Sunday, August 30, 2009

Melatih ayam serama bergaya

Mengapa serama aku tidak bergaya di atas meja macam orang lain? Letak je atas meja kira mahu terjun.
kkkkk
Serama aku tidak tarik mendada pun macam serama orang lain?
lllllll
Aku dah cuba macam2 tips tetapi tiada perubahan. Mesti ada rahsia yang diorang x bagi tau?


Inilah antara soalan yang kerap menjadi persoalan pada CJ semasa baru mula2 nak main serama. Daripada yahoo group dan chatting dalam blog juga dapat CJ perhatikan ada individu yang baru menceburi bidang ini juga mengalami masalah serupa. Oleh itu adalah menjadi tanggung jawab CJ untuk memberi sedikit informasi kepada peminat yang baru bagaimana untuk menjawab persoalan dan keraguan mereka.

Blog ini akan cuba merungkai dan memberi informasi dan tips2 yang sangat berguna untuk peminat yang baru. Memang itulah harapan CJ bagi mendidik generasi baru mengenai dunia serama yang amat unik ini. CJ sedia untuk berkongsi pengalaman dengan kalian....

Sering kali kedengaran sahabat2 yang kecundang untuk melatih serama bergaya di atas meja. Serama yang di letakkan di atas meja rasa tidak tentu hala dan asyik mahu terjun. Serama yang telah dilatih sepenuhnya di atas meja akan rasa sangat selesa bila berada di atas meja. Pernah CJ berkunjung ke reban seorang sahabat bernama Masri di Taman Pantai Lok Kawi Sabah di mana seramanya apabila diletak di atas tanah/lantai ia akan terus melompat ke atas meja dan bergaya. Baginya lebih selesa berada di atas meja.

Persoalan???

Apa itu GAYA?

Gaya adalah sesuatu yang sangat subjektif untuk diterangkan bergantung kepada citarasa individu yang berbeza. Ada orang yang sangat obses dengan serama gaya selam, lagi selam lagi bagus. Serama selam sangat digemari oleh jurufoto kerana mudah untuk mendapatkan pose yang menarik dan ianya fotogenik. Ada juga yang lebih suka kepada serama yang tarik sekadar selari dengan kaki tetapi berjalan menjelajahi setiap penjuru meja. Serama ini sangat susah untuk di ambil gambar ia bergaya dan tidak fotogenik.

Terdapat 2 faktor utama bagaimana hendak menghasilkan serama yang bergaya di meja;

1. Pilih baka yang dari darah gaya hebat.
Pemilihan baka gaya adalah faktor paling penting dan menjadi teras kepada kejayaan untuk menghasilkan ayam yang hebat di atas meja. Baka yang hebat gayanya agak senang untuk di ajar. Ia umpama burung kakak tua yang pandai bercakap. Bukan semua burung kakak tua yang mudah untuk diajar bercakap. Hanya baka tertentu sahaja yang mudah diajar seperti dari baka african grey. Baka serama yang bukan dari darah gaya tetap boleh dilatih bergaya tetapi gayanya adalah tidak konsisten dan perlu diberi latihan yang berterusan.

2. Teknik dan kaedah pemeliharaan yang betul.
Serama yang bergaya di meja memerlukan penjagaan yang betul dan ianya bermula dari usia anak. Ia perlu di ajar untuk tidur di atas kayu bagi menguatkan otot kaki seterusnya menghasilkan kaki yang lurus dan dapat berdiri dengan tegak. Serama tanding juga memerlukan makanan yang seimbang serta protein yang tertentu seperti vitamin E dari minyak ikan untuk mencantikkan bulu. Vitamin E juga adalah baik untuk serama pembaka jantan dimana ia bertindak untuk meningkatkan pengeluaran air mani.

kkkkkkkkkkkkkkkkkk

Sebab apa letak serama di atas karpet dan di serkup di atas meja?

romeo



Bapak limbat+husin


Latihan tersebut hanya bertujuan untuk melatih ayam berdiri dan membiasakan serama dengan suasana pertandingan. Ia juga untuk memastikan ayam dapat 'parking' atau berdiri dengan keadaan yang selesa tanpa tekanan. Ayam darah gaya yang tidak dilatih di atas meja tetap akan bergaya di dalam reban atau di lapangan terbuka tetapi apabila diletakkan di atas meja ia akan gelisah dan menunjukkan tingkah laku untuk terjun meja. Pada usia 4-6 bulan merupakan usia agresif dan serama akan sangat aktif. Pada usia inilah ia sangat penting untuk di serkup bagi mengurangkan keagresifannya.

