Monday, May 30, 2011

Peluru Udin game 29/5/2011 Papar

Game edisi kedua anjuran Kelab Serama Papar telah berjaya berlangsung dengan lancar. Penyertaan agak sedikit merosot disebabkan beberapa rakan tidak dapat hadir kerana ada urusan lain yang lebih penting. Namum game kali ini telah berjaya menarik minat ramai geng lama yang nampaknya sudah 'kembali'. Tahniah atas penganjuran yang baik.

Apapun CJ minta maaf sebab tidak dapat mengambil banyak gambar sebab sibuk sebagai MC semasa pertandingan. Semasa BOTB pun terpaksa ambil gambar walaupun sepatutnya time nie la kena bagi semangat pada Peluru Udin ;)


Suasana semasa pusingan akhir BOTB. Peluru udin sempat tunjuk sedikit aksi terbaiknya di tepi meja selepas berulang kali mematuk meja sbb 1st time pijak karpet hijau... hehe



Abang Razak bersama ayamnya bernama MANISAN LAUT juara kategori muda dan BOTB. Ayam gaya lonjak dada dan aktif di atas meja. Cukup lincah ayam ini.



Piala BOTB sumbangan Cikgu Putera @ Below The Wind berbaju hijau.



Sesi bergambar bersama BOTB




Aksi Peluru Udin semasa saringan ke-2 BOTB. Begitu selesa di atas karpet biru sepertimana latihan di rumah.




PENGAJARAN

Kerap kita terlupa bahawa karpet juga merupakan sesuatu yg sangat perlu di ambil perhatian semasa training serama. Kena biasakan ayam dengan pelbagai warna karpet supaya dapat beraksi dengan baik. Kalau boleh kena kenal pasti seminggu sebelum game warna karpet yang akan digunakan semasa game supaya ayam akan terbiasa dan dapat menunjukkan gaya maksimumnya. Jangan salahkan penganjur jika karpet yang digunakan tidak mengikut warna kebiasaan serama anda. Kalau banyak komen bawa karpet sendiri la bro...hehehe

Friday, May 20, 2011

Tanding : 29 MEI 2011 PAPAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kelab KENCANA PAPAR, SABAH ingin mempelawa semua peminat dan penternak serama di tanahair untuk menyertai Pertandingan Kesenian Dan Kecantikkan Ayam Serama bagi edisi ke-2 tahun ini.

1). TARIKH : 29 MEI 2011 (AHAD)
2). TEMPAT : DEWAN TERBUKA TAPAK TAMU PAPAR.
3). MASA : 8:00 PAGI.

4). KATEGORI AYAM YANG DIPERTANDINGKAN :-
a). Anak A (90 g ke bawah)
b). Anak B (91-120 g)
c). Remaja
d). Muda
e). Induk
f). Ayam A
g). Ayam B
h). Ayam Tanpa Lawi (ATL)

5). YURAN PENYERTAAN :-
a). Anak A (90 g ke bawah) - RM20
b). Anak B (91-120 g) - RM20
c). Remaja - RM30
d). Muda - RM30
e). Induk - RM30
f). Ayam A - RM30
g). Ayam B - RM30
h). Ayam Tanpa Lawi (ATL) - RM30

6). BEST OF THE BEST (BOTB) :-
- JUARA setiap kategori LAYAK, KECUALI kategori (a) DAN kategori (b).
- Sebuah piala rebutan disediakan.

7). HADIAH :-
- Kategori (a) DAN (b);
Juara - RM80
Naib Juara - RM60
Ketiga - RM40
- Kategori ( c ) hingga ( h );
Juara - RM100
Naib Juara - RM80
Ketiga - RM60

8). PENGADIL :-
- DITENTUKAN OLEH PIHAK PENGANJUR.

9). CABUTAN TIKET BERTUAH:-
- Hamper dan barangan elektrik.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI :-
(A). Tuan Haji Mohd.Zamri Bin Hj.Baharuddin (Pengerusi).
(B). Encik Mat Ismail Bin Mohd.Yunus (Tim.Pengerusi).

Sekian dan harap maklum.
Wassalam.

( copy n paste dari seramakitani.blogspot.com )

Sunday, May 15, 2011

Tips : Hidung tersumbat

Wahhh.... balung sikit punya cun. Susunan tulang ikan je sekali tengok. Tu la corak balung yang menjadi trade mark baka besi buruk kaki biru. Tapi jika di perhatikan mulut aym nie mcm terbuka ja. Mcm tak puas bernafas guna hidung. Zoom skit hidung dia.......




Hidung sebelah kiri memang tip top dalam keadaan bersih dan kering.......



Hidung sebelah kanan mcm lain skit bro... bengkak n tersumbat mcm kena resdung je...



Sanang saja bah itu..... kasi picit skit dia punya hidung. Nahh, keluar sudah objek ketulan kekuningan..


Ketulan yang keluar berbau busuk dan kadang-kala akan berlaku pendarahan. Lap segera darah yang keluar supaya tidak disedut masuk ke dalam hidung. Apabila melibatkan pendarahan maka perlu diberi antibiotik supaya tidak berlaku jangkitan kuman.

So, selepas ini boleh lah check hidung2 serama anda. Kalau dibiarkan tanpa dicuci boleh mendatangkan mudarat kepada ayam. Berikut adalah antara punca bagaimana hidung boleh tersumbat :

1. Dalam reban banyak habuk.
2. Sisa makanan masuk dalam hidung.

Dalam kes aym CJ nie puncanya mungkin dari sisa makanan. Kadang2 tu terlupa nak top up makanan sehingga kosong bekas makanan dia. Pas tu apa lagi masuklah makanan tu dalam bekas dia yg kosong banyak2 sampai penuh. Ayam yg kelaparan apa lagi terus ja mematuk sampai paruh n hidung dia penuh makanan melekat.

Pernah juga ada kes ayam yang kehausan mati secara tiba2 apabila diberi minum. Puncanya ialah tuannya tuang air terlalu banyak hingga aym tu menyelam kepalanya minum air. Air masuk hidung dan ayam akan mati kelemasan.

SELAMAT HARI GURU 2011 :)