Saturday, April 24, 2010

Kini sudah gegar....... ( sold out to Mr. X Penang )

Bertubi-tubi CJ dihujani sms kerana sudah lama tidak update blog. Baru sebentar tadi talian streamyx CJ sudah siap dipasang di rumah baru. Gerun juga tengok ayam kawan2 yang lain dalam blog. Jauh ketinggalan ayam CJ skarang nie.....

Ayam CJ kini ada juga la sekor dua yang sejuk mata memandang. CJ akan masukkan beransur-ansur stok ayam yang CJ ada untuk tatapan kawan2....

Inilah riwayat hidup anak betina dari baka kuda laut. Kini masih remaja hendak masuk muda....



Gambar semasa anak yang berwarna cerah sebelah belakang tu. Kecewa juga tengok anak ayam macam nie sebab langsung x ada gaya, leher pun macam pendek je.




Sudah nampak gaya dia apabila berdiri. Macam panjang plak leher dia CJ tengok.




Tu diaaa... dah mula tarik.



Panjang juga leher dia rupanya... sudah nampak potensinya kini..




Boleh tahan juga gaya dia kini. Ekor pun dalam alignment yang baik.



Sekali tengok memang mirip dengan gaya ibunya...



Wahhhh.... macam ada ciri2 nak selam :)


Video gegar induk nie.....



Induk nie bakal beraksi bulan depan jika panjang umur. CJ terpaksa menolak tawaran nak tukar milik dari kawan2 sebab x puas lagi main dengan dia. Seronok tengok gegarannya......

No comments:

Post a Comment