Tentu anda masih kurang faham bagaimana menentukan jantina anak ayam jika berpadukan video di atas. Kejelasan audio adalah kurang baik atau mungkin kejelasan bahasa inggeris anda yang kurang baik? atau kedua2nya sekali? .... hehehe. (CJ pun 2x5) :)
Penentuan jantina anak serama merupakan perkara yang sangat penting bagi semua lapisan peminat serama samada yang baru atau breeder. Pelbagai kaedah dan teknik telah diguna pakai namun peratusan betul adalah 50-50. Ada yang telah menilai sebelum menetas iaitu melihat bentuk telur samada bujur tajam atau bujur bulat. CJ pernah cuba kaedah ini menggunakan ibu limbat tetapi apabila menetas x tau plak mana satu sarung telur dia :)
Terdapat 4 kaedah yang CJ perolehi daripada carian di internet iaitu;
1. Melihat lubang kelamin (vent or cloacal sexing)
Kaedah tertua ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang mahir dan biasanya dimonopoli oleh orang Jepun. Jika anda lihat video di atas jelas menunjukkan hanya mereka yang betul2 otai sahaja yang layak untuk guna kaedah ini. Kalau anak ayam serama lagi susah nak tengok kerana saiznya yang kecil.
2.
Mesin ini digunakan untuk mengesan testis jantan atau ovari bagi betina.
V
3. Bentuk bulu sayap (feather sexing)
Anak ayam yang sudah berumur 2 hari boleh menggunakan kaedah ini. Terdapat dua lapisan bulu sayap iaitu bulu utama (primaries) dan bulu pahat (coverts). Anak jantan akan memiliki bulu pahat yang sama panjang atau lebih panjang daripada bulu utama. Manakala anak betina memiliki bulu utama yang lebih panjang daripada bulu pahat. Dalam video di atas ada menunjukkan bagaimana otai itu membelek2 bulu sayap anak ayam tu.
Rujuk gambar :
http://www.dpi.qld.gov.au/cps/rde/dpi/hs.xsl/27_2712_ENA_HTML.htm
4. Melihat warna bulu keseluruhan (colour sexing)
Kaedah ini hanya untuk anak ayam yang berwarna cerah sahaja iaitu dengan cara melihat bulu anak yang halus itu. Warna yang keputihan/cerah adalah jantan manakala warna yang kekuningan/gelap adalah betina.
hello, saya ada kemusykilan d sini, setela ayam serama membesar dan mula berbalung.. sy dapati yg balung besar selalunya jantan.. tp apa yg memushkilkan saya ialah ayam serama yg sudah dewasa skg yg saya anggap betina pandai berkokok dan bulu kpala n pinggang sperti ayam serama jantan.. tapi lawi nya masih tiada.. jd yg ni jantan atau betina?balungnya juga membesar.. tp perlakuan sprti betina...
ReplyDelete