Wednesday, February 9, 2011

Tips : Cacing oh cacing ......

Cacing merupakan endoparasit yang selalu menyerang pets. Endoparasit boleh di difinisikan sebagai parasit yang menyerang anggota dalaman. Lawan kepada endoparasit ialah eksoparasit yang menyerang bahagian luaran contohnya kutu dan hama.

Serangan endoparasit seperti cacing umpama silent killer yang menyerang secara senyap tanpa disedari oleh kita. Ayam penelur lebih berisiko tinggi berbanding ayam daging!! kenapa?? Sebabnya ayam daging biasanya jangkamasa pelihara adalah singkat sekitar 35 hari sahaja. Ayam penelur pula lebih lama dipelihara sehingga produksi telurnya menurun.

Bagaimana pula dengan ayam serama? serama dipelihara biasanya lebih lama dari ayam penelur. maka risiko serama diserang cacing adalah sangat tinggi. Ladang ayam yang sistematik dengan pembersihan dan pencegahan penyakit yang berjadual pun tidak dapat lari dari cacing. Inikan pula reban serama kita yang di belakang rumah.


APAKAH TANDA-TANDA AYAM YANG KECACINGAN?

1. Kurus walaupun kuat makan

2. Nampak lesu

3. Kadang-kala berak berdarah, kehausan dan minum terus-menerus.

4. Produksi telur menurun atau terhenti.


Tahukah anda bahawa sistem breeding ayam serama membuatkannya sangat berisiko tinggi untuk terkena serangan cacing??? Mengapa?

Perumah utama cacing adalah didalam usus. Ia membiak dengan cepat didalam usus dan berkongsi makanan dengan perumahnya. Bilangan cacing yang banyak akan dikeluarkan melalui najis dalam bentuk cacing itu sendiri atau telur cacing.

Najis yang mempunyai telur cacing kadang-kala dimakan oleh ayam lain, maka bermulalah kitaran satu persatu serama akan kecacingan. Sistem reban yang berlantai dengan najis yang terkumpul umpama syurga bagi cacing untuk membiak. Dari mata kasar tiada cacing yang kelihatan tapi sebenarnya penuh dengan telur2nya bersedia untuk masuk ke perumahnya yang baru.

Selain daripada najis, vektor pembawa cacing ialah lalat, kumbang, siput dan lain2 serangga termasuk semut!! Cacing tanah juga adalah vektor yang sangat berisiko. Ayam yang dikurung 24 jam dalam reban pun ada risiko jika vektor2 ini ada di sekeliling reban anda.


Pencegahan cacing

1. Tanam ayam yang mati melebihi 20meter dari reban dengan kedalaman 1.5meter. Wahhh... dalamnya bro... nak senang CJ biasanya masuk dlm plastik, ikat dan buang dalam tong sampah.

2. Minimunkan vektor pembawa cacing dengan mengamalkan kebersihan reban yang optimum.

3. Pastikan pengudaraan adalah baik bagi reban yang lantai tertutup supaya najis cepat kering. Najis yg lembab akan menyebabkan cacing mudah membiak.

4. Taburkan kapur atau abu di bawah reban supaya kadar resapan tanah menjadi lebih baik. Ini adalah bagi reban alas dawai BRC. CJ sendiri pun skarang nie tgh upgrade reban lantai plywood kepada lantai dawai BRC. Eksperimen reban breeding guna lantai dawai menunjukkan keputusan yang sangat baik. Posting berikutnya akan CJ ceritakan lebih lanjut.


Ramai rakan2 serama bertanyakan CJ mengenai ayamnya yang sakit. Soalan pertama CJ ialah "dah bagi ubat cacing ka?". Ingat!!! apabila organ dalaman rosak disebabkan cacing maka mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Jadi, beringat sebelum kena. Sediakan payung sebelum hujan :)

*** Kalau x ada ubat cacing sila hubungi CJ. Setakat ini ubat cacing MEDION TRIWORM merupakan ubat paling laris dan byk permintaan.


No comments:

Post a Comment