Senarai Peluru2 CJ yang telah dijual sepanjang bulan Disember 2010. Dah habis stok power di reban CJ ;)
Wednesday, December 29, 2010
JUAL : Sold Out 2010
Wednesday, December 8, 2010
Tips : Straddle leg and crooked toes
Salam bro....
Macam biasa kalau nak tengok ayam cantik kena buka blog sabahat CJ yang lain. Blog CJ nie banyak gambar ayam sakit n cacat je ;)
Hari nie CJ nak tunjuk gambar aym cacat dan perkenalkan 2 istilah penting dalam dunia breeding serama iaitu ;
STRADDLE LEG (SL) = Kaki kangkang
CROOKED TOES (CT) = Jari kaki bengkok
SL dan CT adalah fenomena biasa bagi breeder unggas. Ia bukan penyakit tetapi adalah sejenis kecacatan genetik yang membawa kepada perubahan fizikal. Kecacatan ini dapat dikesan pada hari pertama tetasan dan jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan susulan maka aym tersebut akan cacat selamanya. Daripada pembacaan CJ dapati bahawa unggas yg berkaki halus dan tinggi berisiko untuk terkena kecacatan ini. Byk kes terjadi pada burung kuang.
Foto di bawah menunjukkan SL dan CT pada anak ayam dan burung kuang. Anda perhatikan dan fahaminya. CJ sendiri belum mencubanya sebab tiada anak ayam yg boleh dibuat eksperimen. Ada sekor remaja yg kena ST tapi dah terlambat sbb x buat masa dia masih anak. Kaedah ini hanya sesuai utk anak yg umur bawah 1 minggu tapi lagi cepat lagi bagus.
Lihat jari kaki anak aym ini kelihatan bengkok di kenali sebagai CT.
Boleh guna kaedah tiub plastik ini. Warna biru tu ialah dawai berbulu yang dibengkokkan mengikut bentuk susunan jari kaki. Biarkan selama 24jam atau lebih.
Cara nie paling senang guna pita pelekat je.
Ini kaedah tambat kaki untuk kes ST. Dalam keadaan biasa ayam akan terkangkang hingga dada sentuh lantai. Tambat sehingga aym tersebut dapat berdiri dengan stabil.
Sunday, December 5, 2010
Tips: Masalah kulit telur lembik
KULIT TELUR LEMBIK
TELUR PENYU
TELUR LICAK
Masalah besar nie bro. Induk beli mahal2 tapi bila bertelur keluar telur penyu. Kalau telur penyu betul walaupun lembik tapi dieram dalam pasir boleh juga menetas :) Apa sebenarnya punca masalah nie???
CJ sendiri bukanlah pakar dalam bab nie. Oleh itu CJ ingin berkongsi petikan yang berkaitan dengan masalah ini. Kalau nak baca lidah kena setting ubah tune skit sebab dalam bahasa Indonesia.
kerabang = kulit@cengkerang
feses = najis
Apakah yang menyebabkan kerabang telur ayam menjadi lembek? Apakah dapat disebabkan karena kelebihan dosis Egg Stimulant? Bagaimana cara pencegahannya supaya kerabang telur menjadi normal kembali?
Jawab :
Kerabang telur lembek dapat disebabkan oleh banyak faktor, diantaranya yaitu:
1. Kekurangan kalsium atau vitamin D
Kerabang telur yang baik sebagian besar (40-60%) tersusun atas kalsium. Selama bertelur, ayam mem-butuhkan kalsium (Ca) sampai 20 kali dari kebutuhan normal. Dalam oviduk tidak cukup tersedia Ca, sehingga saat pembentukan kerabang telur sebagian besar diserap dari Ca bebas yang terdapat dalam plasma darah. Jika sediaan Ca di dalam tubuh ayam tidak tercukupi, maka pembentukan kerabang telur dapat terganggu. AkIbatnya kerabang telur lembek. Untuk mengatasi kekurangan kalsium, dapat ditambahkan grit (tepung kulit kerang) dalam ransum. Grit merupakan sumber kalsium yang baik. Selama masa grower, grit diberikan sebanyak 0,5 kg tiap 100 ekor ayam. Sedangkan selama masa bertelur, grit diberikan sebanyak 1,5 kg tiap 100 ekor ayam. Pemberian grit dilakukan 2 kali sehari tiap minggu. Khusus selama masa bertelur, grit sebaiknya diberikan pada sore hari karena penyerapan kalsium paling baik pada malam hari. Ukuran grit yang baik adalah sekitar 2-4 mm, ukuran yang terlalu besar justru dapat mengganggu proses pencernaan. Perlu diingat juga bahwa penyerapan Ca oleh tubuh ayam dipengaruhi oleh kecukupan vitamin D. Oleh sebab itu selain pemberian grit, perlu ditambahkan juga Strong Egg atau Egg Stimulant.
2. Suhu/ Cuaca panas
Cuaca panas menyebabkan konsumsi ransum turun sehingga ayam tidak memperoleh nutrisi dengan cukup. Selama cuaca panas, ayam akan mulai panting (megap-megap) sehingga mengeluarkan banyak karbondioksida (CO2). Pada pembentukan telur CO2 diperlukan untuk membentuk kalsium karbonat (CaCO3) yang berguna untuk menyusun kerabang telur. Akibatnya kerabang akan lebih tipis dan mudah retak. Untuk mengatasi cuaca panas, sediakan air minum dan tempat minum dalam jumlah yang cukup, buka tirai lebar-lebar, pasang kipas angin, ganti sekam yang basah, dan lakukan penyemprotan kandang dengan menggunakan desinfektan seperti Antisep atau Neo Antisep. Jika perlu, ayam dipuasakan makan 1-2 jam selama cuaca panas pada siang hari untuk mengurangi panas yang dikeluarkan oleh tubuhnya.
3. Infeksi penyakit
Penyakit yang dapat menyebabkan kerabang telur lembek adalah AI, ND, EDS dan IB. Penyakit AI dan EDS dapat menyebabkan telur tidak memiliki kerabang, pada kasus ND kualitas kerabang telur menjadi tidak normal (kasar, tipis, lembek), sedangkan IB dapat menyebabkan putih telur encer dan warna kerabang telur lebih pucat. Untuk mengatasi kasus karena infeksi penyakit lakukan program vaksinasi sesuai kondisi peternakan setempat, dengan menggunakan Medivac ND Hitchner B1, Medivac ND Clone 45, Medivac AI, Medivac IB H-120, Medivac IB H-52, Medivac ND-IB, Medivac ND-IB Emulsion, Medivac ND-AI Emulsion, Medivac ND-IB-IBD Emulsion atau Medivac ND-EDS-IB Emulsion
4. Stres
Bunyi gaduh atau perlakuan yang kasar dapat menyebabkan ayam kaget/ stres. Stres tersebut dapat menyebabkan proses pembentukkan kerabang telur tidak berlangsung secara sempurna. Oleh sebab itu, penting untuk menjaga agar ayam setenang mungkin selama masa bertelur
Jadi kerabang telur lembek bukan disebabkan oleh kelebihan dosis Egg Stimulant. Egg Stimulant mengandung multivitamin dan antibiotik egg promotor yang diperlukan untuk produksi telur, kelebihan dosis akan dikeluarkan dari tubuh melalui feses.
Saturday, November 20, 2010
Projek Peluru Biru 2011
Susah juga nak dapat ayam cantik nie. Kena byk mencuba dan perbaiki mana yang kurang. Tahun depan CJ akan nak cuba upgrade generasi Peluru Biru yang setakat ini masih ada sedikit kelemahan. Ciri2 menarik pada generasi Peluru Biru yg CJ kenal pasti ialah;
a. Leher S
b. Dada besar
c. Cepat galak
d. Balung halus
Cuma sedikit kelemahan yg perlu di upgrade sepenuhnya iaitu bahagian kaki. CJ dapati kaki generasi PB nie kurang halus dan perlu sedikit tinggi.
Kelihatan seperti betina kerana kepalanya yg kecil dan balung yg halus.
PB punya dada lain macam ja CJ tengok. Dia punya cutting selagi belum 'berdiri' mmg nampak hodoh. Sekali sekala kalau dia terkejut nampak kucing mmg terus lonjak ;)
Apapun, masih banyak perkara perlu diperbaiki. Cuba... cuba..... dan cuba.....
Thursday, November 18, 2010
Fantail pegeon mirip ayam serama
Inilah hasilnya apabila genetiknya stabil, semua keluar sama. Jika serama keluar semua macam nie memang pening la kepala pengadil :)
Tuesday, November 9, 2010
Peluru Plastik kini pembaka
Monday, November 8, 2010
Tips : Awas klorin
TAHUKAH ANDA BAHAWA KLORIN PADA AIR PAIP MAMPU MENURUN DAN MEROSAKKAN ANTIBIOTIK ATAU VITAMIN??
Jadi, jika ayam anda minum minuman bercampur antibiotik atau vitamin pastikan air tersebut tiada kandungan klorin. Jika tidak sia-sia usaha murni anda.....
Sunday, November 7, 2010
Tips : Penyakit CRD
Apakah CRD?
CRD @ Chronic Respiratory Disease @ Penyakit Pernafasan Kronik
CRD ialah penyakit yang berpunca daripada pengudaraan yang tercemar dalam reban terutamanya reban yang pengudaraannya kurang efisyen mengakibatkan kandungan gas ammonia tinggi dan mengurang oksigen.
Teorinya mudah;
Kes 1 : Reban yang kotor akan meningkatkan pengeluaran gas ammonia. Gas ammonia terhasil daripada tindak balas kelembapan berpunca dari air minuman yang tumpah serta najis ayam. Semakin tinggi gas ammonia maka semakin kurang oksigen dalam reban.
Kes 2 : Reban yang suhunya terlalu tinggi samada penggunaan mentol yang tenaga watt nya tinggi atau sinaran matahari yang terlampau akan menyebabkan ayam akan kepanasan serta meningkatkan nafsu minum dan menurunkan nafsu makan. Kesannya, ayam akan mengeluarkan najis yang cair. Najis cair ini akan bertindakbalas untuk menghasilkan gas ammonia.
Kelembapan inilah yang menyumbang kepada pembiakan bakteria seperti e-coli serta beberapa jenis virus yang akan menyebabkan terjadinya penyakit CRD.
Apakah tanda2 penyakit CRD?
Tanda2nya ialah;
a. Kemurungan dalam tempoh yang lama.
b. Pertumbuhan terbantut.
c. Bersin.
d. Batuk.
e. Nafas berbuyi macam kena asma@lelah@ampus
Apabila ayam telah terkena CRD maka ia ibarat lubuk emas kepada penyakit2 lain. CRD akan melemahkan imunisasi ayam terhadap penyakit. Pada tahap ini CRD akan bertukar kepada CRD KOMPLEKS. Maka bermulalah episod bermacam2 penyakit yang akan menyusul yang akan menyumbang kepada KEMATIAN!!!
Simptom CRD pada anak ayam biasanya akan mula kelihatan semasa umur 3 minggu jika antibiotik serta vaksinasi tidak diberikan dengan baik.
Adakah CRD boleh diubati?
Boleh!!! jika pada tahap awal jangkitan iaitu tahap CRD. Pelbagai ubatan ada di pasaran. Pada tahap CRD KOMPLEKS juga ada ubatannya tetapi peratusan untuk pulih adalah rendah.
Apapun pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Antara langkah pencegahan ialah;
a. Mengurangkan tahap debu dalam reban.
b. Suhu reban yang sesuai.
c. Kepadatan ayam yg sesuai dengan reban.
d. Lantai mestilah sentiasa kering.
e. Pengudaraan atau ventilasi yang baik.
f. Pemberian multivitamin untuk tingkatkan imunisasi.
g. Sistem all-in & all-out sangat sesuai diguna pakai.
