Monday, September 28, 2009

Video : Jantina anak ayam

Lagi video mengenai teknik mengenal pasti jantina anak ayam yang CJ ingin berkongsi dengan anda semua.....



http://www.youtube.com/watch?v=ZGYP3dUaVrQ

Friday, September 25, 2009

Video : Proses penetasan telur ayam

Sila klik link di bawah...

Dalam video ini ia menggunakan kaedah feather sexing atau melihat bulu sayap untuk tentukan jantina anak ayam. Perhatikan betul 2....

Selamat menonton

http://www.youtube.com/watch?v=bkuohLV2u0k

Wednesday, September 23, 2009

Kursus Penjagaan Ayam Serama Sabah

Salam lebaran......

Gelombang aura ayam serama di Sabah semakin hebat dan menunjukkan perkembangan positif. Pelbagai baka hebat telah dibawa masuk untuk memeriahkan lagi seni serama di Kepulauan Borneo ini. Namun, dengan ilmu serama yang kurang mantap serta pengalaman yang cetek kerap kali serama yang hebat semakin kurang menyengat apabila berada di tangan peminat yang baru.

Justeru itu, CJ bercadang mengadakan Kursus Keseniaan dan Kecantikan Ayam Serama yang diadakan khas buat warga Sabah yang ingin menambah pengetahuan mengenai dunia serama. Antara isi kandungan kursus tersebut ialah;

1. Pengenalan jenis baka, paten terkini dan isu2 semasa serama.
2. Teknik penjagaan serama.
3. Teknik melatih serama untuk pertandingan.
4. Kaedah breeding serama yang berhemah.
5. Kaedah rawatan serama (penyakit/lari casis)

CJ mempelawa sesiapa yang berpengalaman dan berminat untuk menjadi penceramah berkaitan perkara di atas adalah di alu-alukan untuk menampilkan diri. Antara pakej yang akan disediakan kepada penceramah ialah;

1. Tambang percuma penerbangan pergi dan balik dari tempat anda ke Sabah.
2. Berpeluang melancung ke Sabah.
3. Penginapan disediakan.

Selain daripada itu, penceramah juga bukan sekadar menerima faedah di atas malah turut menerima faedah sampingan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang di antaranya;

1. Membawa serama, ubat-ubatan dan aksesori untuk di jual.
2. Dapat mempromosi serama sendiri.
3. Membina jambatan silaturrahim dengan peminat Sabah.

Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat sila hubungi CJ. Ceramah akan di adakan pada cuti sekolah hujung bulan 12 nanti. Tarikh sebenar akan ditetapkan bergantung kepada kesediaan penceramah.

Kepada warga Sabah yang ingin menyertai kursus ini bolehlah hubungi CJ melalui telefon. Sebarang perubahan tarikh akan diberitahu kelak. Yuran penyertaan akan dikenakan bagi menampung kos ceramah. Kadar yuran adalah bergantung kepada jumlah penyertaan. CJ juga akan cuba untuk menjemput agensi yang berkenaan bagi mengisi slot ceramah terutamanya Jabatan Perkhidmatan Haiwan bagi menerangkan ubatan, penyakit dan penjagaan kesihatan ternakan. Ayuh, ajak kawan ramai2 bahh........

Thursday, September 17, 2009

Undi kriteria serama pilihan

Salam lebaran buat semua....

Mohon sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk mengundi kriteria serama pilihan anda. Maklumat daripada undian ini adalah penting kerana;

a. Mengetahui kriteria pilihan ramai
b. Hasil data boleh digunakan oleh breeder sebagai rujukan

Jawapan bagi undian semasa boleh diketahui umum dengan cara klik pada "show results" dan anda boleh memilih lebih daripada 1 jawapan. Tempoh undian dibuka selama 1 bulan dan CJ akan membuat rumusan daripada data yang diperolehi.

Soalan soal selidik terdapat di sebelah kanan dan di atas ruangan Mari Chatting.

