Saturday, November 20, 2010

Projek Peluru Biru 2011

Susah juga nak dapat ayam cantik nie. Kena byk mencuba dan perbaiki mana yang kurang. Tahun depan CJ akan nak cuba upgrade generasi Peluru Biru yang setakat ini masih ada sedikit kelemahan. Ciri2 menarik pada generasi Peluru Biru yg CJ kenal pasti ialah;

a. Leher S

b. Dada besar

c. Cepat galak

d. Balung halus

Cuma sedikit kelemahan yg perlu di upgrade sepenuhnya iaitu bahagian kaki. CJ dapati kaki generasi PB nie kurang halus dan perlu sedikit tinggi.



Adik jantan PB terkini yang dikenali PELURU HITAM.



Kelihatan seperti betina kerana kepalanya yg kecil dan balung yg halus.



Cuttingnya boleh tahan dengan ketinggian sederhana.




PB terkini masih anak b.
Leher dan kepala masih belum tumbuh bulu sepenuhnya.
Masih belum 'berdiri'.
Belum berkokok.


PB punya dada lain macam ja CJ tengok. Dia punya cutting selagi belum 'berdiri' mmg nampak hodoh. Sekali sekala kalau dia terkejut nampak kucing mmg terus lonjak ;)

Apapun, masih banyak perkara perlu diperbaiki. Cuba... cuba..... dan cuba.....

Thursday, November 18, 2010

Fantail pegeon mirip ayam serama

Wahhh... selaman seiras serama.





Inilah hasilnya apabila genetiknya stabil, semua keluar sama. Jika serama keluar semua macam nie memang pening la kepala pengadil :)

Tuesday, November 9, 2010

Peluru Plastik kini pembaka


Berbisa skit leher PELURU PLASTIK nie. Pakej serba lengkap untuk ke meja tanding tetapi CJ set PP sebagai pembaka. 

Monday, November 8, 2010

Tips : Awas klorin

TAHUKAH ANDA BAHAWA KLORIN PADA AIR PAIP MAMPU MENURUN DAN MEROSAKKAN ANTIBIOTIK ATAU VITAMIN??

Jadi, jika ayam anda minum minuman bercampur antibiotik atau vitamin pastikan air tersebut tiada kandungan klorin. Jika tidak sia-sia usaha murni anda.....


Sunday, November 7, 2010

Tips : Penyakit CRD

Unggas dan CRD memang tidak dapat dipisahkan. Selagi anda memelihara unggas maka kebarangkalian untuk unggas anda menghidapi CRD adalah tinggi jika kebersihan reban tidak di hiraukan. CRD tidak mengenal usia....

Apakah CRD?

CRD @ Chronic Respiratory Disease @ Penyakit Pernafasan Kronik
CRD ialah penyakit yang berpunca daripada pengudaraan yang tercemar dalam reban terutamanya reban yang pengudaraannya kurang efisyen mengakibatkan kandungan gas ammonia tinggi dan mengurang oksigen.

Teorinya mudah;

Kes 1 : Reban yang kotor akan meningkatkan pengeluaran gas ammonia. Gas ammonia terhasil daripada tindak balas kelembapan berpunca dari air minuman yang tumpah serta najis ayam. Semakin tinggi gas ammonia maka semakin kurang oksigen dalam reban.

Kes 2 : Reban yang suhunya terlalu tinggi samada penggunaan mentol yang tenaga watt nya tinggi atau sinaran matahari yang terlampau akan menyebabkan ayam akan kepanasan serta meningkatkan nafsu minum dan menurunkan nafsu makan. Kesannya, ayam akan mengeluarkan najis yang cair. Najis cair ini akan bertindakbalas untuk menghasilkan gas ammonia.

Kelembapan inilah yang menyumbang kepada pembiakan bakteria seperti e-coli serta beberapa jenis virus yang akan menyebabkan terjadinya penyakit CRD.


Apakah tanda2 penyakit CRD?

Tanda2nya ialah;

a. Kemurungan dalam tempoh yang lama.
b. Pertumbuhan terbantut.
c. Bersin.
d. Batuk.
e. Nafas berbuyi macam kena asma@lelah@ampus

Apabila ayam telah terkena CRD maka ia ibarat lubuk emas kepada penyakit2 lain. CRD akan melemahkan imunisasi ayam terhadap penyakit. Pada tahap ini CRD akan bertukar kepada CRD KOMPLEKS. Maka bermulalah episod bermacam2 penyakit yang akan menyusul yang akan menyumbang kepada KEMATIAN!!!

Simptom CRD pada anak ayam biasanya akan mula kelihatan semasa umur 3 minggu jika antibiotik serta vaksinasi tidak diberikan dengan baik.


Adakah CRD boleh diubati?

Boleh!!! jika pada tahap awal jangkitan iaitu tahap CRD. Pelbagai ubatan ada di pasaran. Pada tahap CRD KOMPLEKS juga ada ubatannya tetapi peratusan untuk pulih adalah rendah.


Apapun pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Antara langkah pencegahan ialah;

a. Mengurangkan tahap debu dalam reban.
b. Suhu reban yang sesuai.
c. Kepadatan ayam yg sesuai dengan reban.
d. Lantai mestilah sentiasa kering.
e. Pengudaraan atau ventilasi yang baik.
f. Pemberian multivitamin untuk tingkatkan imunisasi.
g. Sistem all-in & all-out sangat sesuai diguna pakai.

**** all-in = Masuk semua anak ayam dalam satu reban.
all-out =Keluarkan (jual@asing sekor2 dalam reban lain) semua anak2 ayam.
Bersihkan reban dan biarkan selama 2 minggu sebelum digunakan semula.

Sekian sahaja sedikit catatan CJ mengenai CRD untuk dikongsi dengan kawan2. Sebarang pertanyaan boleh berbincang di ruangan chatting box. Lain2 penyakit akan CJ bincangkan pada posting akan datang. Musim tengkujuh ini CJ lebih tumpu kepada topik penyakit sebab cuaca yang tidak menentu boleh menyumbang kepada pelbagai kemungkinan.

Kepada breeder2 sila ambil langkah berjaga2. Penyakit bukan sahaja kelalaian anda menguruskan reban tetapi mungkin juga berpunca daripada pengunjung yang datang membawa virus tanpa disedari. Amalkan cuci tangan dengan antiseptik sebelum n selepas pegang ayam.

Mohon sebarang cadangan dan teguran daripada anda sekiranya fakta nukilan CJ nie tidak tepat kerana pengetahuan dan ilmu CJ yang cetek.

Regards, CJ ;)

Thursday, November 4, 2010

Peluru Biru besar sudah bahh...

Ini ialah imej Peluru Biru bertarikh 03/10/2010.


Ini gambar terkini 03/11/2010. Peluru Biru kini dalam proses penggemukan kerana dari pengalaman CJ anak yang gemuk nie susah skit casis nak lari. Sekali tengok macam burung ering dengan leher yang panjang serta masih bulu anak di kepala. Inilah eksperimen CJ yang pertama menggunakan Peluru Sakan + Induk Keruwak. Muka dah merah tetapi belum galak sepenuhnya.