Sunday, October 10, 2010

Welcome : Che Mat Kulim

Hari ini CJ berbesar hati menerima kunjungan otai utara iaitu Che Mat Kulim. Beliau ke sini kerana menghadiri majlis konvokesyen anaknya di UMS. Lewat senja beliau sampai ke rumah CJ sebab CJ masih berada di Kota Belud menganjurkan pertandingan serama di sana. Ada juga la lekat nombor beberapa ekor ;) Jadi x sempat la nak round habis tengok aym2 di belakang rumah. Cuma sempat la tgk reban anak dan remaja. 

Walaupun hanya pertemuan singkat tetapi banyak juga ilmu yang beliau curahkan pada pendatang baru mcm CJ terutamanya teknik modified ekor. Banyak juga teguran membina yang boleh membantu CJ upgrade aym yang ada. Malu juga nak tunjuk ayam2 biasa CJ pada beliau :)

Sebelum ini ada juga Cikgu Zaki Kebakat datang sabah tetapi disebabkan timenya tidak ngam dan masing2 sibuk dengan urusan kerja maka tidak dapat CJ bertemu beliau.  Dr Azhar kopi dandut juga pernah melawat kerumah CJ tahun lepas. Jadi, pas nie x tau la siapa lagi yang akan datang mengunjungi CJ. Kebetulan rumah CJ dekat ja dengan Kota Kinabalu. 


No comments:

Post a Comment