Oleh itu, latihan yang intensif bukanlah jawapan kepada penghasilan serama yang hebat dimeja tetapi faktor baka adalah sangat penting. Baka yang hebat gayanya akan mewarisi gaya sehingga akhir hayatnya tetapi ayam dari baka bukan bergaya tetap akan bergaya tetapi tidak konsisten gayanya dan akan hilang seri apabila tidak diberi latihan yang berterusan.

*** segala coretan di atas hanya pandangan peribadi CJ yang dicetuskan daripada pengalaman.

Sila berikan komen anda dengan cara klik pada perkataan comments di bawah.

Thursday, August 27, 2009

Gelombang tranformasi serama di Sabah

Photobucket

Photobucket


Fenomena gelombang kebangkitan serama kini sudah semakin menuju ke puncak kegemilangannya. Pelbagai paten, bentuk dan gaya serama kini telah berjaya dihasilkan berkat kesungguhan R&D dan kreativiti rakyat Malaysia.

Negeri Sabah juga tidak ketinggalan didalam memeriahkan lagi kerancakkan seni serama. Pelbagai jenis baka hebat kini telah berjaya di import/bawa masuk secara sah ke negeri di bawah bayu. Saudara Yusri King merupakan individu pertama yang mengimport serama ke Sabah pada awal tahun ini setelah hampir 6 tahun permit membawa serama di bekukan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Walau pun hanya 1 pasang sahaja yang dibawa masuk tetapi ianya secara tidak langsung memberi harapan baru kepada peminat serama Sabah.

Cikgu Mie Keris adalah individu kedua dengan mengeksport sebanyak 9 ekor serama dari Kemaman dan kebanyakannya adalah dari baka Limbat untuk tujuan breeding. CJ adalah pemegang serama baka reban Cikgu Mie sepenuhnya dimana serama tersebut menjadi teras kepada proses breeding di reban CJ. Kejayaan merangkul 2 kejuaraan di Tuaran tempoh hari membuktikan kualiti dan penampilan baka Cikgu Mie Keris diterima dengan baik di Sabah.

Kemeriahan serama ditambahkan lagi dengan membawa masuk baka Om Penang dan Saudara Shim. Om Penang telah membawa masuk baka tok uban serta anjaria sementara Saudara Shim dari baka tok uban dan mat awang. Kemasukan kali ini telah di dominasikan oleh Cikgu Erwan dimana hampir 10 ekor ayam tanding dan untuk breeding adalah milik beliau dari baka Om Penang. Kehebatan baka Om Penang masih belum di uji sepenuhnya di arena pertandingan di Sabah.

Selang beberapa minggu selepas itu semasa pertandingan di Tuaran, Cikgu Din Telipok telah mengeluarkan senjata rahsianya. Dalam diam beliau telah berjaya membawa masuk serama dari baka lanun Saudara Baharom Spaka. Kehebatan baka lanun telah membuatkan beberapa sahabat CJ teruja dan membuat perundingan dengan Saudara Baharom. Akhirnya pada beberapa hari yang lalu, serama Saudara Baharom melalui blognya telah di 'borong' habis oleh sahabat CJ. Petang tadi CJ telah lihat sendiri baka lanun spaka yang kebanyakannya adalah serama remaja untuk tujuan pertandingan. CJ di fahamkan hampir 14 ekor serama spaka telah di bawa masuk. Waahhhh.... bersemangat sungguh sahabat2 CJ tu.

Kini, kebanyakan baka serama dari breeder ternama semenanjung telah berada di Sabah. Kami tidak lagi rasa ketinggalan berbanding dengan sahabat lain di semenanjung. Kemeriahan dan kegairahan sahabat CJ membawa masuk serama baka hebat secara tidak langsung membuatkan arena serama kini semakin bersemarak di Sabah. Adalah diharapkan supaya baka-baka hebat ini akan dapat dibiakkan bagi melahirkan generasi serama yang berkualiti.

Pada pandangan CJ, setiap serama yang diimport mempunyai kelebihan masing-masing. Berikut ialah antara kelebihan yang di kenal pasti melalui pengamatan CJ:

Cikgu Mie - Aksesori tip top, gaya menawan. *** baka pilihan CJ - Limbat

Spaka - Sais kecil, gaya hebat dan paten terkini. *** baka pilihan CJ - Tok uban

Om Penang - Paten terkini, Baka pelbagai. *** baka pilihan CJ - Anjaria

Shim - Lincah dan lawan meja, baka dari darah asli, harga mampu milik. *** baka pilihan CJ Mat awang

**** serama terbaru spaka masih belum aktif sebab baru sampai. Nanti sudah segar akan CJ masukkan gambarnya buat tatapan anda. Tungguuuuuuu......

