Sunday, February 19, 2012

Video : Murai Batu Sabah King 1


Mari layan video burung murai batu sabah kepala putih. Saiz badan besar sedikit dari murai batu ekor panjang. Ekornya x berapa panjang tapi bunyinya pelbagai variasi dan kuat. Murai batu sabah senang dijinakkan dan boleh dibawa main di luar sangkar jika dipelihara dari anak.

Murai Batu Sabah king 2


Lawan luar sangkar

Murai batu serama sabah 3

Saturday, February 11, 2012

Transformasi baka keruwak


Gaya jalan robot + ketar teman sparring peluru bonsai jr.

Sebelum CJ mula main serama di Sabah sekitar tahun 2007 baka keruwak merupakan antara baka lawan meja yg sering champion di Sabah. Kategori induk terutamanya umpama sudah di booking oleh baka ini. Antara ciri baka keruwak ialah:

1. Balung halus
2. Saiz A
3. Kuat kibas sayap
4. Jalan angkat kaki tinggi (robot)
5. Mata bulat besar dan hitam.

Baka keruwak kini telah CJ upgrade dengan menambah 1 lagi ciri istimewa iaitu LEHER KETAR. Dengan memasukkan sedikit darah baka kijang maka lahir banyak keruwak yang ketar lehernya. Ada ibu keruwak yg melahirkan 80% anaknya ketar dengan memasukkan jantan kijang.

Dijangka 2012 akan muncul peluru sabah dari darah keruwak yg menyinar terutamanya kategori induk dan anak.


Friday, February 10, 2012

Peluru Bonsai Jr.


Anak kepada Peluru bonsai. Baru 1 minggu training atas karpet. Leher ketar baru nampak ketara 3 hari. Hari nie gegarannya semakin menjadi2 setelah seharian ditinggalkan dalam serkup berhampiran sangkar murai batu. Mungkin takut tengok murai tu terbang.