Sunday, October 24, 2010

Tips : Balung oh Balung.....


(klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas)

Balung serama betina ini amat unik dan telah sinonim dengan CJ. Ia juga menjadi avatar atau ikon kepada blog seramasabah. Sejak kemunculannya pelbagai pihak telah datang untuk melihat keunikannya serta tidak kurang juga yang 'offer' untuk memilikinya termasuk individu dari luar negara. Kalau difikirkan $$$ memang rasa mcm nak jual je tapi naluri hati CJ macam berat je nak lepaskannya. Kini, serama itu CJ sembunyikan jauh dari rumah CJ dan disimpan oleh seorang kenalan. Ada hikmah di sebalik setiap kejadiannya...

Balung kalimah ini CJ sedari kewujudannya pada tahun 2009. Pada suatu tengah malam tergerak hati nak kebelakang rumah untuk ke reban tengok serama betina ini. Biasanya x pernah plak tengah2 malam pegang ayam. Setelah di belek-belek tiba2 terpandang sesuatu yang unik pada susunan balungnya. Subhanallah...... Ada kalimah ALLAH pada balungnya. Meremang bulu rome CJ pada waktu itu :)

Setelah setahun berlalu baru sekarang CJ terfikir....

Mengapa balung kalimah tu di anugerahkan kepada CJ?

Mengapa pada ayam serama dan tidak pada ayam jenis lain seperti ayam kampung?

Mengapa sekarang dan tidak 10 tahun dahulu?

Mengapa di Sabah dan tidak di semenanjung?


Jawapannya ;

Mengapa balung kalimah tu di anugerahkan kepada CJ?

Tidak dinafikan lagi blog seramasabah ini adalah diantara blog yang aktif dengan sekitar 100 pengunjung setiap hari. Blog ini juga sering dijadikan panduan kepada peminat serama yang baru untuk mengetahui tips asas untuk memelihara serama. Oleh itu blog ini boleh dikatakan saluran paling mudah untuk menyebarkan maklumat dan mudah di akses.


Mengapa pada ayam serama dan tidak pada ayam jenis lain seperti ayam kampung?

Peminat serama kini kian fanatik untuk mendapatkan serama yang sempurna kecantikan dan gayanya. Bermacam2 kaedah boleh dilakukan untuk upgrade serama menjadi cantik termasuklah operate balung. Boleh dikatakan ayam serama adalah spesis ayam yang paling kerap dilakukan modifikasi pada balung berbanding spesis ayam yang lain.


Mengapa sekarang dan tidak 10 tahun dahulu?

Kepakaran pakar modifikasi ayam kini semakin 'maju'. Jika dahulu setakat tambah bilah balung sahaja tetapi kini boleh 'cut and paste' iaitu boleh buang semua dan digantikan dengan balung baru yang diambil dari ayam yang lain. Cakap ja nak bentuk macam mana pasti boleh di adjust.


Mengapa di Sabah dan tidak di semenanjung?

Soalan ini yang CJ masih mencari jawapannya.......


Persoalan pokoknya ialah ;

APAKAH PANDANGAN ISLAM TERHADAP MODIFIKASI BALUNG AYAM SERAMA UNTUK TUJUAN KECANTIKAN?


Bagi menjawab persoalan ini CJ telah bertanya kepada beberapa orang ustaz yang mahir ilmu fiqah. Kesemuanya memberi jawapan yang tegas iaitu HARAM!!!

Modifikasi untuk tujuan kecantikan dengan mengubah sifat asalnya HARAM contohnya;

1. Ubahsuai balung yang asalnya tiada kecacatan supaya lebih cantik.


Modifikasi kerana faktor kesihatan adalah HARUS dan ada keadaan menjadi WAJIB contohnya;

1. Jahit ekor yang senget bagi tegak supaya mengelakkan lari casis.

2. Potong taji yang sangat panjang supaya senang jantan panjat betina.

3. Ubahsuai balung yang terlalu besar hingga menyukarkan ayam itu untuk bergerak dan melakukan aktiviti lain termasuklah balung yang cacat serta ada ketumbuhan yang perlu dibuang.


Justeru itu CJ ingin menyeru kepada semua supaya hentikan dengan segera perkara2 yang bercanggah dengan hukum Islam atau dengan kata lain buang terus niat nak operate balung serama. Fikirkan kesan daripada tindakan anda itu. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menasihati kawan2 yang lain supaya mereka tidak terus lalai dengan nafsu mendapat ayam yang cantik tanpa memikirkan dosa dan pahala. Selamat beramal.....

*** Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ilmu fiqah berkaitan dengan pengubahsuaian seperti rebonding rambut dan memakai pendakap gigi sila rujuk di laman web dibawah dimana huraian hadisnya hampir sama dengan modifikasi balung serama.

http://www.bicaramuslim.com


No comments:

Post a Comment