Tuesday, January 26, 2010

Kotak ICU Untuk Anak Serama

Apabila disebut kotak ISA rata2 di kalangan kita sudah mengetahui fungsinya. Entry kali ini CJ ingin menarik perhatian kawan2 mengenai KOTAK ICU. Apabila disebut ICU barangkali anda sedia maklum iaitu tempat orang sakit yg sudah kritikal. Serama yg kritikal juga sebenarnya memerlukan tempat ICU.

Kotak ICU yg CJ masukkan gambar di bawah ialah untuk anak serama yg sakit. Sakit dengan erti kata ia mengalami simpton2 seperti tidak berselera untuk makan, murung, pucat dan tidak aktif seperti biasa. Anda seharusnya sudah tersedia dengan perubatan asas seperti antibiotik, minyak ikan dan lain2.


Kotak ICU yg CJ gunakan memiliki reka bentuk yang mudah untuk di set up. Terdapat 3 komponen utama iaitu perumah, lampu dan tempat bertenggek. Jangan lupa alas dengan kertas surat khabar dan ianya perlu ditukar 1-2 hari. Jangan melebihi hari yg ke3 kerana kulat@fungus akan mula kelihatan dan ayam akan lebih kritikal.


Terpulanglah kepada anda untuk menggunakan lampu yang macam mana. Tempat bertenggek adalah penting supaya ayam dapat melompat dan lebih aktif. Kecergasan ayam yang sakit perlu di suntik dengan cara meletakkannya bersama2 2-3 ekor ayam lain yang saiz lebih kecil daripadanya. Boring juga dia kalau diletakkan sekor2 tanpa teman. Pernah suatu masa CJ x ada stok anak sebagai teman dia, jadi tiada pilihan lain CJ terpaksa beli anak ayam kampung 3 ekor sebagai teman.

Kalau anda menggunakan kotak kayu adalah lebih baik. CJ guna bekas plastik ini sebab mudah untuk dipantau dan dibersihkan. Jangan lupa pastikan penutupnya di buka sedikit bagi udara masuk dan letakkan bekas ini di tempat yang pengudaraannya adalah baik.


Mudah dan simple. Kalau buat banyak2 boleh jual pada kawan2 yang lain :) Selamat mencuba......

Saturday, January 23, 2010

Rezeki awal 2010

Incubator ku dah penuh!!!! :) Alhamdulillah atas rezeki mu ya Allah.

Hari ini 5 ekor dah menetas 3 dalam incubator dan 2 pada induk yang mengeram.


CJ baru perasan anak baka cgu zaki 3 ekor nie lain skit paten dia. Biasanya anak yang berumur 1 hari kepala dia tidak akan menyentuh penutup incubator nie tetapi anak nie bila berdiri kepala dah menyentuh dan terantuk penutup incubator. Memang nampak tinggi kaki dia dan yang paling menariknya ialah kakinya yang kuning walaupun induk dan bapaknya kaki hijau. Betullah kata Cgu Zaki anak yang akan keluar dari induk2 kuda laut n the geng nie akan keluar macam2 paten dan warna disebabkan semua induk2 nie memiliki 3 darah yang berbeza iaitu kijang mas, limbat dan raja gegar.


Bapak uban yang CJ bagi nama Datuk K (DK) bersama induk2 kuda laut n the geng. Sekor lagi sedang jaga anak 2 ekor yang baru menetas. Walaupun telur dah banyak tetapi belum menunjukkan tanda2 mahu mengeram. DK walaupun tidak sehebat mana tetapi memiliki darah dan keturunan yang hebat. Buat masa ini ekornya sedang meluruh.

Tuesday, January 19, 2010

Serama In School


Tahun 2009 CJ sibuk dengan aktiviti Kementerian Pelajaran untuk mempromosikan F1 di sekolah dengan program yang dikenali 'F1 In School'. Puas juga mengikuti kursus di Universiti Malaysia Sabah dalam mengenali perihal teknologi F1 untuk diterapkan ke sekolah. Belajar dari design reka bentuk kereta sehinggalah pengujian. Pening juga kepala nak design reka bentuk kereta nie walaupun semuanya menggunakan perisian khas. Dulu semasa kerja kilang di Prai Seagate dan Komag USA di Penang benda2 macam nie memang makanan CJ tetapi sekarang nie dah jadi cikgu pun masih kena buat lagi.