Wednesday, August 26, 2009

Baka tok uban kelabu

Tawaran istimewa sempena hari raya aidil fitri...... Baka tok uban bulu keliling mata putih... Warna kelabu yang sangat jarang ditemui..... Hanya di seramasabah.blogspot.com



Baka banyak kali menang tanding...

Bulu kemas dan telinga putih...

Ekor panjang dan halus...

Tidak perlu dimandikan...

Sedia untuk breeding....

Gaya tarik kaki pacak gebas ekor bertubi2......

Bersedia untuk bertukar tuan baru.....
m

[lihat gambar dibawah]
m
Ini gambar kawan sebelah reban dia

Di bawah ini gambar dia....


W


W


W


W


W


W


W


W


W


W


W


W

Wahhhhh.... cantik bah..... :) hehehehe
Senyum itu suatu sedekah.....

Moralnya : Jangan mudah percaya dengan kata-kata manis penjual apabila hendak beli serama. Selidik betul-betul sebelum membeli.

Kenal pasti sama ada penjualnya breeder atau brooker. Bukan semua breeder dapat hasilkan serama yang baik dan bukan semua brooker menjual serama yang tidak berkualiti.
h

**** Gambar serama di atas hanya sekadar hiasan sahaja. Tidak di ketahui siapa tuan dia.

SELAMAT BERPUASA....
n
MAAF ZAHIR DAN BATIN.............. :)

Monday, August 24, 2009

Khasiat Habbatul Sauda Kepada Serama

Assalam....

Bersamalah kita hayati hadis dibawah ini......


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Rasulullah SAW: "let you use habba sauda because there is indeed the cure for all diseases except death" (HR. Abi Salamah from Abi Hurairah ra) . (10/21 & HR. Bukhori Muslim 2215).

In another hadith diriwayatkan that the Messenger of Allah SAW said: "There is no single disease unless treated with Habba Sauda except death." (HR. At Tirmidzi)


Habbatul sauda telah di ketahui umum merupakan sejenis ubatan yang telah diamalkan semenjak zaman Rasullullah lagi. Pelbagai khasiat dapat diperolehi daripada biji bunga yang cantik ini. Ada CJ link pelbagai laman web yang berkenaan rahsia keajaibannya untuk tatapan kawan-kawan. CJ juga telah mengamalkan pengambilannya sejak beberapa tahun yang lalu sehingga sekarang.

Persoalan????

Apakah kesan pengambilan habbatul sauda kepada serama???


CJ telah menjalankan kajian mengenai penggunaan habbatul sauda (HB) ini kepada ternakan yang CJ pelihara termasuklah sugar glider, hamster dan secara eksklusif kepada serama kesayangan CJ. Produk HB yang CJ gunakan ialah dalam bentuk serbuk yang seakan-akan kopi. Jadi jangan hairan la jika berkunjung di reban CJ tengok air minuman serama warnanya hitam macam air yang sebulan tidak tukar :)

Sebenarnya masih terlalu awal untuk melihat kesan HB terhadap serama. Namum dari pemerhatian selama lebih kurang 3 bulan CJ menggunakannya tidak menampakkan sebarang kesan negatif. Dahulu serama CJ kerap terkena selsema dan virus selsema ini sangat mudah merebak kepada serama yang lain. Tetapi kini virus itu tidak lagi merebak kepada ayam lain atau dengan kata lain antibodi serama itu semakin kebal.


Macam mana mahu guna HB??


Setiap ubatan yang akan digunakan kepada serama akan CJ buat kajian rintis dahulu. Kaedah yang digunakan sangat mudah dan mungkin orang lain malah saintis sendiri tidak pernah gunakan iaitu CJ membuat bancuhan HB dengan air minuman. Bancuhan tadi CJ letakkan dalam 2 minggu dalam satu bekas yang terdedah di tempat yang teduh di luar rumah. Lokasi kajian adalah tempat yang banyak nyamuk!! Dalam masa 2 minggu didapati bahawa air tersebut telah menjadi tempat pembiakan jentik-jentik. Hasil daripada kajian ini telah menunjukkan bahawa air HB adalah selamat dan tidak mengandungi toksid malah sesuai dijadikan minuman serama.


CJ telah gunakan formula HB ini semenjak anak serama baru menetas sehingga dewasa. Setakat ini kadar kematian anak serama yang sudah menetas di reban CJ adalah 0%. Kadar penularan virus selsema juga dapat dikawal dengan berkesan dimana tiada kes jangkitan kepada serama yang lain.

Oleh itu, penggunaan HB adalah sebagai inisiatif kepada makanan tambahan serama. Tiada sebarang kesan negatif penggunaannya setakat ini. Malah ada Ustaz yang memberi kuliah di dalam radio menyatakan bahawa HB ini sebenarnya mampu melawan virus H1N1 jika diamalkan selalu di mana ia membina dan menguatkan antibodi.

