Sunday, May 15, 2011

Tips : Hidung tersumbat

Wahhh.... balung sikit punya cun. Susunan tulang ikan je sekali tengok. Tu la corak balung yang menjadi trade mark baka besi buruk kaki biru. Tapi jika di perhatikan mulut aym nie mcm terbuka ja. Mcm tak puas bernafas guna hidung. Zoom skit hidung dia.......




Hidung sebelah kiri memang tip top dalam keadaan bersih dan kering.......



Hidung sebelah kanan mcm lain skit bro... bengkak n tersumbat mcm kena resdung je...



Sanang saja bah itu..... kasi picit skit dia punya hidung. Nahh, keluar sudah objek ketulan kekuningan..


Ketulan yang keluar berbau busuk dan kadang-kala akan berlaku pendarahan. Lap segera darah yang keluar supaya tidak disedut masuk ke dalam hidung. Apabila melibatkan pendarahan maka perlu diberi antibiotik supaya tidak berlaku jangkitan kuman.

So, selepas ini boleh lah check hidung2 serama anda. Kalau dibiarkan tanpa dicuci boleh mendatangkan mudarat kepada ayam. Berikut adalah antara punca bagaimana hidung boleh tersumbat :

1. Dalam reban banyak habuk.
2. Sisa makanan masuk dalam hidung.

Dalam kes aym CJ nie puncanya mungkin dari sisa makanan. Kadang2 tu terlupa nak top up makanan sehingga kosong bekas makanan dia. Pas tu apa lagi masuklah makanan tu dalam bekas dia yg kosong banyak2 sampai penuh. Ayam yg kelaparan apa lagi terus ja mematuk sampai paruh n hidung dia penuh makanan melekat.

Pernah juga ada kes ayam yang kehausan mati secara tiba2 apabila diberi minum. Puncanya ialah tuannya tuang air terlalu banyak hingga aym tu menyelam kepalanya minum air. Air masuk hidung dan ayam akan mati kelemasan.

SELAMAT HARI GURU 2011 :)

1 comment: