Sunday, May 30, 2010
Peluru plastik unik...
Peluru plastik kini comfirm jantan walaupun rupanya umpama betina. Mungkin disebabkan CJ letakkannya bersama2 3ekr betina di reban yang agak gelap maka tidak perasan plak ciri2 jantannya. Jadi, masuk remaja sudah boleh start training.... ;)

Uban pinang masak...
Gambar anak sebelah depan tu ialah dari baka Cikgu Zaki bapak tok uban dan induk raja gegar. Ini merupakan anak jantan kedua yang warna kuning dimana sebelum ini banyak keluar warna ara. 2-3 hari nie sudah mula pandai bergaya dengan aktif mengebas dan lonjak dada. Dada belah syarifah aini tu bro ;) Jelas kelihatan leher S serta balungnya yang halus tersusun rapi.

Wednesday, May 26, 2010
Anak pertama bapak limbat
Ini ialah anak sulong bapak limbat keluaran reban CJ. Baru sekali turun game dan menang kategori ABS. Gayanya adalah mewarisi bapa dengan lonjak dada kerap mengebas. Sekarang adalah milik Cgu Rosli Papar. Sekarang sedang rancak breeding katanya.

Mengikut pengamatan CJ, ayam ini mempunyai masa depan yang cerah di arena pertandingan di Sabah dengan markah tubuh dan gaya yang mantap. Ia bakal mengganti kecemerlangan bapaknya yang kini semakin berusia.

Monday, May 24, 2010
Upgrade serama.... Si Tamadau
Saturday, May 22, 2010
Thursday, May 20, 2010
Saturday, May 15, 2010
Prosedur import/eksport ayam dalam negara
CJ banyak menerima permintaan yang bertanyakan prosedur nak import dan eksport ayam dalam negara. Berikut ialah contoh prosedur bagaimana CJ nak eksport ayam ke semenanjung. Anda boleh nilai sendiri bagaimana susahnya nak uruskan penghantaran ayam nie. Prosedur hantar aym ke Sabah n Sarawak adalah sama seperti hendak hantar ke luar negara memerlukan permit import dan eksport. Hubungi jabatan haiwan tempat anda untuk kepastian samada urusan import dan eksport ke lokasi pembeli itu tiada masalah. Negara yang ada kes selsema burung biasanya akan di black list.
1. Bawa ayam ke Jabatan Veterinar Sabah(JV)
2. Tunggu keputusan ujian keluar
3. Jika keputusan negatif, boleh isi borang untuk dapatkan sijil kesihatan
4. Tunggu dalam 2 hari bekerja untuk sijil kesihatan siap
5. Hantar sijil kesihatan kepada orang yang hendak hantar ayam (pengimport)
6. Pengimport buat permit import di semenanjung dengan menyertakan sekali sijil kesihatan dari Sabah
7. Hantar permit import ke Sabah.
8. Orang Sabah bawa permit import ke JV untuk mohon permit eksport
9. Buat sijil kesihatan sekali lagi untuk permit eksport
10. Apabila semua permit sudah ada, bawa ayam ke MASkargo
11. Cari agen uruskan, bagi dia permit eksport dan sijil kesihatan
12. Ayam sampai semenanjung, bawa permit import sebagai pelepasan Kastam
13. Jabatan Haiwan di MASkargo akan ambil ayam untuk proses kuarantin selama 2 minggu.
14. Selepas 2 minggu boleh ambil ayam dengan cas kuarantin RM2 sehari
15. Jika ayam mati di pusat kuarantin disebabkan penyakit maka mungkin semua ayam yg masih hidup akan di tambah tempoh kuarantin atau semua di lupuskan.
Langkah di atas adalah penghantaran ayam dari Sabah ke semenanjung. Nampak macam senang je prosesnya tetapi hakikatnya begitu memeritkan kecuali jika pejabat JPH terletak sebelah rumah anda :) Jabatan Perkhidmatan Haiwan setiap negeri mempunyai prosedur yang berbeza. Hubungi JPH anda yang terdekat untuk maklumat lanjut.

