Friday, April 30, 2010

Hikayat Si Kuda Padi

Remaja ini merupakan generasi pertama dari induk kuda laut yang terkenal dengan cutting slim tingginya seperti bangau. Abangnya kini ada pada Cgu Rosli Papar CJ tukar dengan induk baka Baharom Paka.


Semasa kecil sudah nampak potensinya yang agak unik iaitu berdiri macam anak ayam sabung.



Semasa kecil adalah saat yang begitu derita CJ menjaganya kerana kerap sakit. Demam, selsema, tercungap2, najis melekat dan macam2 penyakit lagi. Tengok je gambar di atas walaupun 3 ekor nie dari induk dan menetas hari yang sama tetapi jelas kelihatan dia yang paling kecil. Sebab itulah CJ menggelarkannya KUDA PADI.



Gambar semasa anak b dengan potongan pinggang yang ramping serta dada yang boleh tahan.



Inilah gambar terbarunya 3 hari lepas yang kini sedang galak dan kuat mematuk tangan. CJ memang suka sangat ayam yang kuat mematuk tangan sebab ia merupakan tanda bahawa ayam itu berani dan aktif. Di sebelahnya tu ialah induk gegar yang CJ masukkan posting yang lepas. Memang kecil saiz induk tu sebenarnya.



Jalan macam berlagak sikit suka toleh sisi dan tunjuk dada belahnya.



Kakinya yang tinggi sehingga tergantung sayapnya.



Ada ruang kosong antara leher dan ekor memang cantik dia tarik bila matang nanti. Susunan balung plastiknya juga agak cantik dan bilah dalam.

Apapun ayam ini memang jenis lambat siap dan dijangka masuk muda barulah nampak gayanya yang sebenar. Kena banyak bersabar skit main baka tok uban nie :)

Thursday, April 29, 2010

Anak serama CJ 2010

Entry kali ini CJ masukkan beberapa ekor anak ayam baka CJ yang telah dilepaskan pada geng Sabah. Biasanya orang yang baru main CJ akan rekemen baka yang berdarah limbat kerana baka ini cepat bergaya dan senang untuk di training. Tahun 2010 kebanyakannya CJ jual kepada orang baru dan otai yang baru nak mula balik main serama.



Anak ini memiliki pakej yang menarik iaitu bulu rinting, dada belah, leher panjang dan ganas di atas meja. Disebab itulah tuannya memberi nama TAMADAU yang bermaksud seladang. Pagi tadi tuannya iaitu Abg Jiman Kt Belud maklumkan anak ini kadang2 akan tunjuk selam dan gegar. Wahhh.. tahniah buat Abg Jiman otai lama yang kini kembali muncul dengan peluru baru.



Anak ini nampak seperti biasa tetapi semasa tanding di Papar bulan lepas terkejut penonton tengok dia punya tarik, lonjak dada dan jalan robot. Inilah juara Kategori Anak yang membuat tuannya Saudara Ruslin MASKargo begitu terharu. Baru 1st time ikut tanding terus dapat juara. Suatu permulaan yang baik buat Ruslin. Tahniah bro...



Ini pula mendapat no.2 Kategori Anak dengan gaya yang hampir sama dengan Juara di atas. Warna kekuningannya adalah mirip dengan pembakanya iaitu bapak limbat. Tuan barunya iaitu Saudara Boy MASKargo juga 1st time ikut tanding. Suatu permulaan yang baik juga buat Saudara Boy....



Bergambar bersama piala yang dimenangi



Anak ini adalah anak pertama Si Sakan yang CJ beri percuma kepada Saudara Ruslin sebagai kenangan. Orang baru nie CJ kena la bagi yang power2 skit. Anak nie lagi hebat gayanya berbanding Juara Anak tu tetapi semasa tanding Ruslin tidak bawanya bersama. Target next game katanya :)



Anak ini lain macam sikit dia punya gaya dan memiliki darah tok uban. Inilah satu-satunya anak bapak tok uban CJ yang keluar warna kuning. Tuan barunya Saudara Padeli orang jauh yang datang ke rumah CJ dari Tawau sejauh 8 jam perjalanan!



Induk nie memiliki tubuh slim tinggi dan warna seiras induk kuda laut CJ. Kalau dilihat dari aksesori dan tubuhnya memiliki potensi pada masa depan. Induk ini juga kini berada di reban Ruslin.


Puas rasanya apabila ayam dari reban CJ bergaya pada tuan barunya. Apa yang pasti ayam2 ini bakal mewarnai dunia pertandingan di Sabah. Kepada peminat baru CJ amat alu-alukan kedatangan anda ke dunia serama yang begitu unik ini. Baka2 ayam di Sabah kini sudah jauh berbeza dan setanding dengan ayam semenanjung.

Wednesday, April 28, 2010

Kuda padi kini muncul


** Masa anak berdiri macam anak ayam sabung

** Adik beradik dengan induk tarik gegar baka kuda laut yang postingnya dimasukkan sebelum ini.

** kini sudah remaja........


Saksikanlah kelibat baka kuda laut ini didalam entry akan datang........