Terima kasih daun keladi,
Pakat ramai2 mari mengundi. :)

Saturday, September 12, 2009

Anak Generasi 1 Baka Limbat (SI TANGGANG)


Ini adalah pasangan dari darah limbat yang memiliki tubuh epal slim. Kedua2 pembaka ini telah CJ masukkan gambarnya sebelum ini. Kekuatan fizikal yang CJ suka kepada pasangan ini ialah ekornya yang panjang serta bilah halus serta dada yang besar, kelemahannya pula adalah balung yang agak kasar tetapi gayanya memang hebat.



Inilah adalah anak pertama kepada pasangan limbat di atas. CJ pun tidak tahu dari mana datangnya warna bulu yang sedemikian rupa. Warna bulu begini memang sinonim dengan tuan asalnya iaitu Cgu Mie Keris. Di dalam blog seramaterengganu.blogspot beliau terdapat banyak serama yang memiliki warna begini.



Anak serama ini kini berumur 77 hari. Ia mula berkokok ketika umurnya 70 hari selepas 1 minggu di asingkan secara individu.














Aksesorinya adalah tip top dengan balung yang tersisir rapi serta ekornya yang panjang mewarisi induk dan bapaknya.


Casis ekor dan leher adalah didalam alignment yang baik dan sempurna. Ia memiliki tubuh yang singkat/pendek dan mewarisi paten epal slim.
Secara keseluruhannya, pertalian darah yang sama pada pandangan CJ akan melahirkan generasi yang hampir serupa sifatnya dengan induk dan bapak. Masih terlalu awal untuk dilihat gayanya kerana ia masih belum galak sepenuhnya. Warna bulu anak ini mungkin mewarisi baka asal induknya. CJ juga berpendapat bahawa induknya juga memiliki darah genetik yang agak kuat.

Wednesday, September 9, 2009

Teknik tentu jantina anak ayam

UJI MINDA ANDA

Lihat gambar anak serama di bawah ini..... yang mana jantan???? yang mana betina???
V
V













V
Di akhir entry ini anda akan tahu jawapannya. Baca doa penerang hati dan baca dengan penuh teliti apa yang CJ coretkan.

Sila hayati video ini ...........




v
v
Tentu anda masih kurang faham bagaimana menentukan jantina anak ayam jika berpadukan video di atas. Kejelasan audio adalah kurang baik atau mungkin kejelasan bahasa inggeris anda yang kurang baik? atau kedua2nya sekali? .... hehehe. (CJ pun 2x5) :)

Penentuan jantina anak serama merupakan perkara yang sangat penting bagi semua lapisan peminat serama samada yang baru atau breeder. Pelbagai kaedah dan teknik telah diguna pakai namun peratusan betul adalah 50-50. Ada yang telah menilai sebelum menetas iaitu melihat bentuk telur samada bujur tajam atau bujur bulat. CJ pernah cuba kaedah ini menggunakan ibu limbat tetapi apabila menetas x tau plak mana satu sarung telur dia :)









Antara kaedah biasa yang digunakan. Jika anak ayam dalam keadaan begini, kaki ke bawah serta agak tenang. Kebarangkalian adalah betina.












Jika kaki diangkatkan dan meronta2 biasanya adalah jantan. Tapi kena betul cara pegangnya jika tidak semua anak yang dipegang akan seperti jantan yang asyik meronta2.








Berikut ialah hasil kajian CJ berhubung penentuan jantina anak ayam melalui carian di internet dan juga sembang2 kopi dengan kawan2........

Terdapat 4 kaedah yang CJ perolehi daripada carian di internet iaitu;

1. Melihat lubang kelamin (vent or cloacal sexing)
Kaedah tertua ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang mahir dan biasanya dimonopoli oleh orang Jepun. Jika anda lihat video di atas jelas menunjukkan hanya mereka yang betul2 otai sahaja yang layak untuk guna kaedah ini. Kalau anak ayam serama lagi susah nak tengok kerana saiznya yang kecil.










2.



