Wednesday, September 23, 2009

Kursus Penjagaan Ayam Serama Sabah

Salam lebaran......

Gelombang aura ayam serama di Sabah semakin hebat dan menunjukkan perkembangan positif. Pelbagai baka hebat telah dibawa masuk untuk memeriahkan lagi seni serama di Kepulauan Borneo ini. Namun, dengan ilmu serama yang kurang mantap serta pengalaman yang cetek kerap kali serama yang hebat semakin kurang menyengat apabila berada di tangan peminat yang baru.

Justeru itu, CJ bercadang mengadakan Kursus Keseniaan dan Kecantikan Ayam Serama yang diadakan khas buat warga Sabah yang ingin menambah pengetahuan mengenai dunia serama. Antara isi kandungan kursus tersebut ialah;

1. Pengenalan jenis baka, paten terkini dan isu2 semasa serama.
2. Teknik penjagaan serama.
3. Teknik melatih serama untuk pertandingan.
4. Kaedah breeding serama yang berhemah.
5. Kaedah rawatan serama (penyakit/lari casis)

CJ mempelawa sesiapa yang berpengalaman dan berminat untuk menjadi penceramah berkaitan perkara di atas adalah di alu-alukan untuk menampilkan diri. Antara pakej yang akan disediakan kepada penceramah ialah;

1. Tambang percuma penerbangan pergi dan balik dari tempat anda ke Sabah.
2. Berpeluang melancung ke Sabah.
3. Penginapan disediakan.

Selain daripada itu, penceramah juga bukan sekadar menerima faedah di atas malah turut menerima faedah sampingan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang di antaranya;

1. Membawa serama, ubat-ubatan dan aksesori untuk di jual.
2. Dapat mempromosi serama sendiri.
3. Membina jambatan silaturrahim dengan peminat Sabah.

Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat sila hubungi CJ. Ceramah akan di adakan pada cuti sekolah hujung bulan 12 nanti. Tarikh sebenar akan ditetapkan bergantung kepada kesediaan penceramah.

Kepada warga Sabah yang ingin menyertai kursus ini bolehlah hubungi CJ melalui telefon. Sebarang perubahan tarikh akan diberitahu kelak. Yuran penyertaan akan dikenakan bagi menampung kos ceramah. Kadar yuran adalah bergantung kepada jumlah penyertaan. CJ juga akan cuba untuk menjemput agensi yang berkenaan bagi mengisi slot ceramah terutamanya Jabatan Perkhidmatan Haiwan bagi menerangkan ubatan, penyakit dan penjagaan kesihatan ternakan. Ayuh, ajak kawan ramai2 bahh........

1 comment:

  1. memang class bro CJ.. penuh semangat.. berminat juga saya..

    ReplyDelete