Wednesday, April 28, 2010

Sami merah terkini......

Sami merah kini full time dikelilingi induk2 muda. Jantan gegar dari reban cgu zaki ini memiliki darah yang boleh tahan hebatnya antaranya ialah limbat dan husin. Kini CJ hanya ada 1 ekor sahaja anak daripada bapak ini. Disebabkan kegagahannya naik ibu maka CJ letakkannya dengan 7 ekor betina dengan pelbagai paten.



Kelihatan Sami Merah yang semakin bergaya apabila bersama induk2.




Induk muda paten slim tinggi macam bangau




Inilah induk yang CJ beri nama 'Induk Mahal' turut bersama Sami Merah




Induk dara hitam batik dada 'syarifah aini' nie merupakan induk kesayangan SM :)




Sami Merah mengawasi kawasan jajahannya




Aksesori dan warnanya yang menarik namun lawinya baru nak naik


Tidak lama lagi anak2 Sami Merah bakal muncul di arena pertandingan. CJ jangkakan tentu ada sekor dua yang akan memiliki gaya getarnya. Sebab itulah CJ masukkan 'Induk Mahal' bersamanya mana tau dapat anak paten lebih cantik. Insyaallah....

No comments:

Post a Comment