Sila lawat link di bawah sebagai info:

http://www.puncakglobal.com/download/noa-sauda.pdf

http://maduherba.blogspot.com/2009/08/madu-dan-habbatul-sawda-penampan-h1n1.html


Saturday, August 22, 2009

Makanan Tambahan Serama


Makanan seimbang adalah sangat penting bagi setiap kehidupan. Nutrien yang diperlukan oleh setiap organisma dan mikroorganisma adalah berlainan mengikut spesis. Ayam serama juga memerlukan makanan tambahan bagi mengekalkan keseimbangan nutriennya. Makanan tambahan serama adalah berlainan mengikut kaedah pemeliharaan yang diamalkan. Ayam yang 24 jam di kurung memerlukan makanan tambahan yang lebih berbanding ayam yang dibiarkan lepas.

Rumput merupakan nutrien asas yang perlu diambil oleh ayam serama. Ia bertindak sebagai agen serat yang membantu penghadaman. Kebiasaannya para breeder akan memberi makan rumput sekitar 2 kali seminggu dengan cara serkupkan ayam di atas rumput. Kerap kali juga ayam akan memakan batu-batu kecil yang juga merupakan dietnya.

CJ juga mengamalkan pemberian makanan tambahan kepada serama kesayangan. Gambar di atas menunjukkan pelbagai jenis dan setiapnya mempunyai kegunaannya yang tertentu. Di sini CJ ingin berkongsi serba sedikit pengalaman menggunakan makanan tambahan tersebut.



Serbuk merah dan putih ini CJ perolehi daripada Jabatan Veterinar Kota Kinabalu. Di sanalah CJ mendapat khidmat nasihat mengenai penyakit ayam. Pegawai veterinar telah membekalkan CJ dengan 3 jenis ubatan asas yang diberi secara percuma iaitu :



1. ERYTAMIN PD (serbuk merah)
Serbuk ini dicampurkan dengan air minuman harian serama dan bertindak sebagai multivitamin asas.

2.COCCIDINE PD (serbuk putih)
Ini merupakan antibiotik dan perlu diberi kepada serama yang menunjukkan tanda2 berpenyakit.

3.PIPERAZINE CITRATE (serbuk putih)
Ia bertindak sebagai pembunuh cacing dan perlu diberi 2 kali seminggu kepada serama yang hari2 dilepaskan di persekitaran yang kurang bersih.


Berikut ialah beberapa makanan tambahan yang di rekemen oleh kawan2 CJ untuk diberikan kepada serama. Petua ini CJ perolehi daripada penternak ayam sabung dimana ubatannya juga sesuai untuk serama tetapi dosnya berbeza.




Appeton ini diperlukan apabila ayam menunjukkan tanda2 kurang selera makan atau fizikalnya yang kurus. Penggunaan appeton ini harus dikawal kerana ayam akan cepat gemuk tetapi sihat. Ini adalah ubatan rahsia sebelum ke pertandingan bagi mereka yang ingin menambah berat serama untuk memasuki Kategori B!!!! Cara bancuhannya ialah di campur dengan air minuman dengan nisbah 1:10 Air minuman perlu ditukar setiap hari kerana akan masam pada keesokan harinya.







Softgel kapsul minyak ikan ini merupakan makanan tambahan yang paling kerap digunakan oleh setiap tuan serama tanding. Ia membantu mencantikkan bulu serta kecergasan ayam jika diberi dengan berterusan. Ada juga minyak ikan dalam bentuk cecair yang digunakan dengan cara mencampurkannya dengan makanan serama.







Ini adalah makanan tambahan dalam bentuk makjun yang sangat popular bagi penternak ayam sabung. Pemberian yang berterusan akan membuatkan serama sentiasa cergas dan sihat. CJ cuma gunakannya apabila dekat dengan tarikh pertandingan. Pecah rahsia..... :) Ada juga yang dibuat dalam bentuk biji.







Kapsul ini lebih dikenali dengan nama kapsul hijau putih. Ia merupakan antibiotik yang mudah didapati di farmasi dan biasanya digunakan untuk serama yang selsema dan murung. Tetapi AWAS!!! kapsul hijau putih ini boleh menjadi pembunuh dengan serta merta apabila diberikan pada serama yang tiada selera makan atau penyakit pada tahap kritikal. Ia hanya diberikan pada serama yang menunjukkan tanda2 tidak aktif. Cara yang paling selamat ialah campurkan ia ke dalam air minuman serama.