Sami merah terkini......

Sami merah kini full time dikelilingi induk2 muda. Jantan gegar dari reban cgu zaki ini memiliki darah yang boleh tahan hebatnya antaranya ialah limbat dan husin. Kini CJ hanya ada 1 ekor sahaja anak daripada bapak ini. Disebabkan kegagahannya naik ibu maka CJ letakkannya dengan 7 ekor betina dengan pelbagai paten.



Kelihatan Sami Merah yang semakin bergaya apabila bersama induk2.




Induk muda paten slim tinggi macam bangau




Inilah induk yang CJ beri nama 'Induk Mahal' turut bersama Sami Merah




Induk dara hitam batik dada 'syarifah aini' nie merupakan induk kesayangan SM :)




Sami Merah mengawasi kawasan jajahannya




Aksesori dan warnanya yang menarik namun lawinya baru nak naik


Tidak lama lagi anak2 Sami Merah bakal muncul di arena pertandingan. CJ jangkakan tentu ada sekor dua yang akan memiliki gaya getarnya. Sebab itulah CJ masukkan 'Induk Mahal' bersamanya mana tau dapat anak paten lebih cantik. Insyaallah....

Monday, April 26, 2010

Anak 'Induk mahal' kini muncul

Anak b betina ini merupakan antara yang terbaik yang berjaya CJ hasilkan. Masa anak a lagi potensi anak ini telah dikenal pasti kerana bentuk tubuhnya yang lain macam serta dadanya yang besar. Pada mulanya CJ sangkakan ianya adalah anak ayam kapan kerana saiznya agak gemuk tetapi setelah diperhatikan warna aksesorinya ada beberapa ekor lagi yang mirip dengannya. Memang confirm anak dari induk cgu zaki yang CJ namakan 'induk mahal' kerana ia merupakan induk paling mahal yang CJ beli dari CZ. Baru sekarang CJ faham mengapa CZ letak harga yang tinggi pada 'induk mahal' nie walaupun induk nie langsung tidak tarik dan belunjur.



Pandangan atas jelas kelihatan alignment dan dan casis ekor yang sempurna.




Dada belah yang cukup seksi :)



Berdiri pun boleh tahan.




Paten yang boleh pergi jauh dan dijangkakan boleh breeding kerana belakang jenis patah hujung.


Maaf, video kurang memuaskan sbb kamera murah :)





Video pandangan atas



Saturday, April 24, 2010

Kini sudah gegar....... ( sold out to Mr. X Penang )

Bertubi-tubi CJ dihujani sms kerana sudah lama tidak update blog. Baru sebentar tadi talian streamyx CJ sudah siap dipasang di rumah baru. Gerun juga tengok ayam kawan2 yang lain dalam blog. Jauh ketinggalan ayam CJ skarang nie.....

Ayam CJ kini ada juga la sekor dua yang sejuk mata memandang. CJ akan masukkan beransur-ansur stok ayam yang CJ ada untuk tatapan kawan2....

Inilah riwayat hidup anak betina dari baka kuda laut. Kini masih remaja hendak masuk muda....



Gambar semasa anak yang berwarna cerah sebelah belakang tu. Kecewa juga tengok anak ayam macam nie sebab langsung x ada gaya, leher pun macam pendek je.




Sudah nampak gaya dia apabila berdiri. Macam panjang plak leher dia CJ tengok.




Tu diaaa... dah mula tarik.



Panjang juga leher dia rupanya... sudah nampak potensinya kini..




Boleh tahan juga gaya dia kini. Ekor pun dalam alignment yang baik.



Sekali tengok memang mirip dengan gaya ibunya...



Wahhhh.... macam ada ciri2 nak selam :)


Video gegar induk nie.....



Induk nie bakal beraksi bulan depan jika panjang umur. CJ terpaksa menolak tawaran nak tukar milik dari kawan2 sebab x puas lagi main dengan dia. Seronok tengok gegarannya......

Friday, February 26, 2010

Lagi anak baka kuda laut.....

Lepas nie Cgu Zaki kena bagi subsidi pada CJ la sebab promosi baka dia :) Untung juga bila jual serama pada blogger nie sebab dalam masa yang sama bleh promosikan ayam kita. Setakat ini belum ada lagi blogger yang memberi respon negatif pada sesuatu baka.



Ini ialah anak dari induk kuda laut juga iaitu adik beradik betina pada entry CJ yang lepas. Anak jantan ini memiliki kaki dan peha yang tinggi sehingga sayapnya hanya separas lututnya sahaja apabila ia tarik. Kalau tanding memang kurang lah markah sayap.



