Wednesday, August 12, 2009

Analisis anak Gen 1 (17 hari)

Ini adalah gambar anak generasi pertama CJ hasil daripada kacukan jantan limbat+husin dan induk tok uban+majid. Kedua-dua jantan dan induk ini telah menjuarai ketegori ABS dan induk semasa pertandingan di Tuaran pada 26 Julai 2009 yang lepas. Mengikut teori pengalaman orang-orang lama, jantan dan induk yang berlainan darah (outbreeding) agak sukar untuk mendapat anak yang cantik. Percubaan CJ yang menggunakan kaedah outbreeding ini adalah di sebabkan stok pembaka yang terhad dan hanya ini yang CJ ada. Anak generasi pertama ini akan dikacukkan semula sehingga darah yang betul-betul stabil dapat dihasilkan, InsyaAllah.

Di sini CJ akan membuat analisis perkembangan anak serama gen 1 yang kini berumur 17 hari. Analisis ini boleh dijadikan sebagai panduan bagi mereka mereka yang kurang pengalaman memilih anak serama berpotensi. Dapatan daripada kajian ini juga secara tidak langsung untuk menilai kualiti anak serama dari proses outbreeding.





Umur 3 hari
Ini adalah gambar yang pernah CJ siarkan sebelum ini anak juara yang berumur 3 hari. Disebabkan jantina kedua anak ini masih diragui maka CJ akan gunakan nama Si kuning dan Si putih. Kelihatan Si kuning yang di sebelah kanan mempunyai postur badan yang lebih menarik berbanding dari Si putih yang lebih kecil.









Umur 17 hari
Kelihatan Si putih sebelah depan lebih besar dan bulunya yang lebih gelap menunjukkan ciri-ciri seekor jantan. Si kuning bulunya agak pudar dan CJ jangkakan adalah betina. Anak yang paling belakang adalah dari induk yang lain.













Perbezaan dapat juga dilihat dari segi bentuk tubuh dimana tubuh Si putih lebih berbentuk 'S' dan ada tarik sikit.














Daripada gambar-gambar sebelum ini dapat dilihat Si putih lebih galak dan dominan dimana sering berada di sebelah depan berbanding dengan saudaranya yang lain.







Postur dan tubuh Si putih kelihatan mempunyai ciri-ciri anak yang berpotensi berdasarkan beberapa perkara:

1. Tubuh yang berbentuk 'S'
2. Sayap jatuh hampir tutup kaki
3. Sentiasa dominan dan galak







Persoalan kajian???

Adakah anak ini akan mewarisi gaya ketar seperti induknya?

Berapakah umur serama yang getarannya akan kelihatan?

Adakah bulu di kakinya akan kekal selamanya?

Jangkaan

Daripada pemerhatian CJ, adalah dijangkakan jika Si putih adalah jantan maka ia akan mengikut ciri-ciri bapaknya iaitu warna merah dan kaki kuning dimana ibunya kaki hijau.


Kesimpulannya, pada umur 3 hari boleh dikatakan Si kuning mempunyai ciri-ciri yang menarik tetapi pada hari ke 17 kelihatan Si putih pula yang lebih menonjol dan telah kelihatan potensinya. Entry akan datang CJ akan update gambar terbaru bagi melihat sejauh mana potensi anak-anak serama gen 1 ini. Selain daripada itu, CJ juga ingin melihat adakah gaya ketar diwarisi dari induk atau dari bapak. Induk kepada anak serama ini memiliki gaya ketar tetapi bapaknya tidak. Semoga sedikit analisis ini dapat dijadikan panduan kepada mereka yang hendak memilih anak serama berpotensi.

*** Biodata anak ke-3 yang menyorok di belakang Si putih dan Si kuning akan dimaklumkan kemudian. Ada sesuatu yang istimewa pada anak tersebut hasil daripada proses 'inbreeding' hasil kacukan induk dan bapak baka limbat!!!

### Seronok pulak CJ mengkaji ilmu serama nie :)

1 comment:

  1. 26/8/2009
    -asing dengan ibu.
    -tidur malam pasang lampu.

    31/8/2009
    -ajar makan nasi. Nampak berebut mcm suka plak.
    -Jantina telah d kenal pasti.
    -Jantan (si putih & anak limbat)
    -Betina (si kuning)

    ReplyDelete