Walau apa pun makanan tambahan yang anda berikan perkara asas yang mesti dipatuhi ialah dos yang sesuai dengan ayam serama. Selain daripada itu, pemberian yang berterusan dan berjadual haruslah diamalkan supaya dapat memberi kesan yang maksimum. Disiplin yang tinggi merupakan kunci kepada kejayaan menternak serama juara.

Sunday, August 16, 2009

Genetik dominan serama (kaki)

Entry kali ini akan cuba mengkaji secara ringkas genetik serama yang dominan. Dominan pada pengetahuan CJ yang terbatas ini membawa maksud menguasai. Lawan kepada dominan ialah resesif yang bersifat mengikut. Setiap benda yang hidup akan memiliki samada genetik dominan atau resesif. Seorang bapa yang mempunyai genetik yang dominan biasanya majoriti anaknya akan mengikut ciri2 bapanya.

Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa baka limbat biasanya mudah nak perturun anak atau dengan kata lain anaknya akan lebih mengikut ciri-ciri baka berdarah limbat. Dengan kata lain darah limbat adalah bersifat dominan. Oleh itu, CJ telah cuba untuk membuktikan teori ini dengan cara membeli bapak pembaka utama yang berdarah limbat. Antara ciri-ciri fizikal yang yang CJ cuba tekankan di dalam entry ini ialah pada bahagian kaki.







CJ telah membuat breeding di antara jantan limbat berkaki kuning dengan 2 ekor induk yang berkaki hijau.








Hasilnya.....


Hasilnya ialah kedua-dua induk berkaki hijau itu mendapat anak yang berkaki kuning mengikut ciri-ciri bapaknya.












Oleh itu dapat dibuat keputusan bahawa bapak pembaka utama CJ dari baka limbat mempunyai ciri-ciri dominan.

Persoalan???

Apakah ciri-ciri dominan lain yang ada pada bapak limbat CJ?

Mungkinkah dominan bapak limbat ini hanya pada aksesorinya sahaja? Gayanya akan mengikut induk?


Segala persoalan akan terjawab apabila ketiga-tiga anak ini naik remaja @ muda. CJ akan update hasil penyelidikan ini untuk dijadikan panduan buat diri CJ dan kawan-kawan.

*** Black union (BU) Cgu Mail Pengalat juga memiliki ciri2 jantan yg dominan. Masuk betina mana pun anaknya tetap samada hitam atau putih.

Saturday, August 15, 2009

For sale - Jantan juara muda, Tuaran 2009

Berita baik kepada peminat yang belum mempunyai serama juara. Serama muda ini adalah penyandang Juara Kategori Muda semasa pertandingan di Tuaran tempoh hari. Nama yang di beri oleh tuannya ialah Si Sakan. Serama ini memiliki gaya tarik gebas yang hebat dan amat berpotensi di masa hadapan. Skarang ia sudah menunjukkan gaya tarik selam!! Hubungi Jamil Papar 0142834664

Berapa RM????? Harga istimewa RM1500








Kelihatan balungnya yang tersisir rapi dan bentuk tubuhnya yang ramping. Aksesorinya memang tip top dan akan lebih bergaya apabila lawinya panjang.
















Ini adalah gambar terkini dengan gaya tarik selam yang begitu menawan.

Wednesday, August 12, 2009

Analisis anak Gen 1 (17 hari)

Ini adalah gambar anak generasi pertama CJ hasil daripada kacukan jantan limbat+husin dan induk tok uban+majid. Kedua-dua jantan dan induk ini telah menjuarai ketegori ABS dan induk semasa pertandingan di Tuaran pada 26 Julai 2009 yang lepas. Mengikut teori pengalaman orang-orang lama, jantan dan induk yang berlainan darah (outbreeding) agak sukar untuk mendapat anak yang cantik. Percubaan CJ yang menggunakan kaedah outbreeding ini adalah di sebabkan stok pembaka yang terhad dan hanya ini yang CJ ada. Anak generasi pertama ini akan dikacukkan semula sehingga darah yang betul-betul stabil dapat dihasilkan, InsyaAllah.

Di sini CJ akan membuat analisis perkembangan anak serama gen 1 yang kini berumur 17 hari. Analisis ini boleh dijadikan sebagai panduan bagi mereka mereka yang kurang pengalaman memilih anak serama berpotensi. Dapatan daripada kajian ini juga secara tidak langsung untuk menilai kualiti anak serama dari proses outbreeding.





Umur 3 hari
Ini adalah gambar yang pernah CJ siarkan sebelum ini anak juara yang berumur 3 hari. Disebabkan jantina kedua anak ini masih diragui maka CJ akan gunakan nama Si kuning dan Si putih. Kelihatan Si kuning yang di sebelah kanan mempunyai postur badan yang lebih menarik berbanding dari Si putih yang lebih kecil.