2. Menggunakan mesin khas (sexing machine)
Mesin ini digunakan untuk mengesan testis jantan atau ovari bagi betina.
V
3. Bentuk bulu sayap (feather sexing)
Anak ayam yang sudah berumur 2 hari boleh menggunakan kaedah ini. Terdapat dua lapisan bulu sayap iaitu bulu utama (primaries) dan bulu pahat (coverts). Anak jantan akan memiliki bulu pahat yang sama panjang atau lebih panjang daripada bulu utama. Manakala anak betina memiliki bulu utama yang lebih panjang daripada bulu pahat. Dalam video di atas ada menunjukkan bagaimana otai itu membelek2 bulu sayap anak ayam tu.

Rujuk gambar :

http://www.dpi.qld.gov.au/cps/rde/dpi/hs.xsl/27_2712_ENA_HTML.htm

4. Melihat warna bulu keseluruhan (colour sexing)
Kaedah ini hanya untuk anak ayam yang berwarna cerah sahaja iaitu dengan cara melihat bulu anak yang halus itu. Warna yang keputihan/cerah adalah jantan manakala warna yang kekuningan/gelap adalah betina.
Warna bulu sayap juga boleh dijadikan rujukan dimana anak jantan bulu sayapnya akan kelihatan lebih gelap. Video di atas ada menunjukkan anak ayam diasingkan mengikut warna iaitu warna kuning/putih dan yang warna tompok hitam. Anak kuning/putih biasanya akan menggunakan kaedah ini. CJ perhatikan anak baka tok uban ara/gelap memang mudah dikesan jantinanya berpandukan warna bulu sayap dan bulu anak.

LATIHAN PENEGUHAN
Sekarang anda boleh menjawab soalan UJI MINDA di atas. Jika anda dapat mengetahui jantina anak ayam tersebut maka anda adalah anak murid CJ yang bijak :)

KESIMPULAN
Sedalam mana pun pengetahuan kita adalah agak sukar untuk menentukan jantina anak serama 100%. Segala tips yang CJ coretkan di atas hanyalah sekadar kaedah yang mempunyai kebarangkalian betul yang agak tinggi. Jantina anak ayam menggunakan kaedah warna bulu adalah sesuai untuk anak dari 1 ibu sahaja.

Banyakkan latihan dan kajian sendiri di rumah berpandukan tips yang CJ nyatakan di atas.
Bak kata orang kampung CJ 'Practice make perfect' ........... :)
Tahniah!! anda kini lebih expert berbanding breeder yang tidak baca blog CJ dalam menentukan jantina anak serama. Tunjukkan kehebatan anda.......
Good Luck.... Selamat mencuba.

Saturday, September 5, 2009

Bulu Serama Meluruh

Bulu meluruh............

Alamakkkkkk!!!!!!... tanding dah dekat nie :(

Bulu meluruh..........

Yessss!!!!!.... dah lama aku tunggu saat nie. Habis rosak bulu ayam aku nie pas lama breeding. Pas nie tumbuh bulu baru mesti cantik balik.



Fenomena bulu serama meluruh adalah suatu azab bagi sesetengah orang dan ada juga yang menanti saat ini untuk refresh atau buatkan serama lebih segak dengan 'baju' baru. Masa ayam akan mula meluruh adalah sukar untuk di kesan. Proses bulu meluruh adalah mengikut turutan yang tertentu samada bermula dari ekor, dari bulu sayap atau lain-lain tempat. Ia tidak akan berlaku serentak pada semua anggotanya.

Apakah akan ada kesan sampingan apabila bulu mula meluruh?


Ya. Kesan sampingan pada ayam yang mula meluruh ialah prestasinya akan menurun disebabkan banyak zat-zat makanan digunakan untuk membentuk bulu yang baru. Ayam akan kurang stamina dan tidak mampu 'main' dalam tempoh yang lama.

Apakah protein yang di perlukan oleh ayam yang meluruh?

Pada saat bulu meluruh, ayam memerlukan Vitamin A dan B kompleks. Vitamin A diperolehi daripada minyak ikan dan B kompleks banyak terdapat daripada hati. Kacang hijau juga mengandungi vitamin B yang tinggi. Antara makanan yang CJ syorkan ialah dedak penelur kerana ia mengandungi pelbagai nutrien untuk pertumbuhan bulu.


