Monday, May 30, 2011

Peluru Udin game 29/5/2011 Papar

Game edisi kedua anjuran Kelab Serama Papar telah berjaya berlangsung dengan lancar. Penyertaan agak sedikit merosot disebabkan beberapa rakan tidak dapat hadir kerana ada urusan lain yang lebih penting. Namum game kali ini telah berjaya menarik minat ramai geng lama yang nampaknya sudah 'kembali'. Tahniah atas penganjuran yang baik.

Apapun CJ minta maaf sebab tidak dapat mengambil banyak gambar sebab sibuk sebagai MC semasa pertandingan. Semasa BOTB pun terpaksa ambil gambar walaupun sepatutnya time nie la kena bagi semangat pada Peluru Udin ;)


Suasana semasa pusingan akhir BOTB. Peluru udin sempat tunjuk sedikit aksi terbaiknya di tepi meja selepas berulang kali mematuk meja sbb 1st time pijak karpet hijau... hehe



Abang Razak bersama ayamnya bernama MANISAN LAUT juara kategori muda dan BOTB. Ayam gaya lonjak dada dan aktif di atas meja. Cukup lincah ayam ini.



Piala BOTB sumbangan Cikgu Putera @ Below The Wind berbaju hijau.



Sesi bergambar bersama BOTB




Aksi Peluru Udin semasa saringan ke-2 BOTB. Begitu selesa di atas karpet biru sepertimana latihan di rumah.




PENGAJARAN

Kerap kita terlupa bahawa karpet juga merupakan sesuatu yg sangat perlu di ambil perhatian semasa training serama. Kena biasakan ayam dengan pelbagai warna karpet supaya dapat beraksi dengan baik. Kalau boleh kena kenal pasti seminggu sebelum game warna karpet yang akan digunakan semasa game supaya ayam akan terbiasa dan dapat menunjukkan gaya maksimumnya. Jangan salahkan penganjur jika karpet yang digunakan tidak mengikut warna kebiasaan serama anda. Kalau banyak komen bawa karpet sendiri la bro...hehehe

No comments:

Post a Comment