Umur 17 hari
Kelihatan Si putih sebelah depan lebih besar dan bulunya yang lebih gelap menunjukkan ciri-ciri seekor jantan. Si kuning bulunya agak pudar dan CJ jangkakan adalah betina. Anak yang paling belakang adalah dari induk yang lain.













Perbezaan dapat juga dilihat dari segi bentuk tubuh dimana tubuh Si putih lebih berbentuk 'S' dan ada tarik sikit.














Daripada gambar-gambar sebelum ini dapat dilihat Si putih lebih galak dan dominan dimana sering berada di sebelah depan berbanding dengan saudaranya yang lain.







Postur dan tubuh Si putih kelihatan mempunyai ciri-ciri anak yang berpotensi berdasarkan beberapa perkara:

1. Tubuh yang berbentuk 'S'
2. Sayap jatuh hampir tutup kaki
3. Sentiasa dominan dan galak







Persoalan kajian???

Adakah anak ini akan mewarisi gaya ketar seperti induknya?

Berapakah umur serama yang getarannya akan kelihatan?

Adakah bulu di kakinya akan kekal selamanya?

Jangkaan

Daripada pemerhatian CJ, adalah dijangkakan jika Si putih adalah jantan maka ia akan mengikut ciri-ciri bapaknya iaitu warna merah dan kaki kuning dimana ibunya kaki hijau.


Kesimpulannya, pada umur 3 hari boleh dikatakan Si kuning mempunyai ciri-ciri yang menarik tetapi pada hari ke 17 kelihatan Si putih pula yang lebih menonjol dan telah kelihatan potensinya. Entry akan datang CJ akan update gambar terbaru bagi melihat sejauh mana potensi anak-anak serama gen 1 ini. Selain daripada itu, CJ juga ingin melihat adakah gaya ketar diwarisi dari induk atau dari bapak. Induk kepada anak serama ini memiliki gaya ketar tetapi bapaknya tidak. Semoga sedikit analisis ini dapat dijadikan panduan kepada mereka yang hendak memilih anak serama berpotensi.

*** Biodata anak ke-3 yang menyorok di belakang Si putih dan Si kuning akan dimaklumkan kemudian. Ada sesuatu yang istimewa pada anak tersebut hasil daripada proses 'inbreeding' hasil kacukan induk dan bapak baka limbat!!!

### Seronok pulak CJ mengkaji ilmu serama nie :)

Saturday, August 8, 2009

Koleksi serama Cgu Erwan (waneja)

Hari ini CJ berkesempatan mengunjungi rumah seorang rakan yang tidak asing lagi dalam arena serama di Sabah iaitu Cikgu Erwan (waneja). Beliau adalah orang pertama yang berjaya membawa masuk serama baka baru secara sah dari semenanjung pada awal tahun ini dimana sebelum ini hampir 6 tahun ayam serama dibekukan permitnya. Selain daripada itu beliau juga telah memecah tradisi dengan menganjurkan pertandingan serama secara individu yang mana sebelum ini setiap pertandingan dianjurkan oleh kelab-kelab serama tertentu. Memang layaklah Cgu Mail menggelarnya dengan gelaran "Superman" :) Sebelum ini, kerancakkan serama boleh di umpamakan Gunung Kinabalu yang di selubungi jerebu, hampir pupus dari pandangan. Tetapi kini, sudah terbit cahaya yang menerangi dunia serama di Sabah.


Reban serama yang dulu usang kini sudah di bentang karpet. Incubator yang berabuk dan lusuh kini sudah hampir meletup kerana hari-hari penuh dengan telur serama. Dulu, serama dibiarkan tidur di atas dahan pokok dan kadang-kadang di baham musang, tetapi kini musang di Sabah sudah tumpul giginya kerana menggigit kunci solex reban serama.....
sekali syair daaaaa... :)





Ini merupakan serama kesayangan Cgu Erwan. Ia merupakan serama yang pertama dibawa masuk ke Sabah pada tahun ini dari tempat asalnya Terengganu. Warnanya yang menarik serta gaya yang tidak mengecewakan. Anak dari jantan ini juga sudah berjaya dihasilkan dan hanya tunggu masa untuk berpindah ke reban CJ :)



























Wahhhhh..... selam tu..... Serama putih ini baru pulih dari sakit misteri setelah tiba ke Sabah. Ia juga tidak dapat turun semasa pertandingan di Tuaran tempoh hari. Apa yang mengejutkan selepas ianya pulih ialah ia mula menunjukkan gaya selam yang sebelum ini hanya sekadar tarik biasa.




























Flying like butterfly..... Serama remaja ini menduduki tempat ke-2 semasa pertandingan di Tuaran. Ia adalah dari baka Limbat+Anjaria. Kelincahan remaja ini membuatkan sesiapa pun akan terpesona.














