Saturday, September 5, 2009

Bulu Serama Meluruh

Bulu meluruh............

Alamakkkkkk!!!!!!... tanding dah dekat nie :(

Bulu meluruh..........

Yessss!!!!!.... dah lama aku tunggu saat nie. Habis rosak bulu ayam aku nie pas lama breeding. Pas nie tumbuh bulu baru mesti cantik balik.



Fenomena bulu serama meluruh adalah suatu azab bagi sesetengah orang dan ada juga yang menanti saat ini untuk refresh atau buatkan serama lebih segak dengan 'baju' baru. Masa ayam akan mula meluruh adalah sukar untuk di kesan. Proses bulu meluruh adalah mengikut turutan yang tertentu samada bermula dari ekor, dari bulu sayap atau lain-lain tempat. Ia tidak akan berlaku serentak pada semua anggotanya.

Apakah akan ada kesan sampingan apabila bulu mula meluruh?


Ya. Kesan sampingan pada ayam yang mula meluruh ialah prestasinya akan menurun disebabkan banyak zat-zat makanan digunakan untuk membentuk bulu yang baru. Ayam akan kurang stamina dan tidak mampu 'main' dalam tempoh yang lama.

Apakah protein yang di perlukan oleh ayam yang meluruh?

Pada saat bulu meluruh, ayam memerlukan Vitamin A dan B kompleks. Vitamin A diperolehi daripada minyak ikan dan B kompleks banyak terdapat daripada hati. Kacang hijau juga mengandungi vitamin B yang tinggi. Antara makanan yang CJ syorkan ialah dedak penelur kerana ia mengandungi pelbagai nutrien untuk pertumbuhan bulu.


Berapa lamakah proses meluruh ini akan selesai dengan bulu yang baru?

Tempoh bersalin bulu adalah tidak menentu. Bagi serama jantan, ia mungkin mengambil masa yang agak lama sehingga menjangkau 5 bulan untuk tumbuh sepenuhnya termasuk lawi bergantung kepada makanan dan penjagaan ayam. Ayam juga perlu dimandikan supaya proses pemecahan 'sarung' bulu menjadi lebih mudah dan cepat. Cara paling mudah ialah dengan cara semburan/spray menggunakan air biasa setiap pagi dan petang.

Apakah perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa proses bertukar bulu?

1. Jangan mandikan ayam terlalu kerap menggunakan sabun kerana dikhuatiri minyak/lilin semulajadi yang membuatkan bulu berkilat akan kurang. Bab mandi ini akan CJ terangkan pada post akan datang.


2. Elakkan memegang ayam dengan kasar kerana ada sesetengah pendapat menyatakan semasa tempoh meluruh ini ayam sebenarnya berada dalam kesakitan.


3. Berhati-hati dengan induk yang jenis cannibal yang suka makan bulu kerana bulu baru mengandungi kandungan phosporus yang tinggi dimana ia adalah makanan yang lazat bagi ayam betina!! Asingkan dengan segera induk yang cannibal jika anda tidak mahu serama jantan anda menjadi burung hering :)


No comments:

Post a Comment