Berapa lamakah proses meluruh ini akan selesai dengan bulu yang baru?

Tempoh bersalin bulu adalah tidak menentu. Bagi serama jantan, ia mungkin mengambil masa yang agak lama sehingga menjangkau 5 bulan untuk tumbuh sepenuhnya termasuk lawi bergantung kepada makanan dan penjagaan ayam. Ayam juga perlu dimandikan supaya proses pemecahan 'sarung' bulu menjadi lebih mudah dan cepat. Cara paling mudah ialah dengan cara semburan/spray menggunakan air biasa setiap pagi dan petang.

Apakah perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa proses bertukar bulu?

1. Jangan mandikan ayam terlalu kerap menggunakan sabun kerana dikhuatiri minyak/lilin semulajadi yang membuatkan bulu berkilat akan kurang. Bab mandi ini akan CJ terangkan pada post akan datang.


2. Elakkan memegang ayam dengan kasar kerana ada sesetengah pendapat menyatakan semasa tempoh meluruh ini ayam sebenarnya berada dalam kesakitan.


3. Berhati-hati dengan induk yang jenis cannibal yang suka makan bulu kerana bulu baru mengandungi kandungan phosporus yang tinggi dimana ia adalah makanan yang lazat bagi ayam betina!! Asingkan dengan segera induk yang cannibal jika anda tidak mahu serama jantan anda menjadi burung hering :)


Sunday, August 30, 2009

Melatih ayam serama bergaya

Mengapa serama aku tidak bergaya di atas meja macam orang lain? Letak je atas meja kira mahu terjun.
kkkkk
Serama aku tidak tarik mendada pun macam serama orang lain?
lllllll
Aku dah cuba macam2 tips tetapi tiada perubahan. Mesti ada rahsia yang diorang x bagi tau?


Inilah antara soalan yang kerap menjadi persoalan pada CJ semasa baru mula2 nak main serama. Daripada yahoo group dan chatting dalam blog juga dapat CJ perhatikan ada individu yang baru menceburi bidang ini juga mengalami masalah serupa. Oleh itu adalah menjadi tanggung jawab CJ untuk memberi sedikit informasi kepada peminat yang baru bagaimana untuk menjawab persoalan dan keraguan mereka.

Blog ini akan cuba merungkai dan memberi informasi dan tips2 yang sangat berguna untuk peminat yang baru. Memang itulah harapan CJ bagi mendidik generasi baru mengenai dunia serama yang amat unik ini. CJ sedia untuk berkongsi pengalaman dengan kalian....

Sering kali kedengaran sahabat2 yang kecundang untuk melatih serama bergaya di atas meja. Serama yang di letakkan di atas meja rasa tidak tentu hala dan asyik mahu terjun. Serama yang telah dilatih sepenuhnya di atas meja akan rasa sangat selesa bila berada di atas meja. Pernah CJ berkunjung ke reban seorang sahabat bernama Masri di Taman Pantai Lok Kawi Sabah di mana seramanya apabila diletak di atas tanah/lantai ia akan terus melompat ke atas meja dan bergaya. Baginya lebih selesa berada di atas meja.

Persoalan???

Apa itu GAYA?

Gaya adalah sesuatu yang sangat subjektif untuk diterangkan bergantung kepada citarasa individu yang berbeza. Ada orang yang sangat obses dengan serama gaya selam, lagi selam lagi bagus. Serama selam sangat digemari oleh jurufoto kerana mudah untuk mendapatkan pose yang menarik dan ianya fotogenik. Ada juga yang lebih suka kepada serama yang tarik sekadar selari dengan kaki tetapi berjalan menjelajahi setiap penjuru meja. Serama ini sangat susah untuk di ambil gambar ia bergaya dan tidak fotogenik.

