Sunday, July 26, 2009

Kejuaraan sulung di Tuaran.

Hari ini 26 Julai 2009 merupakan detik bersejarah buat CJ. 2 ekor serama yang CJ bawa ke pertandingan di Tuaran, Sabah telah mendapat Johan dalam kategori ABS tanpa lawi dan kategori induk. Bapak limbat CJ telah mengungguli kategori ABS telah menunjukkan aksi tarik gebas yang konsisten. Walaupun ia merupakan bapak pembaka utama di reban CJ tapi gayanya tetap hebat. Induk pembaka gegar pula berjaya menewaskan 2 ekor induk gaya selam. Induk ini memiliki kelebihan gaya yang seumpama serama jantan dengan aksi gebas tarik gegar sambil berjalan menjelajahi meja. Induk muda gegar dalam video sebelum ini tidak CJ bawa kerana gayanya yang masih belum matang.

Sejarah juga tercipta apabila 2 biji telur pasangan juara itu telah menetas dengan menggunakan ibu tumpang selepas CJ balik ke rumah. Oleh itu, anak generasi pertama CJ telah berjaya dihasilkan dari pasangan juara. Semoga anak generasi pertama si juara itu akan mengikuti jejak induk dan bapaknya..

Mulai esok, bapak limbat dan induk pembaka gegar yang memenangi pertandingan hari ini akan bersara dari arena pertandingan bagi memberi laluan kepada orang lain yang ingin merasa nikmat bergelar JUARA dan serama tersebut akan menumpukan sepenuh masa kepada proses breeding.

CJ terharu dengan penyertaan golongan belia dan terdapat juga kanak-kanak sekolah rendah yang menyertai pertandingan. Seronok CJ tengok aksi mereka bila serama yang dilatih menunjukkan gayanya. Pertandingan akan datang CJ akan membawa serama lain untuk dipertandingkan.

Tahniah juga buat Cikgu Erwan Tuaran kerana telah menganjurkan pertandingan dengan suasana yang selesa dan sambutan yang amat menggalakkan. Banyak otai-otai lama telah muncul kembali dengan serama yang unik.

**** Gambar serama yg menang akan CJ paparkan dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment