Thursday, July 7, 2011
TIPS : Training serama versi Razak Papar
Serama bernama Manisan Laut ini adalah kepunyaan Razak Papar. Bapaknya dari pembaka limbat CJ nama lebai malang dan ibunya dari baka anjaria cgu irwan yang diperolehi dari om penang. Manisan laut pernah mendapat BOTB semasa game di Papar bulan lepas. Pas nie boleh step yang berikutnya iaitu teknik serkup supaya boleh parking n lonjak.
Monday, June 20, 2011
Rutin setiap hujung minggu
Bilik kuarantin untuk aym sakit terletak dalam bilik khas utk proses rawatan. Bilik ini juga adalah makmal utk CJ test pelbagai jenis ubatan.
Proses jemur n makan rumput. Ayam yg telah diberi kalsium perlu di jemur untuk mendapatkan vitamin D bagi proses penyerapan kalsium.
Reban kuarantin saiz 8 x 6 x 6 kaki untuk induk lepas jaga anak dan induk remaja. Makanan protein tinggi diberikan supaya cepat gemuk.Monday, May 30, 2011
Peluru Udin game 29/5/2011 Papar
Apapun CJ minta maaf sebab tidak dapat mengambil banyak gambar sebab sibuk sebagai MC semasa pertandingan. Semasa BOTB pun terpaksa ambil gambar walaupun sepatutnya time nie la kena bagi semangat pada Peluru Udin ;)





PENGAJARAN
Kerap kita terlupa bahawa karpet juga merupakan sesuatu yg sangat perlu di ambil perhatian semasa training serama. Kena biasakan ayam dengan pelbagai warna karpet supaya dapat beraksi dengan baik. Kalau boleh kena kenal pasti seminggu sebelum game warna karpet yang akan digunakan semasa game supaya ayam akan terbiasa dan dapat menunjukkan gaya maksimumnya. Jangan salahkan penganjur jika karpet yang digunakan tidak mengikut warna kebiasaan serama anda. Kalau banyak komen bawa karpet sendiri la bro...hehehe
Friday, May 20, 2011
Tanding : 29 MEI 2011 PAPAR
- Sebuah piala rebutan disediakan.
( copy n paste dari seramakitani.blogspot.com )
Sunday, May 15, 2011
Tips : Hidung tersumbat
Ketulan yang keluar berbau busuk dan kadang-kala akan berlaku pendarahan. Lap segera darah yang keluar supaya tidak disedut masuk ke dalam hidung. Apabila melibatkan pendarahan maka perlu diberi antibiotik supaya tidak berlaku jangkitan kuman.
So, selepas ini boleh lah check hidung2 serama anda. Kalau dibiarkan tanpa dicuci boleh mendatangkan mudarat kepada ayam. Berikut adalah antara punca bagaimana hidung boleh tersumbat :
1. Dalam reban banyak habuk.
2. Sisa makanan masuk dalam hidung.
Dalam kes aym CJ nie puncanya mungkin dari sisa makanan. Kadang2 tu terlupa nak top up makanan sehingga kosong bekas makanan dia. Pas tu apa lagi masuklah makanan tu dalam bekas dia yg kosong banyak2 sampai penuh. Ayam yg kelaparan apa lagi terus ja mematuk sampai paruh n hidung dia penuh makanan melekat.
Pernah juga ada kes ayam yang kehausan mati secara tiba2 apabila diberi minum. Puncanya ialah tuannya tuang air terlalu banyak hingga aym tu menyelam kepalanya minum air. Air masuk hidung dan ayam akan mati kelemasan.
SELAMAT HARI GURU 2011 :)
Tuesday, April 19, 2011
Tips : Penyakit koksidiosis ( Berak darah )
Sumber : Sila klik
TANDA-TANDA:-
- Najis mengandungi darah
- Balung ayam kelihatan pucat
- Warna kaki menjadi pudar dan kekeringan
- Ayam lemah dan lesu
- Kadar kematian tinggi pada anak ayam
- Pendarahan di usus kecil dan sekum
Lain-lain artikel
Sumber : Sila klik
Pencegahan dan pengobatan (bahasa indonesia)
Agar ayam terhindar dari berak darah, harus dilakukan langkah-langkah pencegahan seperti pengaturan sistem ventilasi udara yang baik, pengaturan kepadatan kandang yang sesuai dengan kapasitasnya dan penyediaan tempat pakan dan minum yang yang cukup. Khusus untuk pengaturan tempat air minum, sebaiknya menggunakan tempat minum model nipple drinker agar tidak banyak air yang tumpah ke litter. Hal ini dapat mengurangi resiko kelembaban tinggi pada litter. Jangan lupa berikan koksidiostat (pencegah berak darah) kimiawi dan ionoforik untuk broiler dan koksidiostat sintetik untuk induk dan pullet petelur sesuai dengan petunjuk yang ada.