Tahun 2010 CJ nak lakukan sedikit pembaharuan dengan memperkenalkan 'Serama In School' di sekolah. Di dalam silibus mata pelajaran KHB pertanian sekolah menengah ada satu tajuk di tingkatan 2 yang memerlukan guru membawa 1 jenis haiwan kesayangan (pets). Ia adalah di bawah bab haiwan kesayangan dimana guru perlu menerangkan elemen jenis haiwan kesayangan, perumahan, penjagaan, jenis2 penyakit, ubat-ubatan dan latihan untuk pets. Jadi, elemen2 nie memang amat sesuai dengan ayam serama dan CJ mempunyai kelengkapan yang cukup untuk dijadikan bahan mengajar. Selepas ini anak2 didik CJ akan buat kerja amali membina reban ayam dan CJ juga akan ajar buat kotak untuk bawa ayam. Jadi, kepada Geng Serama Sabah boleh la order produk keluaran kami nie :)



Terhibur anak2 didik CJ nie dengan aksi Si Sakan


Minggu ini Si Sakan dan induk kuda laut menjadi teman CJ mengajar di sekolah. Ramai sungguh peminat jaguh CJ nie sehinggakan pelajar jadi bersemangat nak masuk bengkel. Biasanya CJ yang akan sampai dulu tapi minggu nie pelajar dah siap tunggu depan pintu semasa CJ sampai. Kehadiran pelajar pun full :) Akan datang CJ akan jemput Geng Serama Sabah untuk buat pemeran atau anjur pertandingan di Sekolah. Apa yang pasti kini akan muncul tunas2 baru yang akan menceburi arena serama di Sabah bagi menggantikan CJ suatu hari kelak.

Wednesday, January 13, 2010

Terjah: Si Tanggang

Hari nie sempat CJ terjah ke rumah Cgu Rosli Papar walaupun hujan. Sudah lama tidak tengok Si Tanggang yang khabarnya sudah mula nak parking. Memang menguji kesabaran CJ bila nak mengambil gambar Si Tanggang nie. Ayam muda sedang galak memang tak boleh duduk diam. Inilah antara gambar yang berjaya CJ ambil.


Si Tanggang mempunyai aksesori yang tip top dan bulu yang kemas. Setakat ini ia memegang rekod tanpa kalah dimana ia hanya sempat menyertai 2 game. Game yang pertama Johan kategori anak dan game kedua Johan ketegori remaja.


Post yang lepas ada anda telah melihat 2 ekor jantan Twin Power dan dibawah ini ialah gambar adiknya yang kini berada di reban Sarjan Yusof Papar. Kedua2 anak betina ini memiliki dada yang besar dan leher yang panjang. Walaupun masih kecil tetapi sudah tarik dan gegar.



Tuesday, January 12, 2010

Twin Power Gegar

Induk uban gegar semasa remaja

Kini.... anak induk ini sudah muncul dengan kedua-duanya bernama Twin Power.
Anak Bapak limbat + Induk uban gegar
Twin power walaupun mempunyai warna yang sama tetapi bentuk tubuh dan gayanya adalah berbeza. Masing2 mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan hanya akan muncul apabila ia di asingkan kelak. Foto ini CJ ambil di rumah tuan barunya iaitu Saudara Razak Papar.

Wednesday, January 6, 2010

Tips : Kepentingan Vitamin D untuk ayam

TELUR LEMBIK

KAKI LEMAH

PERTUMBUHAN BULU TIDAK SEIMBANG

PERTUMBUHAN TULANG TIDAK NORMAL


Inilah antara penyakit utama yang sering dihadapi oleh penternak serama. Ayam2 CJ sendiri juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah tersebut. Jadi bermacam2 ubatan dan petua kita akan buat dan kadang2 tu x menjadi. TENSION BAHHH.....

Melalui pengetahuan CJ yang x seberapa nie, semua gejala di atas adalah disebabkan oleh kekurangan KALSIUM. Sumber kalsium boleh didapati dalam pelbagai bentuk diantaranya ;

1. Pasir laut (ada campuran kulit kerang dan batu karang)
2. Pil kalsium
3. Makanan dedak penelur
4. Pasir@batu halus
5. Campuran air berkalsium

Persoalannya ialah setelah bermacam2 sumber kalsium telah diberikan masih juga tidak dapat selesaikan masalah tersebut. Apakah silapnya? Why???...... Ada yang sampai sanggup hancurkan kulit kerang semata2 nak dapatkan kalsium.

Tahukan anda bahawa usia 3 bulan pertama ayam adalah tempoh paling penting yang bakal menentukan masa depannya???

Dalam usia 3 bulan pertama kerap kali kita terlepas pandang faktor kesihatan ayam. Masa nie la kita sibuk nak training dan membentuk gaya ayam. Melalui maklumat yang CJ perolehi bahawa kebanyakan jaguh2 yang hebat masa kini pada asalnya bukanlah hebat semasa anak. Makanan dedak ayam untuk anak di pasaran memang telah di buat dengan formula kalsium yang mencukupi untuk anak serama. Bagi CJ tidak perlu lagi makanan tambahan yang lain2.

Makanan dah ok tetapi mengapa masih ada masalah???

Kalsium sebenarnya sangat unik. Ia tidak dapat melakukan kerja secara sendiri. Ia memerlukan VITAMIN D sebagai agen penyebaran kalsium kepada tulang dan komponen penghasilan telur. Tanpa vitamin D yang mencukupi, kalsium tidak dapat dimanafaatkan dengan sepenuhnya atau dengan kata lain serupalah macam sia2 sahaja usaha kita.

