Tuesday, April 19, 2011

Tips : Penyakit koksidiosis ( Berak darah )

Berikut ialah maklumat yang CJ perolehi daripada laman web Jabatan Veterinar Negeri Pulau Pinang.

Sumber : Sila klik

TANDA-TANDA:-
  • Najis mengandungi darah
  • Balung ayam kelihatan pucat
  • Warna kaki menjadi pudar dan kekeringan
  • Ayam lemah dan lesu
  • Kadar kematian tinggi pada anak ayam
  • Pendarahan di usus kecil dan sekum


Lain-lain artikel

Sumber : Sila klik

Pencegahan dan pengobatan (bahasa indonesia)

Agar ayam terhindar dari berak darah, harus dilakukan langkah-langkah pencegahan seperti pengaturan sistem ventilasi udara yang baik, pengaturan kepadatan kandang yang sesuai dengan kapasitasnya dan penyediaan tempat pakan dan minum yang yang cukup. Khusus untuk pengaturan tempat air minum, sebaiknya menggunakan tempat minum model nipple drinker agar tidak banyak air yang tumpah ke litter. Hal ini dapat mengurangi resiko kelembaban tinggi pada litter. Jangan lupa berikan koksidiostat (pencegah berak darah) kimiawi dan ionoforik untuk broiler dan koksidiostat sintetik untuk induk dan pullet petelur sesuai dengan petunjuk yang ada.

Bagaimana jika berak darah sudah terlanjur berjangkit? Jangan panik. Berikan ayam yang terjangkit tersebut dengan larutan amprolium atau sulfonamida dalam air minum. Pemberian air yang dapat mensuspensi suplemen vitamin A dan K dapat pula mempercepat proses penyembuhannya.


Lain-lain artikel berkaitan

Sumber : Sila Klik


PENGUBATAN

Ubatan yang paling sesuai ialah yang mempunyai komposisi AMPROLIUM, VITAMIN A dan VITAMIN K. Buat masa ini CJ menggunakan ubatan THERAPY MEDION jenama Medion yang terbukti berkesan dan mengandungi komposisi di atas serta ada penambahan oxytetracycline sebagai antibiotik. Sila rujuk laman web ini untuk maklumat lebih lanjut. Sila klik

Sumber di atas menyatakan bahawa penyakit ini 66% terjadi pada anak ayam berumur 2-5 minggu. Jika anda mempunyai sejarah pernah terjadi penyakit ini pada anak ayam maka langkah pencegahan haruslah di ambil. Mencegah lebih baik dari mengubat!!


THERAPY MEDION 100gram

Dalam bentuk serbuk. Aturan penggunaan disertakan.

Di beri selama 5-7 hari berturut-turut sebagai pencegahan pada anak ayam. Kalau ibu atau ayam lain minum pun x ada masalah.

Pastikan alas lantai samada pasir atau karpet kerap di tukar. Jika ada najis berdarah maka mestilah dibuang dengan segera najis tersebut!!

RM30 sekali kos penghantaran seluruh Malaysia.

Monday, April 18, 2011

Peluru Udin April 2011

Peluru Udin terkini.....

Ekor sudah siap

Tubuh makin kecil

Bulu makin rapat

Gaya konsisten


Paten lonjak dada n aktif, bukan paten selam


Paruh sangkut di dada


Jalan lonjak dada





Video sedang tenang dimeja





Video setelah diberi panjat induk. Semakin ligat di meja.





Puas pusing meja sampai kamera pun dia nak patuk ;)


Ada kalanya serama jantan perlu di beri panjat induk supaya lebih aktif. Serama hyper aktif juga kadang2 boleh slow sikit apabila di beri induk. Apapun fahami dan halusi betul2 perangai serama anda.

Saturday, April 16, 2011

PELURU LANUN 2011

PELURU LANUN

Baka Lanun
Pembaka Sepenuh Masa


Ini ialah bapak pembaka darah tok uban lanun yang CJ perolehi dari sahabat nun di utara semenanjung iaitu Aiman SU. Walaupun CJ letak harga yang rendah berbanding rakan lain yang juga berminat tetapi dengan ihsan Aiman bapak ini tetap di jual pada CJ. Bukan setakat jual bapak ja malah anak betinanya juga turut CJ bawa sekali ;) Thanks bro!! Menurut aiman, bapak nie keluar anak cantik2 belaka. Ayam nie bertubuh A tetapi ekor cantik macam ayam B.



Dada tajam



Ekor dan lawi cantik



Jenis sayap lempar

Setelah CJ snap beberapa gambar baru CJ perasan satu perkara tentang ayam nie. Ayam nie hanya bergaya apabila berada di tepi meja. Jarang2 sekali bergaya d tengah meja. Jenis main penjuru ke penjuru n tepi ke tepi. CJ tengok dalam blog asal baka lanun iaitu sabahat CJ Baharom Paka pun byk ayam dia tarik di penjuru meja. Boleh buat trade mark nie... hehe

Monday, April 4, 2011

Peluru Bonsai

PELURU BONSAI

Limbat + Kijang

Adik beradik Peluru Salji


Inilah Peluru Bonsai hasil ekperimen CJ menggunakan bapak limbat. Ikut petua Hj Iskandar Keramat semua baka peluru CJ akan diLimbat dan diHusinkan ;) Cutting cantik gegar pun kuat. Gambar di atas semasa umur remaja dan selepas itu PB CJ hantar ke rumah trainer iaitu sahabat CJ Sangko Dambai.



Kini PB sudah masuk usia muda. Cutting tetap maintain n gegarnya masih kuat.



Tunggu masa nak selam je nie. Bulu masih ori x pernah mandi n trim ;)

Setakat ini beberapa ekor sedang dalam proses latihan untuk Projek 2011. Dijangka semuanya ready akan di eksport ke tempat2 yang tertentu. Kini CJ hanya tumpukan proses breeding dan urusan training di serahkan kepada trainer yang terpilih. So, kalau dtg rumah CJ mmg susah la nak tgk ayam cantik ;)

Setakat ini 12ekr peluru terpilih dalam proses training di luar kawasan CJ. Bulan April - Julai CJ amat busy dengan urusan kerja kursus pelajar. Semoga peluru2 CJ nie akan mencipta nama di kemudian hari.

Saturday, April 2, 2011

Peluru Mutiara

PELURU MUTIARA

Baka keruwak + tok uban



Dada cantik


Ekor siap 45 darjah