Thursday, May 13, 2010
Sejarah bakal tercipta.....
Sasaran CJ tahun 2010 antara lainnya ialah ingin mula mengekspot serama ke semenanjung. Memang sukar untuk mengikuti prosedur Jabatan Perkhidmatan Haiwan sekarang nie dengan bermacam2 kerenah. Pelbagai borang dan banyak kali kena turun naik ke JPH baru boleh nak dapat lesen dan permit import/eksport.
Jika segalanya berjalan dengan lancar maka ini merupakan sejarah bagi dunia serama di Sabah apabila serama mula dieksport ke semenanjung. Prosedur yang sama juga untuk urusan eksport ke luar negara. CJ sendiri belum bersedia untuk eksport ke luar negara disebabkan stok serama berkualiti adalah terhad.
Kelmarin CJ bersama geng serama Sabah iaitu Cgu erwan dan saudara OS memulakan step permulaan iaitu mendapatkan sijil kesihatan dari Klinik Veterinar Kepayan. Habis semua ayam di reban CJ bawa kecuali anak A dan ibu mengeram untuk di ambil sampel darah.
Klinik nie memang selalu CJ datang untuk mendapat rawatan ayam yang sakit serta khidmat nasihat kesihatan ayam. Kali terakhir CJ datang pada bulan lepas bawa induk kuda laut yang sakit. Macam biasalah hari pertama kena 2 suntikan iaitu suntikan penyakit sampar dan suntikan antibiotik. Hari kedua suntikan antibiotk susulan. Sekarang sihat sungguh induk tu dan sedang mengeram telur kosong kerana tidak dimasukkan jantan.
Saudara Os yang membantu staf JPH untuk mengambil sampel darah di bawah sayap. Pada mulanya takut2 juga dia tengok darah ayam tu ;) Releks bro........
Disebabkan ayam yang CJ bawa banyak maka tidak muat ujian dilakukan di dalam makmal. Maka terpaksalah dibuat di luar walaupun keputusan yang bakal diperolehi kurang tepat kerana habuk2 boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti sampel darah.
Cikgu Erwan berbaju putih oren juga turut membantu memegang ayam. Puan Sophia didepannya berbaju belang adalah staf JPH yang mengetuai operasi persampelan ini.
Darah akan dititiskan di atas plat putih untuk di analisis. CJ difahamkan jika darah itu kelihatan berpasir maka ada sesuatu yang tidak kena. Ujian berikutnya akan dilakukan di makmal.
Selesai sudah step pertama untuk mendapatkan sijil kesihatan pada hari pertama. Hari ini CJ pergi sekali lagi ke JPH untuk mengambil keputusan ujian dan barulah boleh isi borang permohonan untuk mendapatkan sijil kesihatan. Ada banyak lagi step yang perlu CJ harungi selepas ini untuk mendapatkan lesen dan permit import/eksport.
Jika segalanya berjalan dengan lancar maka ini merupakan sejarah bagi dunia serama di Sabah apabila serama mula dieksport ke semenanjung. Prosedur yang sama juga untuk urusan eksport ke luar negara. CJ sendiri belum bersedia untuk eksport ke luar negara disebabkan stok serama berkualiti adalah terhad.
Kelmarin CJ bersama geng serama Sabah iaitu Cgu erwan dan saudara OS memulakan step permulaan iaitu mendapatkan sijil kesihatan dari Klinik Veterinar Kepayan. Habis semua ayam di reban CJ bawa kecuali anak A dan ibu mengeram untuk di ambil sampel darah.
Selesai sudah step pertama untuk mendapatkan sijil kesihatan pada hari pertama. Hari ini CJ pergi sekali lagi ke JPH untuk mengambil keputusan ujian dan barulah boleh isi borang permohonan untuk mendapatkan sijil kesihatan. Ada banyak lagi step yang perlu CJ harungi selepas ini untuk mendapatkan lesen dan permit import/eksport.
Wednesday, May 12, 2010
Jualan : Ayam Cgu Rosli Papar, Sabah.
CJ dimaklumkan Cikgu Rosli Papar ingin menjual beberapa ekor anak A baka terpilih. Selain daripada itu terdapat serama pelbagai peringkat umur turut hendak dilepaskan kepada anda dengan harga yang berpatutan. Ayam hebatnya TRIPLE H baka spaka masih dinanti untuk ditukar geran :)
Jika berminat sila hubungi di talian 014-3560203 atau 019-8728298