Teknik fotografi yang menarik. Bukan senang nak susun ayam berbaris macam nie :) Sebenarnya anak induk kuda laut nie menetas 3 biji serentak atau dengan kata lain anak 3 ekor dalam foto di atas adalah sama umur dari induk dan bapak yang sama. Anak yang paling kecil tu semasa kecil dah 2,3 kali masuk ICU kerana sakit dan sekali tengok dah macam x ada harapan nak hidup. Tetapi sekarang nie dia sudah kembali cergas dan aktif cuma kelihatan sedikit awet muda. Orang kata anak yang masa kecil selalu sakit nie la yang besar nanti potensi dia lain macam. Kita tungggu dan lihat nanti. Tunggu.........

Thursday, February 25, 2010

Anak 1st induk kuda laut

PELANDUK DUA SERUPA


KE MANA HENDAK TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI


Inilah antara perumpamaan yang boleh diungkapkan apabila melihat ibu dan anak baka kuda laut ini. Anak sulungnya memiliki cutting dan warna seiras ibunya. Semoga adik2nya pun akan keluar begini, aminnnn.... :)



Induk ini jiran CJ panggil dengan nama 'ayam burung' kerana bentuknya seperti burung serta sayapnya yang tajam. Kini, anak musim keduanya bakal berubah wajah apabila CJ menggunakan bapak pembaka yang lain iaitu bapak limbat. Orang Sabah kurang minat skit ayam kaki hijau, sebab tu la nak try cross dengan bapak limbat yang 1 suite warna kuning rinting.

Tuesday, January 26, 2010

Kotak ICU Untuk Anak Serama

Apabila disebut kotak ISA rata2 di kalangan kita sudah mengetahui fungsinya. Entry kali ini CJ ingin menarik perhatian kawan2 mengenai KOTAK ICU. Apabila disebut ICU barangkali anda sedia maklum iaitu tempat orang sakit yg sudah kritikal. Serama yg kritikal juga sebenarnya memerlukan tempat ICU.

Kotak ICU yg CJ masukkan gambar di bawah ialah untuk anak serama yg sakit. Sakit dengan erti kata ia mengalami simpton2 seperti tidak berselera untuk makan, murung, pucat dan tidak aktif seperti biasa. Anda seharusnya sudah tersedia dengan perubatan asas seperti antibiotik, minyak ikan dan lain2.


Kotak ICU yg CJ gunakan memiliki reka bentuk yang mudah untuk di set up. Terdapat 3 komponen utama iaitu perumah, lampu dan tempat bertenggek. Jangan lupa alas dengan kertas surat khabar dan ianya perlu ditukar 1-2 hari. Jangan melebihi hari yg ke3 kerana kulat@fungus akan mula kelihatan dan ayam akan lebih kritikal.


Terpulanglah kepada anda untuk menggunakan lampu yang macam mana. Tempat bertenggek adalah penting supaya ayam dapat melompat dan lebih aktif. Kecergasan ayam yang sakit perlu di suntik dengan cara meletakkannya bersama2 2-3 ekor ayam lain yang saiz lebih kecil daripadanya. Boring juga dia kalau diletakkan sekor2 tanpa teman. Pernah suatu masa CJ x ada stok anak sebagai teman dia, jadi tiada pilihan lain CJ terpaksa beli anak ayam kampung 3 ekor sebagai teman.

Kalau anda menggunakan kotak kayu adalah lebih baik. CJ guna bekas plastik ini sebab mudah untuk dipantau dan dibersihkan. Jangan lupa pastikan penutupnya di buka sedikit bagi udara masuk dan letakkan bekas ini di tempat yang pengudaraannya adalah baik.


Mudah dan simple. Kalau buat banyak2 boleh jual pada kawan2 yang lain :) Selamat mencuba......

Saturday, January 23, 2010

Rezeki awal 2010

Incubator ku dah penuh!!!! :) Alhamdulillah atas rezeki mu ya Allah.

Hari ini 5 ekor dah menetas 3 dalam incubator dan 2 pada induk yang mengeram.


CJ baru perasan anak baka cgu zaki 3 ekor nie lain skit paten dia. Biasanya anak yang berumur 1 hari kepala dia tidak akan menyentuh penutup incubator nie tetapi anak nie bila berdiri kepala dah menyentuh dan terantuk penutup incubator. Memang nampak tinggi kaki dia dan yang paling menariknya ialah kakinya yang kuning walaupun induk dan bapaknya kaki hijau. Betullah kata Cgu Zaki anak yang akan keluar dari induk2 kuda laut n the geng nie akan keluar macam2 paten dan warna disebabkan semua induk2 nie memiliki 3 darah yang berbeza iaitu kijang mas, limbat dan raja gegar.


Bapak uban yang CJ bagi nama Datuk K (DK) bersama induk2 kuda laut n the geng. Sekor lagi sedang jaga anak 2 ekor yang baru menetas. Walaupun telur dah banyak tetapi belum menunjukkan tanda2 mahu mengeram. DK walaupun tidak sehebat mana tetapi memiliki darah dan keturunan yang hebat. Buat masa ini ekornya sedang meluruh.