Induk ini mampu menunjukkan gaya selam apabila bergaya. Ia memiliki bulu yang kemas serta memang 'dibuat' atas meja untuk pertandingan.











Ada lagi serama Cgu Erwan yang CJ tidak sempat paparkan. Selain daripada serama, beliau juga memiliki pelbagai jenis baka kucing serta burung spesis yang cantik. Sesiapa yang teringin minum kelapa muda free boleh la berkunjung ke rumah beliau. hehe....
*** Tadi sempat CJ tapaw kelapa muda :) Thanks bro....
***Baru CJ perasan.... bersih sungguh red carpet alas meja tu, basuh guna sabun apa tu? dah macam iklan serbuk pencuci pakaian plak blog nie... hehehe..

Thursday, August 6, 2009

Tips Melatih Ayam Serama

CJ ada menerima permintaan daripada rakan-rakan yang baru menceburi hobi pelihara serama agar di masukkan entry mengenai tips melatih ayam serama untuk tujuan pertandingan. Di sebabkan CJ pun baru setahun jagung dalam arena ini, maka CJ minta bantuan dari orang yang lebih arif untuk menerangkannya. Tips ini adalah nukilan Cikgu Ameran Terengganu.

Langkah 1
Saya biasanya bermula daripada anak yang berusia sebulan ... selepas kita kenal pasti anak ayam yang berpotensi untuk dilatih ... kurungkannya seekor-seekor .... selepas seminggu kita boleh lihat anak ayam ni dah mula galak ... jangan bagi ia berlaga dengan ayam-ayam lain .. takut hilang sifat kejantanannya. Keluarkan anak-anak ayam tu lima minit setiap hari ... letak dan biarkan ianya bermain-main dengan tangan anda. Latihan ni memakan masa hampir sebulan

Langkah 2
Peringkat remaja ... merupakan peringkat yang paling aktif bagi ayam serama ... peringkat ini ayam tidak dapat duduk diam ... asyik berjalan keliling meja ... kurungkan ia di bawah serkup ... 3 - 4 jam sehari ... lama-lama ianya akan kurang aktif sedikit. Latihan ini saya buat hampir juga dengan sebulan

Langkah 3
Latihan dalam rumah ... atau tempat di mana ia tidak boleh lihat ayam-ayam lain ... saya biasa letakkan di dalam rumah ... kalau kawan-kawan saya atas meja depan TV di ruang tamu rumah lagi ... biasanya kami melatih ayam di sebelah malam .....yang ini pun hampir sebulan juga.

Langkah 4
Yang ini merupakan langkah terakhir ...nak suruh ayam parking ( diam dengan bergaya ) ... saya biasanya melatihnya di mana-mana saja .. di meja, dalam rumah atau mana-mana tempat dengan menggunakan cara ini

Latihan ini tiada penghujungnya .. kena selalu buat ... kalau boleh biar ayam buat 'dak aje' bila kita perlakukannya begitu ... seolah-olah faham dengan kita.

p/s : Segala tip tu adalah cara saya mengajar ayam-ayam saya .. mungkin orang lain cara yang berlainan pula mengajarnya .. bergantung kepada individu ... tapi yang penting bagi saya ... kita kena jadi gila dulu sebelum menjadikan ayam tu gila ( perform habis ) di meja ... pedulikan apa orang lain kata .. saya kalau takat isteri, anak, kaum keluarga dan jiran tertangga mengata tu dah jadi perkara biasa .... yang pentingnya kita tahu apa yang kita buat.

Apa-apa pun selamat mencuba ... bukan senang nak jadi gila ni ... heh...heh...heh

TIPS INI ADALAH SUMBANGAN DARIPADA CIKGU AMERAN






Teknik biasa yang di amalkan dengan cara meletakkan 1 ekor betina diserkup di tengah meja. Si jantan akan aktif mengelilingi meja tanpa menunjukkan tanda mahu terjun. Teknik ini mungkin sesuai untuk serama yang sering terjun meja semasa pertandingan.











Ini adalah teknik istimewa 2 dalam 1. Teknik ini adalah untuk melatih ayam bergaya di meja dan juga untuk melatih jurugambar mengambil gambar :)











Teknik ini lagi special dan unik, menggunakan parrot sebagai lawan untuk bagi serama itu lebih galak. Ini adalah teknik rahsia Cikgu Erwan :)

Saturday, August 1, 2009

Kriteria/format markah pertandingan serama

Di sini CJ berikan sedikit info mengenai kriteria pemarkahan pertandingan kesenian dan kecantikan ayam serama untuk tatapan peminat yang baru mula berjinak-jinak dengan ayam serama.

