Saturday, October 2, 2010

PELURU HANTU


PELURU SAKAN (PS) adalah serama pertama CJ yang pernah memenangi Best Of The Best (BOTB) game di Kota Belud 2009. Kini, PS telah menjadi pembaka sepenuh masa dan beberapa ekor anaknya kini akan muncul di arena pertandingan. 


Gaya selam menjunam


Wahhh... tarik sampai x nampak kepala. Serama betina ini CJ beri nama PELURU HANTU kerana agak menakutkan apabila dia tarik selam. Kalau malam2 jumpa ayam macam nie di tengah jalan pasti meremang bula roma di buatnya ;)


Agak menarik dan kemas juga posisi selam PH ini. Gegarannya juga cukup kuat. Setakat ini baru 1 kali bertelur tetapi tiada benih sebab belum masuk jantan.




Ini pula posisi cari makan. Kalau send gambar posisi begini pada orang yang nak beli serama pasti awal2 dia reject. Peluru hantu kini sudah bersedia untuk game minggu depan. Kategori induk biasanya sangat sengit sebab banyak induk2 selam yang hebat gayanya.

No comments:

Post a Comment