Monday, October 25, 2010

Peluru Jalak : Kijang + Keruwak

Serama muda warna jalak ini belum pernah keluar dalam blog CJ sebelum ini sebab kurang berbisa sedikit. Tetapi dalam minggu ini tiba2 datang pula perangai dia dengan pelbagai aksi dan gaya yang sedap mata memandang. Ekornya dalam proses meluruh.

PELURU JALAK nama diberi. PJ ini adalah asalnya dari reban Cikgu Mail Papar dan telah beberapa kali bertukar tangan dan akhirnya berada di reban CJ sejak umur remaja lagi. Bapaknya adalah baka kijang mas kuning dari Dee poli dan ibunya baka keruwak. Warnanya adalah mengikut baka keruwak tetapi memiliki tubuh seperti baka kijang. Memang ngam sungguh induk keruwak nie boleh masuk dgn pelbagai baka....



Sekarang suka tolak sayap namun gayanya masih belum kunci sepenuhnya dan masih liar di meja. Potensinya sudah nampak dan dijangka siap ekornya mungkin akan parking dgn cantik.


Ini posisi yang menunjukkan peratusan besar boleh selam tetapi masih terlalu awal untuk dinilai.


2 comments:

  1. CJ SAYA NAK TANYA BAKA KIJANG NI KAKINYA PANJANG KER?

    ReplyDelete
  2. Bapak PJ nie kaki mmg panjang dan kuning. Dalam blog seramamas dee poli byk baka kijang.

    ReplyDelete