Tuesday, May 4, 2010

Hikayat Twin Power....

Beberapa bulan yang lepas ada CJ masukkan posting mengenai 2 ekor serama yang CJ gelar sebagai twin power. Twin power merupakan anak kepada bapak limbat + induk uban gegar. Kini, twin power sudah masuk usia muda. Sempat la CJ minta tuan barunya kirimkan gambar untuk tatapan kawan2.



Ini ialah gambar twin power semasa anak b. Sudah kelihatan potensinya melalui bentuk tubuh dan aksesori yang kemas.




Twin power semasa remaja. Sudah nampak 2 paten yang berbeza iaitu yang depan (twin gempal) dada agak besar dan yang sebelah belakang (twin slim) paten slim.




Twin gempal kini ditugaskan sepenuh masa untuk breeding dikelilingi induk2 muda dan bergetah :)



Walaupun full time breeding tapi gayanya tetap ada




Twin slim pula sibuk di meja. Bentuk tubuh yang cantik dan lawinya yang cepat tumbuh membuatkan ianya full time menjadi peluru tuannya untuk tanding.



Lawinya lurus umpama pedang dan kaki umpama galah yang tinggi



Getaran dan tarik selam juga akan kelihatan sekali sekala. Tetapi kini twin slim sudah tinggal nama. CJ di fahamkan ia telah mati beberapa minggu yang lalu. Tidak sempat tengok serama muda nie menunjukkan potensinya lagi.


No comments:

Post a Comment