**** all-in = Masuk semua anak ayam dalam satu reban.
all-out =Keluarkan (jual@asing sekor2 dalam reban lain) semua anak2 ayam.
Bersihkan reban dan biarkan selama 2 minggu sebelum digunakan semula.
Sekian sahaja sedikit catatan CJ mengenai CRD untuk dikongsi dengan kawan2. Sebarang pertanyaan boleh berbincang di ruangan chatting box. Lain2 penyakit akan CJ bincangkan pada posting akan datang. Musim tengkujuh ini CJ lebih tumpu kepada topik penyakit sebab cuaca yang tidak menentu boleh menyumbang kepada pelbagai kemungkinan.
Kepada breeder2 sila ambil langkah berjaga2. Penyakit bukan sahaja kelalaian anda menguruskan reban tetapi mungkin juga berpunca daripada pengunjung yang datang membawa virus tanpa disedari. Amalkan cuci tangan dengan antiseptik sebelum n selepas pegang ayam.
Mohon sebarang cadangan dan teguran daripada anda sekiranya fakta nukilan CJ nie tidak tepat kerana pengetahuan dan ilmu CJ yang cetek.
Regards, CJ ;)
Thursday, November 4, 2010
Peluru Biru besar sudah bahh...
Ini ialah imej Peluru Biru bertarikh 03/10/2010.
Ini gambar terkini 03/11/2010. Peluru Biru kini dalam proses penggemukan kerana dari pengalaman CJ anak yang gemuk nie susah skit casis nak lari. Sekali tengok macam burung ering dengan leher yang panjang serta masih bulu anak di kepala. Inilah eksperimen CJ yang pertama menggunakan Peluru Sakan + Induk Keruwak. Muka dah merah tetapi belum galak sepenuhnya.

Thursday, October 28, 2010
Peluru XXX special edition 2010
Wednesday, October 27, 2010
Peluru Tembaga kini muncul.... SOLD OUT RM200 Pair
Bapak Limbat Merah
+
Induk Uban Putih Gegar
Masih belum berkokok dan galak lagi.
Monday, October 25, 2010
Peluru Jalak : Kijang + Keruwak
Serama muda warna jalak ini belum pernah keluar dalam blog CJ sebelum ini sebab kurang berbisa sedikit. Tetapi dalam minggu ini tiba2 datang pula perangai dia dengan pelbagai aksi dan gaya yang sedap mata memandang. Ekornya dalam proses meluruh.
PELURU JALAK nama diberi. PJ ini adalah asalnya dari reban Cikgu Mail Papar dan telah beberapa kali bertukar tangan dan akhirnya berada di reban CJ sejak umur remaja lagi. Bapaknya adalah baka kijang mas kuning dari Dee poli dan ibunya baka keruwak. Warnanya adalah mengikut baka keruwak tetapi memiliki tubuh seperti baka kijang. Memang ngam sungguh induk keruwak nie boleh masuk dgn pelbagai baka....
Sekarang suka tolak sayap namun gayanya masih belum kunci sepenuhnya dan masih liar di meja. Potensinya sudah nampak dan dijangka siap ekornya mungkin akan parking dgn cantik.
Ini posisi yang menunjukkan peratusan besar boleh selam tetapi masih terlalu awal untuk dinilai.
Sunday, October 24, 2010
Tips : Balung oh Balung.....

(klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas)
Balung serama betina ini amat unik dan telah sinonim dengan CJ. Ia juga menjadi avatar atau ikon kepada blog seramasabah. Sejak kemunculannya pelbagai pihak telah datang untuk melihat keunikannya serta tidak kurang juga yang 'offer' untuk memilikinya termasuk individu dari luar negara. Kalau difikirkan $$$ memang rasa mcm nak jual je tapi naluri hati CJ macam berat je nak lepaskannya. Kini, serama itu CJ sembunyikan jauh dari rumah CJ dan disimpan oleh seorang kenalan. Ada hikmah di sebalik setiap kejadiannya...