Ada dua format untuk pertandingan ayam serama di antara Kelantan dan Terengganu....Kalau di Terengganu markah untuk gaya disatukan menjadi satu manakala di Kelantan dipecahkan menjadi dua...tetapi ini format pengadil Perkas...kalau Kerisma dia sama dengan format markah Terengganu. Gaya A ialah gaya di atas meja dan Gaya B adalah gaya di bawah ( berjalan ).

Gaya : Permarkahan penuh biasa diperuntukkan 25% tetapi setakat ini markah yang tertinggi adalah 23.5 sahaja. Gaya dikira dari segi bagaimana ayam tersebut beraksi seperti mengebas-mengebas tarik, berjalan dengan megah, tarik selam kepala untuk menampakkan dadanya yang besar, angkat kaki sebelah, tengkok bergetar,dsb. Kesemua itu dirangkum sebagai gaya..tetapi pengadil Perkas menambahkan satu lagi item iaitu berjalan di bawah. Kalau ayam itu duduk terpaku, walaupun tarik selam gila..markahnya mungkin 20 - 21 sahaja.

Tubuh : Pemarkahan penuh biasa diperuntuk 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13.5 sahaja. Tubuh cantik dikira jika ayam tersebut boleh mengangkat dadanya hinggakan tidak menampakkan ruang di antara ekor dan belakang ayam tersebut. Kepala pula perlu melepasi aras kaki. Ekor tidak boleh melepasi aras kaki...orang sebelah sini kata tikam kepala...Jadi kedudukan kepala tu melebihi 90 darjah le.

Ekor : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13 sahaja. Ekor yang cantik mesti mempunyai lebih daripada 5 bilah/helai sebelah. Susunannya perlulah teratur...iaitu tersusun dengan rapi...tak boleh ada yang pendek ditengah-tengah...menampakkan susunan menaik...satu lagi ekor tu mesti le terbuka..tak boleh tertutup rapat atau mengucup..istilah yang biasa kita gunakan untuk ekor ialah bentuk daun sirih.

Lawi : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8.5 sahaja. Lawi cantik mestilah lebih tinggi dari ekor pengapik lawi..sekurang-kurangnya 1 inci. Lawi perlulah tegak ke atas..dua lawi ini perlulah sama panjang..keras, halus dan tajam meruncing..istilah yang biasa digunakan untuk lawi ialah lawi pedang dan lembing.

Sayap: Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 7%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 6 sahaja. Susunan sayap mesti kemas, Bulu pelepah pada sayap tidak menampakkan rongga, tidak terlalu singkat atau terlalu labuh...aras kaki digunakan sebagai penentu. Sayap yang cantik ialah apabila diluruskan ke bawah boleh menutupi kakinya dan tidak mencecah tanah. Mesti terpacak tegak 90 darjah.

Kepala Balung : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8 sahaja. Balung cantik dikira apabila saiznya besesuai dengan muka ayam. Tidak tebal, berwarna merah terang untuk menunjukkan ianya sihat, Jejarinya melebihi daripada 5 bilah, Tegak, Tersusun dengan rapi...nampak keseragaman dalam susunannya.

Warna : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 8%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 7 sahaja. Warna kelas satu ialah warna-warna yang berkilat..seperti kuning, merah, ara, kumbang lilin, Warna kelas 2 ialah warna putih, kubing, warna kotor iaitu warna bercampur dengan warna hitam didadanya.

Bulu : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Bulu hendaklah kemas, bersih terutama hujung sayap dan bawah punggung, tidak merebang-rebang, kalau boleh bila kita lihat menampakkan kemas dan rapi...tip..mandikan ayam 3 atau 4 hari sebelum pertandingan...jangan mandikan sehari sebelum pertandingan..bulu tidak akan tersusun dengan rapi...nampak macam carik-carik.

Kaki : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Warna kaki terang biasanya kuning, panjang, bersih, tegap bila berdiri, bengkok kurang markah, tidak lemah atau lembik bila berjalan.

p/s : biasanya markah tidak banyak beza di antara satu-satu ayam..dan kadang-kadang markahnya sama sahaja apabila dijumlahkan..cara menentukan pendahulunya ialah dengan melihat susun atur markahnya daripada gaya hingga ke kaki...kalau ayam 'w' gaya lebih tetapi kalah bahagian kaki dan ayam 'X' kakinya lebih tinggi daripada gaya, maka ayam 'w' dikira sebagai pendahulu begitu le seterusnya..akan tetapi jika kesemua ciri-ciri markahnya sama, cara timbangan lah yang terakhir kita gunakan..ayam yang teringan dikira sebagai pemenang.

Petikan sumbangan Cikgu Ameran, Terengganu.