Terdapat 2 faktor utama bagaimana hendak menghasilkan serama yang bergaya di meja;

1. Pilih baka yang dari darah gaya hebat.
Pemilihan baka gaya adalah faktor paling penting dan menjadi teras kepada kejayaan untuk menghasilkan ayam yang hebat di atas meja. Baka yang hebat gayanya agak senang untuk di ajar. Ia umpama burung kakak tua yang pandai bercakap. Bukan semua burung kakak tua yang mudah untuk diajar bercakap. Hanya baka tertentu sahaja yang mudah diajar seperti dari baka african grey. Baka serama yang bukan dari darah gaya tetap boleh dilatih bergaya tetapi gayanya adalah tidak konsisten dan perlu diberi latihan yang berterusan.

2. Teknik dan kaedah pemeliharaan yang betul.
Serama yang bergaya di meja memerlukan penjagaan yang betul dan ianya bermula dari usia anak. Ia perlu di ajar untuk tidur di atas kayu bagi menguatkan otot kaki seterusnya menghasilkan kaki yang lurus dan dapat berdiri dengan tegak. Serama tanding juga memerlukan makanan yang seimbang serta protein yang tertentu seperti vitamin E dari minyak ikan untuk mencantikkan bulu. Vitamin E juga adalah baik untuk serama pembaka jantan dimana ia bertindak untuk meningkatkan pengeluaran air mani.

kkkkkkkkkkkkkkkkkk

Sebab apa letak serama di atas karpet dan di serkup di atas meja?

romeo



Bapak limbat+husin


Latihan tersebut hanya bertujuan untuk melatih ayam berdiri dan membiasakan serama dengan suasana pertandingan. Ia juga untuk memastikan ayam dapat 'parking' atau berdiri dengan keadaan yang selesa tanpa tekanan. Ayam darah gaya yang tidak dilatih di atas meja tetap akan bergaya di dalam reban atau di lapangan terbuka tetapi apabila diletakkan di atas meja ia akan gelisah dan menunjukkan tingkah laku untuk terjun meja. Pada usia 4-6 bulan merupakan usia agresif dan serama akan sangat aktif. Pada usia inilah ia sangat penting untuk di serkup bagi mengurangkan keagresifannya.

Oleh itu, latihan yang intensif bukanlah jawapan kepada penghasilan serama yang hebat dimeja tetapi faktor baka adalah sangat penting. Baka yang hebat gayanya akan mewarisi gaya sehingga akhir hayatnya tetapi ayam dari baka bukan bergaya tetap akan bergaya tetapi tidak konsisten gayanya dan akan hilang seri apabila tidak diberi latihan yang berterusan.

*** segala coretan di atas hanya pandangan peribadi CJ yang dicetuskan daripada pengalaman.

Sila berikan komen anda dengan cara klik pada perkataan comments di bawah.

Thursday, August 27, 2009

Gelombang tranformasi serama di Sabah

Photobucket

Photobucket


Fenomena gelombang kebangkitan serama kini sudah semakin menuju ke puncak kegemilangannya. Pelbagai paten, bentuk dan gaya serama kini telah berjaya dihasilkan berkat kesungguhan R&D dan kreativiti rakyat Malaysia.

Negeri Sabah juga tidak ketinggalan didalam memeriahkan lagi kerancakkan seni serama. Pelbagai jenis baka hebat kini telah berjaya di import/bawa masuk secara sah ke negeri di bawah bayu. Saudara Yusri King merupakan individu pertama yang mengimport serama ke Sabah pada awal tahun ini setelah hampir 6 tahun permit membawa serama di bekukan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Walau pun hanya 1 pasang sahaja yang dibawa masuk tetapi ianya secara tidak langsung memberi harapan baru kepada peminat serama Sabah.

Cikgu Mie Keris adalah individu kedua dengan mengeksport sebanyak 9 ekor serama dari Kemaman dan kebanyakannya adalah dari baka Limbat untuk tujuan breeding. CJ adalah pemegang serama baka reban Cikgu Mie sepenuhnya dimana serama tersebut menjadi teras kepada proses breeding di reban CJ. Kejayaan merangkul 2 kejuaraan di Tuaran tempoh hari membuktikan kualiti dan penampilan baka Cikgu Mie Keris diterima dengan baik di Sabah.

