Thursday, May 13, 2010

Sejarah bakal tercipta.....

Sasaran CJ tahun 2010 antara lainnya ialah ingin mula mengekspot serama ke semenanjung. Memang sukar untuk mengikuti prosedur Jabatan Perkhidmatan Haiwan sekarang nie dengan bermacam2 kerenah. Pelbagai borang dan banyak kali kena turun naik ke JPH baru boleh nak dapat lesen dan permit import/eksport.

Jika segalanya berjalan dengan lancar maka ini merupakan sejarah bagi dunia serama di Sabah apabila serama mula dieksport ke semenanjung. Prosedur yang sama juga untuk urusan eksport ke luar negara. CJ sendiri belum bersedia untuk eksport ke luar negara disebabkan stok serama berkualiti adalah terhad.

Kelmarin CJ bersama geng serama Sabah iaitu Cgu erwan dan saudara OS memulakan step permulaan iaitu mendapatkan sijil kesihatan dari Klinik Veterinar Kepayan. Habis semua ayam di reban CJ bawa kecuali anak A dan ibu mengeram untuk di ambil sampel darah.


Klinik nie memang selalu CJ datang untuk mendapat rawatan ayam yang sakit serta khidmat nasihat kesihatan ayam. Kali terakhir CJ datang pada bulan lepas bawa induk kuda laut yang sakit. Macam biasalah hari pertama kena 2 suntikan iaitu suntikan penyakit sampar dan suntikan antibiotik. Hari kedua suntikan antibiotk susulan. Sekarang sihat sungguh induk tu dan sedang mengeram telur kosong kerana tidak dimasukkan jantan.



Saudara Os yang membantu staf JPH untuk mengambil sampel darah di bawah sayap. Pada mulanya takut2 juga dia tengok darah ayam tu ;) Releks bro........



Disebabkan ayam yang CJ bawa banyak maka tidak muat ujian dilakukan di dalam makmal. Maka terpaksalah dibuat di luar walaupun keputusan yang bakal diperolehi kurang tepat kerana habuk2 boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti sampel darah.



Cikgu Erwan berbaju putih oren juga turut membantu memegang ayam. Puan Sophia didepannya berbaju belang adalah staf JPH yang mengetuai operasi persampelan ini.



Darah akan dititiskan di atas plat putih untuk di analisis. CJ difahamkan jika darah itu kelihatan berpasir maka ada sesuatu yang tidak kena. Ujian berikutnya akan dilakukan di makmal.



Bahagian bawah sayap yang mudah di ambil darah kerana pembuluh darah jelas kelihatan.

Selesai sudah step pertama untuk mendapatkan sijil kesihatan pada hari pertama. Hari ini CJ pergi sekali lagi ke JPH untuk mengambil keputusan ujian dan barulah boleh isi borang permohonan untuk mendapatkan sijil kesihatan. Ada banyak lagi step yang perlu CJ harungi selepas ini untuk mendapatkan lesen dan permit import/eksport.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, cg jai, sy cg zul dr sri aman, srwak. Boleh tak cg tolong post cara2 dan kaedah untuk import/eksport ayam serama dr Sabah ke Sarawak/Semenanjung @ Semenanjung ke Sarawak @ Sarawak ke Semenanjung. Hrp di postkan..

    ReplyDelete