Balung kalimah ini CJ sedari kewujudannya pada tahun 2009. Pada suatu tengah malam tergerak hati nak kebelakang rumah untuk ke reban tengok serama betina ini. Biasanya x pernah plak tengah2 malam pegang ayam. Setelah di belek-belek tiba2 terpandang sesuatu yang unik pada susunan balungnya. Subhanallah...... Ada kalimah ALLAH pada balungnya. Meremang bulu rome CJ pada waktu itu :)
Setelah setahun berlalu baru sekarang CJ terfikir....
Mengapa balung kalimah tu di anugerahkan kepada CJ?
Mengapa pada ayam serama dan tidak pada ayam jenis lain seperti ayam kampung?
Mengapa sekarang dan tidak 10 tahun dahulu?
Mengapa di Sabah dan tidak di semenanjung?
Jawapannya ;
Mengapa balung kalimah tu di anugerahkan kepada CJ?
Tidak dinafikan lagi blog seramasabah ini adalah diantara blog yang aktif dengan sekitar 100 pengunjung setiap hari. Blog ini juga sering dijadikan panduan kepada peminat serama yang baru untuk mengetahui tips asas untuk memelihara serama. Oleh itu blog ini boleh dikatakan saluran paling mudah untuk menyebarkan maklumat dan mudah di akses.
Mengapa pada ayam serama dan tidak pada ayam jenis lain seperti ayam kampung?
Peminat serama kini kian fanatik untuk mendapatkan serama yang sempurna kecantikan dan gayanya. Bermacam2 kaedah boleh dilakukan untuk upgrade serama menjadi cantik termasuklah operate balung. Boleh dikatakan ayam serama adalah spesis ayam yang paling kerap dilakukan modifikasi pada balung berbanding spesis ayam yang lain.
Mengapa sekarang dan tidak 10 tahun dahulu?
Kepakaran pakar modifikasi ayam kini semakin 'maju'. Jika dahulu setakat tambah bilah balung sahaja tetapi kini boleh 'cut and paste' iaitu boleh buang semua dan digantikan dengan balung baru yang diambil dari ayam yang lain. Cakap ja nak bentuk macam mana pasti boleh di adjust.
Mengapa di Sabah dan tidak di semenanjung?
Soalan ini yang CJ masih mencari jawapannya.......
Persoalan pokoknya ialah ;
APAKAH PANDANGAN ISLAM TERHADAP MODIFIKASI BALUNG AYAM SERAMA UNTUK TUJUAN KECANTIKAN?
Bagi menjawab persoalan ini CJ telah bertanya kepada beberapa orang ustaz yang mahir ilmu fiqah. Kesemuanya memberi jawapan yang tegas iaitu HARAM!!!
Modifikasi untuk tujuan kecantikan dengan mengubah sifat asalnya HARAM contohnya;
1. Ubahsuai balung yang asalnya tiada kecacatan supaya lebih cantik.
Modifikasi kerana faktor kesihatan adalah HARUS dan ada keadaan menjadi WAJIB contohnya;
1. Jahit ekor yang senget bagi tegak supaya mengelakkan lari casis.
2. Potong taji yang sangat panjang supaya senang jantan panjat betina.
3. Ubahsuai balung yang terlalu besar hingga menyukarkan ayam itu untuk bergerak dan melakukan aktiviti lain termasuklah balung yang cacat serta ada ketumbuhan yang perlu dibuang.
Justeru itu CJ ingin menyeru kepada semua supaya hentikan dengan segera perkara2 yang bercanggah dengan hukum Islam atau dengan kata lain buang terus niat nak operate balung serama. Fikirkan kesan daripada tindakan anda itu. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menasihati kawan2 yang lain supaya mereka tidak terus lalai dengan nafsu mendapat ayam yang cantik tanpa memikirkan dosa dan pahala. Selamat beramal.....
*** Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ilmu fiqah berkaitan dengan pengubahsuaian seperti rebonding rambut dan memakai pendakap gigi sila rujuk di laman web dibawah dimana huraian hadisnya hampir sama dengan modifikasi balung serama.
http://www.bicaramuslim.com
Friday, October 22, 2010
Black Pair Sold Out
Black Pair ialah nama gelaran kepada 1 pasang anak serama baka keruwak yang di maharkan kepada Mr. Karl dari Sandakan. Beliau berasal dari South Africa dan memiliki perniagaan di Sabah. Ceria sungguh beliau apabila melihat serama idamannya warna rintik hitam dan kelabu akhirnya berjaya beliau miliki. Dalam telefon bukan main lagi nak nego harga tetapi apabila tengok sendiri Black Pair terus hulur duit tanpa nego harga. Tergeliat juga lidah CJ nak speaking org putih :)
Aksi bersahaja Black Pair sebelum CJ masuk kotak. Cantik sungguh cutting dia walaupun x sampai 1 minggu CJ asingkan. Rasa macam x jadi nak jual je bila di buat macam nie. Cadangnya nak simpan untuk game 30hb nie. Tapi puas hati juga lepas barang berkualiti. Selepas ini akan muncul adik kepada Black Pair.....
Sunday, October 17, 2010
Kesunyian....

Kosong....
Suatu masa dahulu apartment 3 tingkat 18 bilik ini pintunya tertutup penuh dengan penghuninya. Kini semakin sunyi dan suram.... Hebat juga permintaan serama di Sabah nie hingga CJ sendiri tiada stok nak buat main. Apapun proses breeding tetap berjalan seperti biasa dengan penambahan pembaka yang baru dengan kekuatan melebihi 20ekr induk betina dari baka terpilih.
Tugas CJ kini ialah merancakkan lagi fonemena serama di Sabah dengan cara mengeluarkan produk yang berkualiti. Jika ada lebihan serama yang tidak terjual barulah boleh turun game. Apa yang pasti selepas ini akan muncul muka2 baru player serama dengan baka peluru CJ.....
Sunday, October 10, 2010
Welcome : Che Mat Kulim
Hari ini CJ berbesar hati menerima kunjungan otai utara iaitu Che Mat Kulim. Beliau ke sini kerana menghadiri majlis konvokesyen anaknya di UMS. Lewat senja beliau sampai ke rumah CJ sebab CJ masih berada di Kota Belud menganjurkan pertandingan serama di sana. Ada juga la lekat nombor beberapa ekor ;) Jadi x sempat la nak round habis tengok aym2 di belakang rumah. Cuma sempat la tgk reban anak dan remaja.
Walaupun hanya pertemuan singkat tetapi banyak juga ilmu yang beliau curahkan pada pendatang baru mcm CJ terutamanya teknik modified ekor. Banyak juga teguran membina yang boleh membantu CJ upgrade aym yang ada. Malu juga nak tunjuk ayam2 biasa CJ pada beliau :)
Sebelum ini ada juga Cikgu Zaki Kebakat datang sabah tetapi disebabkan timenya tidak ngam dan masing2 sibuk dengan urusan kerja maka tidak dapat CJ bertemu beliau. Dr Azhar kopi dandut juga pernah melawat kerumah CJ tahun lepas. Jadi, pas nie x tau la siapa lagi yang akan datang mengunjungi CJ. Kebetulan rumah CJ dekat ja dengan Kota Kinabalu.
Friday, October 8, 2010
Peluru Penguin For Sale
JUARA KETEGORI ANAK DI TUARAN SABAH 2010
UMUR DALAM 8 BULAN.
Penghantaran ke semenanjung tidak dapat dilakukan buat sementara ini
kerana permit belum release lagi.
Orang Sabah anytime boleh datang tengok.
Tuesday, October 5, 2010
Induk veteren masih bergaya
Saja keluarkan induk ini sebagai mentor kepada PELURU HANTU yang masih segan silu nak bergaya. Walaupun induk kuda laut ini sudah mempunyai cucu tetapi gayanya masih seperti anak dara sunti :)
Garang juga Peluru Hantu nie lawan mentor dia ;)
Barisan Peluru Game Kota Belud
Sunday, October 3, 2010
Peluru Biru (P.Sakan + Keruwak)
Ini adalah anak kepada Peluru Sakan dengan induk baka keruwak. PELURU BIRU diberi nama sebab warna anak matanya agak berlainan dengan ayam2 CJ yang lain iaitu kelihatan kebiruan. Biasanya warna merah atau jingga.Risau juga dapat anak tarik awal mcm nie. Walaupun masih anak A tetapi sudah nampak leher S dan lekuk yg agak cantik.
