berikut seramakhusairi.blogspot.com

Monday, July 27, 2009

Serama warna unik


Gambar ini CJ ambil semasa pertandingan di Tuaran tempoh hari. CJ suka dengan warnanya yang unik dan sukar untuk ditemui. Serama ini menduduki tempat yang ke-4 bagi kategori A. Mungkin faktor usia menyebabkan ianya tidak begitu main di meja. Namun, setiap lensa kamera tidak terlepas mengambil gambarnya dan serama tersebut juga pandai berposing bila nampak kamera :)

Sunday, July 26, 2009

Kejuaraan sulung di Tuaran.

Hari ini 26 Julai 2009 merupakan detik bersejarah buat CJ. 2 ekor serama yang CJ bawa ke pertandingan di Tuaran, Sabah telah mendapat Johan dalam kategori ABS tanpa lawi dan kategori induk. Bapak limbat CJ telah mengungguli kategori ABS telah menunjukkan aksi tarik gebas yang konsisten. Walaupun ia merupakan bapak pembaka utama di reban CJ tapi gayanya tetap hebat. Induk pembaka gegar pula berjaya menewaskan 2 ekor induk gaya selam. Induk ini memiliki kelebihan gaya yang seumpama serama jantan dengan aksi gebas tarik gegar sambil berjalan menjelajahi meja. Induk muda gegar dalam video sebelum ini tidak CJ bawa kerana gayanya yang masih belum matang.

Sejarah juga tercipta apabila 2 biji telur pasangan juara itu telah menetas dengan menggunakan ibu tumpang selepas CJ balik ke rumah. Oleh itu, anak generasi pertama CJ telah berjaya dihasilkan dari pasangan juara. Semoga anak generasi pertama si juara itu akan mengikuti jejak induk dan bapaknya..

Mulai esok, bapak limbat dan induk pembaka gegar yang memenangi pertandingan hari ini akan bersara dari arena pertandingan bagi memberi laluan kepada orang lain yang ingin merasa nikmat bergelar JUARA dan serama tersebut akan menumpukan sepenuh masa kepada proses breeding.

CJ terharu dengan penyertaan golongan belia dan terdapat juga kanak-kanak sekolah rendah yang menyertai pertandingan. Seronok CJ tengok aksi mereka bila serama yang dilatih menunjukkan gayanya. Pertandingan akan datang CJ akan membawa serama lain untuk dipertandingkan.

Tahniah juga buat Cikgu Erwan Tuaran kerana telah menganjurkan pertandingan dengan suasana yang selesa dan sambutan yang amat menggalakkan. Banyak otai-otai lama telah muncul kembali dengan serama yang unik.

**** Gambar serama yg menang akan CJ paparkan dalam masa terdekat.

Thursday, July 23, 2009

Koleksi video Julai 09

CJ ada menerima banyak permintaan supaya dimasukkan video serama koleksi reban CJ. Bagi memenuhi permintaan kalian, CJ masukkan video serama yang sempat CJ ambil.

Video bapak limbat yang semakin hebat walaupun dikelilingi induk. Gaya tarik gebas yang pantas dan bertenaga. Video ini agak singkat tidak sempat tengok gaya dia berjalan dan angkat kaki sebelah. (JUARA KETEGORI ABS, TUARAN 2009)

Getaran induk muda. CJ suka tengok bila dia gebas ekornya :)

Induk muda semasa sessi latihan waktu malam. Masih hyperaktif dan belum pandai parking dengan baik. Mungkin akan ambil masa beberapa bulan lagi sebelum ke arena pertandingan. Kena banyak bersabar latih ayam nie.

Saturday, July 18, 2009

Serama made in Sabah

Petang tadi sempat CJ melawat reban Cgu Mail Papar. Serama dari reban beliau memang selalu sold out dan CJ juga tidak terlepas memiliki baka beliau. Cgu Mail banyak menghasilkan serama hebat berkat dari usahanya menjaga keturunan dan genetik darah terpilih untuk pembiakan. Berikut ialah gambar serama yang sempat CJ ambil untuk tatapan anda. Kesemua serama tersebut akan turun tanding 26/07/09 nanti. Hubungi Cgu Mail 016-8020304


Bapak pembaka utama (Union Jack)
Serama ini sentiasa dikelilingi oleh induk tetapi tetap akan turun tanding. Namun, gayanya cukup hebat dan beberapa kali menjuarai Kategori A di beberapa pertandingan.
TEMPAT KE-2 KETEGORI ABS, TUARAN 2009

RoboCop
Serama muda ini lebih dikenali sebagai RoboCop kerana gayanya seumpama robot bila berdiri dan berjalan. CJ jangkakan serama ini bakal menggegar kategori ABS minggu depan.

