Semasa kecil adalah saat yang begitu derita CJ menjaganya kerana kerap sakit. Demam, selsema, tercungap2, najis melekat dan macam2 penyakit lagi. Tengok je gambar di atas walaupun 3 ekor nie dari induk dan menetas hari yang sama tetapi jelas kelihatan dia yang paling kecil. Sebab itulah CJ menggelarkannya KUDA PADI.
Inilah gambar terbarunya 3 hari lepas yang kini sedang galak dan kuat mematuk tangan. CJ memang suka sangat ayam yang kuat mematuk tangan sebab ia merupakan tanda bahawa ayam itu berani dan aktif. Di sebelahnya tu ialah induk gegar yang CJ masukkan posting yang lepas. Memang kecil saiz induk tu sebenarnya.
Ada ruang kosong antara leher dan ekor memang cantik dia tarik bila matang nanti. Susunan balung plastiknya juga agak cantik dan bilah dalam.Apapun ayam ini memang jenis lambat siap dan dijangka masuk muda barulah nampak gayanya yang sebenar. Kena banyak bersabar skit main baka tok uban nie :)





No comments:
Post a Comment