Wahhh... serius sungguh muka Peluru Biru nie. Dari segi warna memang kelihatan seperti jantan ara seperti bapaknya. Leher S nya pula mmg mewarisi baka keruwak.

Saturday, October 2, 2010
PELURU HANTU

PELURU SAKAN (PS) adalah serama pertama CJ yang pernah memenangi Best Of The Best (BOTB) game di Kota Belud 2009. Kini, PS telah menjadi pembaka sepenuh masa dan beberapa ekor anaknya kini akan muncul di arena pertandingan.
Gaya selam menjunam
Wahhh... tarik sampai x nampak kepala. Serama betina ini CJ beri nama PELURU HANTU kerana agak menakutkan apabila dia tarik selam. Kalau malam2 jumpa ayam macam nie di tengah jalan pasti meremang bula roma di buatnya ;)
Agak menarik dan kemas juga posisi selam PH ini. Gegarannya juga cukup kuat. Setakat ini baru 1 kali bertelur tetapi tiada benih sebab belum masuk jantan.

Ini pula posisi cari makan. Kalau send gambar posisi begini pada orang yang nak beli serama pasti awal2 dia reject. Peluru hantu kini sudah bersedia untuk game minggu depan. Kategori induk biasanya sangat sengit sebab banyak induk2 selam yang hebat gayanya.
Friday, October 1, 2010
Welcome home, PELURU KARAT..


Selamat kembali ke reban CJ....
Serama ini adalah anak pertama yang lahir di reban CJ. Bapaknya semasa sampai di Sabah pernah Juara ketegori ABS dan Ibunya Juara kategori induk. Jadi, darah juara mengalir di tubuh serama yang warna kuning cemar ini.
CJ telah menjualnya kepada Cikgu Rosli Papar semasa remaja dan telah diberi nama Mr. Loba2. Kalau tidak silap CJ Serama ini kerap mendapat kedudukan yang baik bagi setiap pertandingan. Kini, serama ini telah kembali semula ke reban CJ untuk menggantikan bapaknya yang telah mati. CJ memberikannya nama PELURU KARAT.
Selepas ini akan dilakukan penjenamaan semula (rebranding) semua ayam2 CJ dengan nama awalan PELURU.
Inilah gambar peluru karat semasa muda. Kecewa juga Cikgu Rosli masa tu sebab serama dari bloodline juara ini langsung x tarik. Ada juga di offer nak jual kepada beberapa org tapi siapa yang nak beli ayam tiada cutting macam nie ;)
Ini pula adalah gambar peluru karat semasa anak. Kecewa juga CJ dapat anak macam nie yang langsung x nampak kelebihannya, badan panjang serta leher pendek. Harapkan warna ja cantik sebab satu suite.
Jadi, kepada yang mencari anak ayam tu janganlah terlalu mencari anak yang dari anak sudah tarik sampai nak terlentang. Melainkan anda sudah mempunyai ilmu yang secukupnya bagaimana nak mengatasi masalah casis lari, ekor senget dan sebagainya. Kebarangkalian untuk anak ayam yang tarik awal lari casis adalah tinggi jika anda tidak ketahui simptom2 atau tanda2 awal anak yg mengalami masalah. Tanda2 nie kena belajar n jumpa otai2 serama. Kalau setakat baca blog ja memang tidak cukup, belajar biarlah ada guru.
Jika anda baru setahun jagung main serama macam CJ nie adalah lebih baik beli anak ayam yang sedang2. Biarlah lambat tarik asalkan tidak banyak masalah di kemudian hari. Ayam lambat siap nie kalau sekali dia siap memang berbaloi.