Jika berminat sila hubungi di talian 014-3560203 atau 019-8728298

Tuesday, May 11, 2010
Video : Anak induk mahal1
Bising sungguh hari pertama di asingkan dengan geng dia. Hari ini bermulalah CJ nak try asing nak tengok sejauh mana potensinya yang sebenar.
Video : Anak induk mahal
Baru nak mula training. Sepupu dia gegar habis tapi dia nie belum nampak tanda nak gegar tapi lonjak dada boleh tahan.
Monday, May 10, 2010
Friday, May 7, 2010
Sami Merah juga ingin ke Penang...... ( KINI KEPUNYAAN Mr. Y PENANG )
Bakal terbang ke Penang....
Jantan ini di beri nama TRIPLE H memiliki tubuh yang cantik dan dari baka yang hebat. Ia di bawa masuk ke Sabah pada tahun lepas. Ini ialah anak lanun dari Baharom spaka. Ayam ini ialah milik sahabat CJ iaitu Cgu Rosli Papar. Beliau ingin menukar ayam ini dengan sesiapa sahaja yang berminat. Sudah dapat anak dari bapak ini dan nak try baka lain pula katanya. Ayam ini sesuai untuk turun baka dan sudah pencen turun game. Pada CJ pun ada sekor induk remaja dari bapak ini. Hubungi tuannya Cgu Rosli 0198728298 untuk maklumat lanjut mengenai ayam kubing ini.
Kepada sesiapa yang berminat boleh juga kemukakan kepada CJ. Tukar suka sama suka. CJ akan uruskan penghantaran ke semenanjung. Disebabkan Mr. X Penang order induk gegar CJ tu maka CJ akan naik flight dari Sabah terus ke Penang pada 2 Jun, pas tu baru balik Perak. Biasanya CJ turun di KLIA. Sempat juga CJ turun game di Penang 5 Jun tu.

Thursday, May 6, 2010
Video : Kuda Padi 02
Entah bila la Si Kuda Padi nie nak parking. Paten body dia boleh tahan tinggi dan tiada masalah casis setakat ini. Macam biasalah darah remaja agak ganas skit tidak pandai duduk diam.
Video : Kuda Padi 01
Video kuda padi yang baru nak belajar main di meja. Kuda padi ini adalah adik beradik induk gegar CJ baka kuda laut. Begitu lincah dia di meja tapi mcm lambat lagi nak parking.
Wednesday, May 5, 2010
Video : Bapak baka limbat + Husin
Ini ialah koleksi video pembaka utama di reban CJ iaitu Bapak limbat berdarah limbat+husin. Anak-anaknya banyak menempa nama di setiap pertandingan di Sabah. Boleh di katakan setiap pertandingan pasti ada anak2nya bergelar juara. Walaupun bapak ini breeding full time tetapi CJ tetap bawanya ikut game kerana gayanya yang boleh tahan.
Tuesday, May 4, 2010
Twin Jr bakal muncul...
Hikayat Twin Power....
Beberapa bulan yang lepas ada CJ masukkan posting mengenai 2 ekor serama yang CJ gelar sebagai twin power. Twin power merupakan anak kepada bapak limbat + induk uban gegar. Kini, twin power sudah masuk usia muda. Sempat la CJ minta tuan barunya kirimkan gambar untuk tatapan kawan2.
Ini ialah gambar twin power semasa anak b. Sudah kelihatan potensinya melalui bentuk tubuh dan aksesori yang kemas.
Twin power semasa remaja. Sudah nampak 2 paten yang berbeza iaitu yang depan (twin gempal) dada agak besar dan yang sebelah belakang (twin slim) paten slim.
.jpg)
Twin slim pula sibuk di meja. Bentuk tubuh yang cantik dan lawinya yang cepat tumbuh membuatkan ianya full time menjadi peluru tuannya untuk tanding.
Getaran dan tarik selam juga akan kelihatan sekali sekala. Tetapi kini twin slim sudah tinggal nama. CJ di fahamkan ia telah mati beberapa minggu yang lalu. Tidak sempat tengok serama muda nie menunjukkan potensinya lagi.

.jpg)
Twin slim pula sibuk di meja. Bentuk tubuh yang cantik dan lawinya yang cepat tumbuh membuatkan ianya full time menjadi peluru tuannya untuk tanding.

Sunday, May 2, 2010
Penyakit apa nie???
Penyakit apa nie???
Inilah ungkapan pengunjung yang datang ke rumah CJ apabila 1st time melihat induk gegar. Bukan main hebat gegarannya sekarang nie hinggakan semasa pegang di tangan pun boleh gegar lagi. Itu belum tengok gegaran dia kalau nampak kucing melintas. Kadang-kadang tu kesian plak CJ tengok :)
Orang kata induk bila dekat nak bertelur gegarannya akan kuat tetapi induk nie baru usia remaja dan masih bunyi anak lagi.
Hebat juga ayam di Sabah nie sebenarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)