Thursday, April 29, 2010

Anak serama CJ 2010

Entry kali ini CJ masukkan beberapa ekor anak ayam baka CJ yang telah dilepaskan pada geng Sabah. Biasanya orang yang baru main CJ akan rekemen baka yang berdarah limbat kerana baka ini cepat bergaya dan senang untuk di training. Tahun 2010 kebanyakannya CJ jual kepada orang baru dan otai yang baru nak mula balik main serama.



Anak ini memiliki pakej yang menarik iaitu bulu rinting, dada belah, leher panjang dan ganas di atas meja. Disebab itulah tuannya memberi nama TAMADAU yang bermaksud seladang. Pagi tadi tuannya iaitu Abg Jiman Kt Belud maklumkan anak ini kadang2 akan tunjuk selam dan gegar. Wahhh.. tahniah buat Abg Jiman otai lama yang kini kembali muncul dengan peluru baru.



Anak ini nampak seperti biasa tetapi semasa tanding di Papar bulan lepas terkejut penonton tengok dia punya tarik, lonjak dada dan jalan robot. Inilah juara Kategori Anak yang membuat tuannya Saudara Ruslin MASKargo begitu terharu. Baru 1st time ikut tanding terus dapat juara. Suatu permulaan yang baik buat Ruslin. Tahniah bro...



Ini pula mendapat no.2 Kategori Anak dengan gaya yang hampir sama dengan Juara di atas. Warna kekuningannya adalah mirip dengan pembakanya iaitu bapak limbat. Tuan barunya iaitu Saudara Boy MASKargo juga 1st time ikut tanding. Suatu permulaan yang baik juga buat Saudara Boy....



Bergambar bersama piala yang dimenangi



Anak ini adalah anak pertama Si Sakan yang CJ beri percuma kepada Saudara Ruslin sebagai kenangan. Orang baru nie CJ kena la bagi yang power2 skit. Anak nie lagi hebat gayanya berbanding Juara Anak tu tetapi semasa tanding Ruslin tidak bawanya bersama. Target next game katanya :)



Anak ini lain macam sikit dia punya gaya dan memiliki darah tok uban. Inilah satu-satunya anak bapak tok uban CJ yang keluar warna kuning. Tuan barunya Saudara Padeli orang jauh yang datang ke rumah CJ dari Tawau sejauh 8 jam perjalanan!



Induk nie memiliki tubuh slim tinggi dan warna seiras induk kuda laut CJ. Kalau dilihat dari aksesori dan tubuhnya memiliki potensi pada masa depan. Induk ini juga kini berada di reban Ruslin.


Puas rasanya apabila ayam dari reban CJ bergaya pada tuan barunya. Apa yang pasti ayam2 ini bakal mewarnai dunia pertandingan di Sabah. Kepada peminat baru CJ amat alu-alukan kedatangan anda ke dunia serama yang begitu unik ini. Baka2 ayam di Sabah kini sudah jauh berbeza dan setanding dengan ayam semenanjung.

No comments:

Post a Comment