Serama muda ini baru mula galak dan suka lempar sayap bila bergaya. Apabila matang nanti dijangka akan lebih hebat.
Lain-lain koleksi Cgu Mail.....






Wednesday, July 15, 2009

Welcome Dr. Azhar 'kopi dangdut'

Pada 28 Jun 2009 yang lalu, rumah CJ telah dikunjungi oleh seorang yang tidak asing lagi di dalam arena serama iaitu Dr. Azhar Kasim dari UPM. Beliau sinonim dengan kopi dangdut iaitu serama yang pernah menggegarkan Centre Market KL tempoh hari. Banyak juga input yang CJ dapat belajar dari beliau. Terima kasih buat Cikgu Din Telipok yang membawa beliau ke rumah CJ.


Egg cadling lamp













For inspection of embryo development.
Sangat sesuai untuk telur serama.
Menggunakan bateri saiz AAA 2 biji.
Diperbuat sepenuhnya dari Aluminium yg tahan lasak.
RM50 sahaja. Tambahan RM5 untuk Pos Ekspres.
Hubungi CJ jika berminat.

Serama tanding for sale

Peluang terbaik memiliki serama kelas pertandingan. Hubungi Jamil 0142834664 Papar, Sabah. Semua serama tersebut memiliki aksesori yang menarik serta telah dilatih sepenuhnya lawan meja.





Jantan A telinga putih (Si Kecik)
RM2300 nego








Jantan muda A (Si sakan)
RM2300 nego
JUARA KATEGORI MUDA, TUARAN 2009






Jantan muda A (Si angin)
RM2300 nego






Induk selam
-Sedang bertelur 3 biji
RM2500 nego
TEMPAT KE-3 KETEGORI INDUK, TUARAN 2009

Sunday, July 12, 2009

Balung Kalimah Allah


Keunikan serama bukan hanya terletak pada gaya dan aksesorinya sahaja. CJ telah di anugerahkan dengan seekor induk yang memiliki balung yang jelas tertera kalimah Allah. Induk ini pada mulanya tidak berapa dihiraukan oleh CJ kerana masalah telur lembik. Namun, tersembunyi suatu rahsia besar dan hanya disedari beberapa bulan yang lalu. Kekuasaan Allah boleh dilihat dalam pelbagai bentuk dan cara. Kini, 'Si Kalimah' tiada di reban CJ kerana dipinjam oleh seorang rakan untuk tujuan breeding. Click pada gambar untuk lihat lebih jelas keaslian balung 'Si Kalimah".


Saturday, July 11, 2009

Induk muda gegar


Induk muda ini adalah dari baka tok uban. Keistimewaan yang menjadi trade mark induk ini ialah sentiasa gegar apabila ia tarik. Gambar ini diambil semasa ia masih remaja. Bilah ekor yang halus menyerlahkan lagi keayuannya.
Gambar kini...kuat tarik kepala tolak ekor.


Induk pembaka gegar (JUARA KATEGORI INDUK, TUARAN 2009)




Induk muda ini sedang bertelur buat kali kedua. Bulu di atas matanya yang berwarna putih menunjukkan ianya adalah jelas baka tok uban. Ia mewarisi gaya lonjak dada yang konsisten dan di tambahkan lagi dengan aksesorinya yang menarik.
Gambar bawah, ekor baru lepas meluruh. Sudah bertelur musim ke-2 baru 3 biji.

Bapak pembaka utama (JUARA KETEGORI ABS, TUARAN 2009)


Ini merupakan bapak pembaka utama di reban CJ. Serama ini adalah dari baka limbat+husin. Baka limbat terkenal dengan kehebatan gayanya manakala husin lebih kepada aksesori yang menarik. Kadang-kadang tu terpukau tengok gaya bapak limbat nie, ada masanya di boleh tarik selam dan lonjak dada.