Bagaimana jika berak darah sudah terlanjur berjangkit? Jangan panik. Berikan ayam yang terjangkit tersebut dengan larutan amprolium atau sulfonamida dalam air minum. Pemberian air yang dapat mensuspensi suplemen vitamin A dan K dapat pula mempercepat proses penyembuhannya.
Lain-lain artikel berkaitan
Sumber : Sila Klik
PENGUBATAN
Ubatan yang paling sesuai ialah yang mempunyai komposisi AMPROLIUM, VITAMIN A dan VITAMIN K. Buat masa ini CJ menggunakan ubatan THERAPY MEDION jenama Medion yang terbukti berkesan dan mengandungi komposisi di atas serta ada penambahan oxytetracycline sebagai antibiotik. Sila rujuk laman web ini untuk maklumat lebih lanjut. Sila klik
Sumber di atas menyatakan bahawa penyakit ini 66% terjadi pada anak ayam berumur 2-5 minggu. Jika anda mempunyai sejarah pernah terjadi penyakit ini pada anak ayam maka langkah pencegahan haruslah di ambil. Mencegah lebih baik dari mengubat!!
THERAPY MEDION 100gram
Dalam bentuk serbuk. Aturan penggunaan disertakan.
Di beri selama 5-7 hari berturut-turut sebagai pencegahan pada anak ayam. Kalau ibu atau ayam lain minum pun x ada masalah.
Pastikan alas lantai samada pasir atau karpet kerap di tukar. Jika ada najis berdarah maka mestilah dibuang dengan segera najis tersebut!!
RM30 sekali kos penghantaran seluruh Malaysia.
Monday, April 18, 2011
Peluru Udin April 2011
Tubuh makin kecil
Bulu makin rapat
Gaya konsisten
Puas pusing meja sampai kamera pun dia nak patuk ;)
Ada kalanya serama jantan perlu di beri panjat induk supaya lebih aktif. Serama hyper aktif juga kadang2 boleh slow sikit apabila di beri induk. Apapun fahami dan halusi betul2 perangai serama anda.
Saturday, April 16, 2011
PELURU LANUN 2011
Baka Lanun
Pembaka Sepenuh Masa
Ini ialah bapak pembaka darah tok uban lanun yang CJ perolehi dari sahabat nun di utara semenanjung iaitu Aiman SU. Walaupun CJ letak harga yang rendah berbanding rakan lain yang juga berminat tetapi dengan ihsan Aiman bapak ini tetap di jual pada CJ. Bukan setakat jual bapak ja malah anak betinanya juga turut CJ bawa sekali ;) Thanks bro!! Menurut aiman, bapak nie keluar anak cantik2 belaka. Ayam nie bertubuh A tetapi ekor cantik macam ayam B.

Monday, April 4, 2011
Peluru Bonsai
Limbat + Kijang
Adik beradik Peluru Salji
Inilah Peluru Bonsai hasil ekperimen CJ menggunakan bapak limbat. Ikut petua Hj Iskandar Keramat semua baka peluru CJ akan diLimbat dan diHusinkan ;) Cutting cantik gegar pun kuat. Gambar di atas semasa umur remaja dan selepas itu PB CJ hantar ke rumah trainer iaitu sahabat CJ Sangko Dambai.Setakat ini beberapa ekor sedang dalam proses latihan untuk Projek 2011. Dijangka semuanya ready akan di eksport ke tempat2 yang tertentu. Kini CJ hanya tumpukan proses breeding dan urusan training di serahkan kepada trainer yang terpilih. So, kalau dtg rumah CJ mmg susah la nak tgk ayam cantik ;)
Setakat ini 12ekr peluru terpilih dalam proses training di luar kawasan CJ. Bulan April - Julai CJ amat busy dengan urusan kerja kursus pelajar. Semoga peluru2 CJ nie akan mencipta nama di kemudian hari.



















