Friday, July 31, 2009

Gaya mengebas angkat kaki


Keunikan ayam serama berbanding spesis ayam-ayam yang lain ialah kerana gayanya. Dewasa ini pelbagai jenis gaya berjaya dihasilkan melalui kaedah-kaedah yang tertentu. Aksesori ayam boleh dicantikkan melalui kaedah tertentu yang dilakukan oleh meraka yang pakar. Balung besar boleh dibentuk jadi kecil dan tersisir rapi. Ekor senget boleh diluruskan kembali. Namun, gaya adalah terhasil daripada genetik yang terpilih dan sukar untuk dilatih. Hanya mereka yang betul-betul berpengalaman sahaja boleh melatih ayam terjun meja menjadi ayam yang bergaya. Bagi mereka yang kurang berpengalaman hanya satu pilihan anda, pilih ayam dari baka/genetik yang hebat gayanya.
Disini CJ ingin berkongsi sedikit pengalaman bagaimana untuk melatih ayam untuk bergaya berdiri sebelah kaki. Gaya ini hanya boleh dilakukan oleh ayam yang memiliki kaki yang stabil dan kuat. Untuk menguatkan kaki ada 2 cara yang CJ amalkan iaitu:

1. Sediakan tempat untuk ayam bertenggek di dalam reban. Ayam CJ biasanya menghabiskan hampir 50% masanya bertenggek di siang hari semasa di dalam reban. Biasakan ia bertenggek dari anak lagi.

2. Serkupkan ayam di atas tanah supaya dia dapat cakar tanah. Ini merupakan salah satu kaedah senaman dan dalam masa yang sama ayam dapat makan tanah yang merupakan dietnya.

Amalan yang CJ amalkan di atas membuatkan ayam CJ selalu menunjukkan gaya angkat kakinya semasa di meja. Bapak limbat CJ yang memenangi kategori ABS tempoh hari sempat menunjukkan gaya uniknya iaitu gaya mengebas sambil angkat kaki sebelah. Induk CJ yang memenangi kategori induk pun sempat menunjukkan gaya angkat kaki ini. Amat jarang gaya mengebas angkat kaki ini kita lihat pada ayam lain. Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment