Friday, October 1, 2010

Welcome home, PELURU KARAT..



Selamat kembali ke reban CJ....

Serama ini adalah anak pertama yang lahir di reban CJ. Bapaknya semasa sampai di Sabah pernah Juara ketegori ABS dan Ibunya Juara kategori induk. Jadi, darah juara mengalir di tubuh serama yang warna kuning cemar ini. 

CJ telah menjualnya kepada Cikgu Rosli Papar semasa remaja dan telah diberi nama Mr. Loba2. Kalau tidak silap CJ Serama ini kerap mendapat kedudukan yang baik bagi setiap pertandingan. Kini, serama ini telah kembali semula ke reban CJ untuk menggantikan bapaknya yang telah mati. CJ memberikannya nama PELURU KARAT.

Selepas ini akan dilakukan penjenamaan semula (rebranding) semua ayam2 CJ dengan nama awalan PELURU.




Inilah gambar peluru karat semasa muda. Kecewa juga Cikgu Rosli masa tu sebab serama dari bloodline juara ini langsung x tarik. Ada juga di offer nak jual kepada beberapa org tapi siapa yang nak beli ayam tiada cutting macam nie ;)


Ini pula adalah gambar peluru karat semasa anak. Kecewa juga CJ dapat anak macam nie yang langsung x nampak kelebihannya, badan panjang serta leher pendek. Harapkan warna ja cantik sebab satu suite.




Jadi, kepada yang mencari anak ayam tu janganlah terlalu mencari anak yang dari anak sudah tarik sampai nak terlentang. Melainkan anda sudah mempunyai ilmu yang secukupnya bagaimana nak mengatasi masalah casis lari, ekor senget dan sebagainya. Kebarangkalian untuk anak ayam yang tarik awal lari casis adalah tinggi jika anda tidak ketahui simptom2 atau tanda2 awal anak yg mengalami masalah. Tanda2 nie kena belajar n jumpa otai2 serama. Kalau setakat baca blog ja memang tidak cukup, belajar biarlah ada guru.

Jika anda baru setahun jagung main serama macam CJ nie adalah lebih baik beli anak ayam yang sedang2. Biarlah lambat tarik asalkan tidak banyak masalah di kemudian hari. Ayam lambat siap nie kalau sekali dia siap memang berbaloi.

4 comments:

  1. i want to buy some eggs.
    u can sell to me.
    i have a lot of order to you.
    my email: omsmart@hotmail.com

    ReplyDelete
  2. cikgu jai...lan dari serama store...pisang karat bukan nama warna cikgu jai...pisang karat nama baka dan bapak pembaka

    ReplyDelete
  3. Di sabah nie lain skit lan. Sudah sinonim pisang karat tu warna bulu. Kalau sebut kuning cemar macam x best je bunyinya. Apapun jangan risau CJ x sebut baka pisang karat seramastore. Pisang karat seramastore jauh lebih baik berbanding peluru karat CJ. kalau seramastore nak seramasabah delete balik perkataan pisang karat dlm blog nie pun bleh.. :)

    ReplyDelete
  4. Ok lan, CJ dah delete perkataan pisang karat tu tukar dengan kuning cemar. Cuma nama PELURU KARAT je CJ x bleh tukar sebab dah register :)

    ReplyDelete