Kemeriahan serama ditambahkan lagi dengan membawa masuk baka Om Penang dan Saudara Shim. Om Penang telah membawa masuk baka tok uban serta anjaria sementara Saudara Shim dari baka tok uban dan mat awang. Kemasukan kali ini telah di dominasikan oleh Cikgu Erwan dimana hampir 10 ekor ayam tanding dan untuk breeding adalah milik beliau dari baka Om Penang. Kehebatan baka Om Penang masih belum di uji sepenuhnya di arena pertandingan di Sabah.

Selang beberapa minggu selepas itu semasa pertandingan di Tuaran, Cikgu Din Telipok telah mengeluarkan senjata rahsianya. Dalam diam beliau telah berjaya membawa masuk serama dari baka lanun Saudara Baharom Spaka. Kehebatan baka lanun telah membuatkan beberapa sahabat CJ teruja dan membuat perundingan dengan Saudara Baharom. Akhirnya pada beberapa hari yang lalu, serama Saudara Baharom melalui blognya telah di 'borong' habis oleh sahabat CJ. Petang tadi CJ telah lihat sendiri baka lanun spaka yang kebanyakannya adalah serama remaja untuk tujuan pertandingan. CJ di fahamkan hampir 14 ekor serama spaka telah di bawa masuk. Waahhhh.... bersemangat sungguh sahabat2 CJ tu.

Kini, kebanyakan baka serama dari breeder ternama semenanjung telah berada di Sabah. Kami tidak lagi rasa ketinggalan berbanding dengan sahabat lain di semenanjung. Kemeriahan dan kegairahan sahabat CJ membawa masuk serama baka hebat secara tidak langsung membuatkan arena serama kini semakin bersemarak di Sabah. Adalah diharapkan supaya baka-baka hebat ini akan dapat dibiakkan bagi melahirkan generasi serama yang berkualiti.

Pada pandangan CJ, setiap serama yang diimport mempunyai kelebihan masing-masing. Berikut ialah antara kelebihan yang di kenal pasti melalui pengamatan CJ:

Cikgu Mie - Aksesori tip top, gaya menawan. *** baka pilihan CJ - Limbat

Spaka - Sais kecil, gaya hebat dan paten terkini. *** baka pilihan CJ - Tok uban

Om Penang - Paten terkini, Baka pelbagai. *** baka pilihan CJ - Anjaria

Shim - Lincah dan lawan meja, baka dari darah asli, harga mampu milik. *** baka pilihan CJ Mat awang

**** serama terbaru spaka masih belum aktif sebab baru sampai. Nanti sudah segar akan CJ masukkan gambarnya buat tatapan anda. Tungguuuuuuu......

Wednesday, August 26, 2009

Baka tok uban kelabu

Tawaran istimewa sempena hari raya aidil fitri...... Baka tok uban bulu keliling mata putih... Warna kelabu yang sangat jarang ditemui..... Hanya di seramasabah.blogspot.com



Baka banyak kali menang tanding...

Bulu kemas dan telinga putih...

Ekor panjang dan halus...

Tidak perlu dimandikan...

Sedia untuk breeding....

Gaya tarik kaki pacak gebas ekor bertubi2......

Bersedia untuk bertukar tuan baru.....
m

[lihat gambar dibawah]
m
Ini gambar kawan sebelah reban dia

Di bawah ini gambar dia....


W


W


W


W


W


W


W


W


W


W


W


W

Wahhhhh.... cantik bah..... :) hehehehe
Senyum itu suatu sedekah.....

Moralnya : Jangan mudah percaya dengan kata-kata manis penjual apabila hendak beli serama. Selidik betul-betul sebelum membeli.

Kenal pasti sama ada penjualnya breeder atau brooker. Bukan semua breeder dapat hasilkan serama yang baik dan bukan semua brooker menjual serama yang tidak berkualiti.
h

**** Gambar serama di atas hanya sekadar hiasan sahaja. Tidak di ketahui siapa tuan dia.

SELAMAT BERPUASA....
n
MAAF ZAHIR DAN BATIN.............. :)