Dari mana nak dapat Vitamin D???

Dapat free je bro... Cahaya matahari merupakan bekalan vitamin D yang terbaik tanpa sebarang kos. Anda hanya perlu kerap jemurkan serama kesayangan anda di bawah cahaya matahari terutamanya sebelah pagi. Di sebabkan itulah pembinaan reban yang menerima cahaya matahari pada sebelah pagi adalah yang terbaik. Sebab itulah serama yang bertelur lembik setelah dilepaskan bebas macam ayam kampung tiba2 je ok telur dia. Jika tiada masa nak jemur serama, beli lah Vitamin D di klinik haiwan berhampiran anda.

Oleh itu, saranan CJ kepada kawan2 pastikan serama anda menerima nikmat cahaya matahari dengan secukupnya. Kalau terlebih jemur sampai ayam tercungap2 kepanasan jangan bagi dia minum serta-merta, selepas dalam 15 minit baru boleh bagi air. GOOD LUCK!!

Tuesday, January 5, 2010

Permulaan Revolusi Serama CJ 2010

Tahun 2010 adalah langkah awal untuk CJ breeding serama dari baka terpilih. Tahun lepas sudah puas ikut game dan dah rasa nikmat bergelar juara maka sudah tiba masanya nak buat ayam sendiri pula. CJ juga akan sentiasa upgrade serama yang ada dengan paten terkini.





Semua pembaka kini dalam proses baik pulih setelah sebelum ini di kawal pemakanan dan kebebasannya semata2 untuk game. Inilah barisan pembaka muda CJ dari baka uban raja gegar Cgu Zaki. Sudah ada yang telah bertelur dengan baik tanpa masalah.









Eksperimen gegar 2010 gabungan jantan kubing gegar dari baka Cgu Zaki yang dikenali sebagai Sami Merah dengan induk uban gegar dari Cgu Mie. Sebelum nie induk uban nie dah keluar anak gegar bersama jantan limbat.














Bapak limbat ini tetap sebagai pembaka utama di reban CJ. Anak dia keluar macam2 paten dan warna termasuk rinting. Anak generasi pertamanya banyak yang sudah bergelar juara. Paling menarik ialah hampir 70% daripada anak2nya ialah jantan.










Si sakan ayam paling hebat dalam koleksi CJ dan baru nak masuk kategori A. Kini, turut dikerah untuk menurunkan zuriat yang diharapkan akan menurut langkahnya. Harap2 bleh la dapat yang balung tersisir rapi macam dia nie :)















Incubator sentiasa ada telur untuk ditetaskan. Malas nak bagi ibu mengeram sebab selalu ja ada masalah. CJ mengamalkan konsep mengeram guna incubator dan anak tetap di jaga oleh ibu selepas ia menetas.













Reban piramid untuk menempatkan induk tumpang bagi menjaga anak2 serama terpilih. Binaan begini dapat menjimatkan ruang dan kos pembinaan.









Apartment 3 tingkat dengan 18 bilik yang kini dalam proses nak disiapkan. Kini sudah hampir 80% siap. Sudah hampir 3 bulan masih belum siap2 disebabkan masa yang terhad. Maklumlah kerja di sekolah pun makin mencabar dan memeningkan. Sasaran CJ suatu hari nanti akan ada baka dari Sabah akan di terbangkan ke semenanjung tetapi buat masa ini keutamaan produk CJ adalah kepada geng Sabah.

Friday, January 1, 2010

Aduhai Si Lebai Malang!!




Tiga minggu lepas semasa pertandingan di Beaufort main kategori remaja ara ni tewas mudah x dapat top 3 pun. Biasalah mana bleh lawan dengan remaja adik beradik Si Tanggang dan Semut Hitam yang kini berada dalam kondisi yang tip top. Malangnya si ara nie.....
....
Sempena tahun baru Maal Hijrah CJ pun buka harga mau jual murah2. Sebelum nie ada juga yang berminat dengan ara nie dan suruh CJ buka harga tapi kini x ada plak yang berkenan. Malangnya....
......
Justeru itu disebabkan ara ini masih tiada nama maka CJ memanggilnya dengan nama SI LEBAI MALANG. Setelah dilakukan proses bonding yang CJ pelajari dari Saudara Adham semasa di KL tempoh hari maka telah berlaku sedikit perubahan pada LM.



Dua foto di atas kelihatan bahagian kepala yang blur atau kabur. Inilah kesan apabila ambil foto ayam gegar. Hebat juga gegaran LM sekarang nie. Gegaranya tiba-tiba je muncul apabila masuk muda. Selepas ini x tau la gaya apa lagi yang akan LM tunjukkan :)




Ekor baru masih belum lengkap sepenuhnya. Dijangka akan lengkap menjelang pertandingan pada bulan Februari 2010 akan datang. Kini hanya LM sahaja yang akan full time sebagai ayam tanding di reban CJ. Si Sakan akan mula breeding untuk menghasilkan zuriat yang akan mewarisi kehebatannya kelak.