Saturday, May 15, 2010

Prosedur import/eksport ayam dalam negara

CJ banyak menerima permintaan yang bertanyakan prosedur nak import dan eksport ayam dalam negara. Berikut ialah contoh prosedur bagaimana CJ nak eksport ayam ke semenanjung. Anda boleh nilai sendiri bagaimana susahnya nak uruskan penghantaran ayam nie. Prosedur hantar aym ke Sabah n Sarawak adalah sama seperti hendak hantar ke luar negara memerlukan permit import dan eksport. Hubungi jabatan haiwan tempat anda untuk kepastian samada urusan import dan eksport ke lokasi pembeli itu tiada masalah. Negara yang ada kes selsema burung biasanya akan di black list.


1. Bawa ayam ke Jabatan Veterinar Sabah(JV)
2. Tunggu keputusan ujian keluar
3. Jika keputusan negatif, boleh isi borang untuk dapatkan sijil kesihatan
4. Tunggu dalam 2 hari bekerja untuk sijil kesihatan siap
5. Hantar sijil kesihatan kepada orang yang hendak hantar ayam (pengimport)
6. Pengimport buat permit import di semenanjung dengan menyertakan sekali sijil kesihatan dari Sabah
7. Hantar permit import ke Sabah.
8. Orang Sabah bawa permit import ke JV untuk mohon permit eksport
9. Buat sijil kesihatan sekali lagi untuk permit eksport
10. Apabila semua permit sudah ada, bawa ayam ke MASkargo
11. Cari agen uruskan, bagi dia permit eksport dan sijil kesihatan
12. Ayam sampai semenanjung, bawa permit import sebagai pelepasan Kastam
13. Jabatan Haiwan di MASkargo akan ambil ayam untuk proses kuarantin selama 2 minggu.
14. Selepas 2 minggu boleh ambil ayam dengan cas kuarantin RM2 sehari
15. Jika ayam mati di pusat kuarantin disebabkan penyakit maka mungkin semua ayam yg masih hidup akan di tambah tempoh kuarantin atau semua di lupuskan.

Langkah di atas adalah penghantaran ayam dari Sabah ke semenanjung. Nampak macam senang je prosesnya tetapi hakikatnya begitu memeritkan kecuali jika pejabat JPH terletak sebelah rumah anda :) Jabatan Perkhidmatan Haiwan setiap negeri mempunyai prosedur yang berbeza. Hubungi JPH anda yang terdekat untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment