

|
skip to main |
skip to sidebar
Sunday, July 17, 2011Peluru makan tuanSaturday, July 16, 2011Friday, July 15, 2011PELURU SESAT bakal muncul...
Peluru ini dalam proses training di rumah Abg Razak Papar. Asalnya nak simpan buat baka tapi Abg Razak offer nak tolong train dulu. Maklumlah CJ skarang nie tumpu breed aym ja. Boleh buat main aym nie katanya :)
Peluru nie dari anak lagi mmg CJ setting utk buat bapak ja sebab belunjur n cutting panjang. Bila nak masuk muda baru la try saja2 serkup n kerap gosok. Dalam masa 2 mgu ja tarik n parking n terus disambar Abg Razak. Gambar di bawah sebelum Abg Razak ambil. Lepas nie x tau plak jadi mcm mana aym nie. Peluru Sesat CJ serkup atas simen n rumput je. Mungkin ada sesetengah aym sesuai dengan cara nie. Paling penting kena rajin gosok. Setakat serkup je mmg x menjadi. ![]() Badan panjang tiba2 jadi seketul ![]() Aksesori boleh tahan juga. Saturday, July 9, 2011Video : Peluru Udin game SipitangAksi Peluru Udin game Sipitang Sabah 2/7/2011 No. 3 ABS Alangkah bagus jika x ada partition biru tu ;) Video sumbangan Masdin Sri Waja. Tq bro.... Anak Peluru Lanun bakal munculThursday, July 7, 2011TIPS : Training serama versi Razak Papar
Ada pelbagai kaedah nak training serama nie. Setiap kaedah menuju kepada objektif yang hendak di capai. Video dia bawah ialah kaedah training untuk menjadikan serama aktif di meja. Ayam akan kelihatan berpusing di meja. Trainernya juga turut berpusing2 ;)
Serama bernama Manisan Laut ini adalah kepunyaan Razak Papar. Bapaknya dari pembaka limbat CJ nama lebai malang dan ibunya dari baka anjaria cgu irwan yang diperolehi dari om penang. Manisan laut pernah mendapat BOTB semasa game di Papar bulan lepas. Pas nie boleh step yang berikutnya iaitu teknik serkup supaya boleh parking n lonjak. Monday, June 20, 2011Rutin setiap hujung minggu
Hari minggu mmg full time CJ service reban. Byk benda kena buat dari pagi hingga ke petang. Bukan senang nak jadi breeder serama nie.
Bilik kuarantin untuk aym sakit terletak dalam bilik khas utk proses rawatan. Bilik ini juga adalah makmal utk CJ test pelbagai jenis ubatan. Proses jemur n makan rumput. Ayam yg telah diberi kalsium perlu di jemur untuk mendapatkan vitamin D bagi proses penyerapan kalsium. Reban kuarantin saiz 8 x 6 x 6 kaki untuk induk lepas jaga anak dan induk remaja. Makanan protein tinggi diberikan supaya cepat gemuk.Monday, May 30, 2011Peluru Udin game 29/5/2011 Papar
Game edisi kedua anjuran Kelab Serama Papar telah berjaya berlangsung dengan lancar. Penyertaan agak sedikit merosot disebabkan beberapa rakan tidak dapat hadir kerana ada urusan lain yang lebih penting. Namum game kali ini telah berjaya menarik minat ramai geng lama yang nampaknya sudah 'kembali'. Tahniah atas penganjuran yang baik.
Apapun CJ minta maaf sebab tidak dapat mengambil banyak gambar sebab sibuk sebagai MC semasa pertandingan. Semasa BOTB pun terpaksa ambil gambar walaupun sepatutnya time nie la kena bagi semangat pada Peluru Udin ;) Suasana semasa pusingan akhir BOTB. Peluru udin sempat tunjuk sedikit aksi terbaiknya di tepi meja selepas berulang kali mematuk meja sbb 1st time pijak karpet hijau... hehe ![]() Abang Razak bersama ayamnya bernama MANISAN LAUT juara kategori muda dan BOTB. Ayam gaya lonjak dada dan aktif di atas meja. Cukup lincah ayam ini. ![]() Piala BOTB sumbangan Cikgu Putera @ Below The Wind berbaju hijau. ![]() Sesi bergambar bersama BOTB ![]() ![]() Aksi Peluru Udin semasa saringan ke-2 BOTB. Begitu selesa di atas karpet biru sepertimana latihan di rumah. PENGAJARAN Kerap kita terlupa bahawa karpet juga merupakan sesuatu yg sangat perlu di ambil perhatian semasa training serama. Kena biasakan ayam dengan pelbagai warna karpet supaya dapat beraksi dengan baik. Kalau boleh kena kenal pasti seminggu sebelum game warna karpet yang akan digunakan semasa game supaya ayam akan terbiasa dan dapat menunjukkan gaya maksimumnya. Jangan salahkan penganjur jika karpet yang digunakan tidak mengikut warna kebiasaan serama anda. Kalau banyak komen bawa karpet sendiri la bro...hehehe Friday, May 20, 2011Tanding : 29 MEI 2011 PAPARAssalamualaikum dan salam sejahtera, Kelab KENCANA PAPAR, SABAH ingin mempelawa semua peminat dan penternak serama di tanahair untuk menyertai Pertandingan Kesenian Dan Kecantikkan Ayam Serama bagi edisi ke-2 tahun ini. 1). TARIKH : 29 MEI 2011 (AHAD) 2). TEMPAT : DEWAN TERBUKA TAPAK TAMU PAPAR. 3). MASA : 8:00 PAGI.4). KATEGORI AYAM YANG DIPERTANDINGKAN :- a). Anak A (90 g ke bawah) b). Anak B (91-120 g) c). Remaja d). Muda e). Induk f). Ayam A g). Ayam B h). Ayam Tanpa Lawi (ATL) 5). YURAN PENYERTAAN :- a). Anak A (90 g ke bawah) - RM20 b). Anak B (91-120 g) - RM20 c). Remaja - RM30 d). Muda - RM30 e). Induk - RM30 f). Ayam A - RM30 g). Ayam B - RM30 h). Ayam Tanpa Lawi (ATL) - RM30 6). BEST OF THE BEST (BOTB) :- - JUARA setiap kategori LAYAK, KECUALI kategori (a) DAN kategori (b).- Sebuah piala rebutan disediakan. 7). HADIAH :- - Kategori (a) DAN (b); Juara - RM80 Naib Juara - RM60 Ketiga - RM40 - Kategori ( c ) hingga ( h ); Juara - RM100 Naib Juara - RM80 Ketiga - RM60 8). PENGADIL :- - DITENTUKAN OLEH PIHAK PENGANJUR. 9). CABUTAN TIKET BERTUAH:- - Hamper dan barangan elektrik.SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI :- (A). Tuan Haji Mohd.Zamri Bin Hj.Baharuddin (Pengerusi). (B). Encik Mat Ismail Bin Mohd.Yunus (Tim.Pengerusi). Sekian dan harap maklum. Wassalam.
( copy n paste dari seramakitani.blogspot.com ) Sunday, May 15, 2011Tips : Hidung tersumbat
Wahhh.... balung sikit punya cun. Susunan tulang ikan je sekali tengok. Tu la corak balung yang menjadi trade mark baka besi buruk kaki biru. Tapi jika di perhatikan mulut aym nie mcm terbuka ja. Mcm tak puas bernafas guna hidung. Zoom skit hidung dia.......
Hidung sebelah kiri memang tip top dalam keadaan bersih dan kering....... Hidung sebelah kanan mcm lain skit bro... bengkak n tersumbat mcm kena resdung je... Sanang saja bah itu..... kasi picit skit dia punya hidung. Nahh, keluar sudah objek ketulan kekuningan.. Ketulan yang keluar berbau busuk dan kadang-kala akan berlaku pendarahan. Lap segera darah yang keluar supaya tidak disedut masuk ke dalam hidung. Apabila melibatkan pendarahan maka perlu diberi antibiotik supaya tidak berlaku jangkitan kuman. So, selepas ini boleh lah check hidung2 serama anda. Kalau dibiarkan tanpa dicuci boleh mendatangkan mudarat kepada ayam. Berikut adalah antara punca bagaimana hidung boleh tersumbat : 1. Dalam reban banyak habuk. 2. Sisa makanan masuk dalam hidung. Dalam kes aym CJ nie puncanya mungkin dari sisa makanan. Kadang2 tu terlupa nak top up makanan sehingga kosong bekas makanan dia. Pas tu apa lagi masuklah makanan tu dalam bekas dia yg kosong banyak2 sampai penuh. Ayam yg kelaparan apa lagi terus ja mematuk sampai paruh n hidung dia penuh makanan melekat. Pernah juga ada kes ayam yang kehausan mati secara tiba2 apabila diberi minum. Puncanya ialah tuannya tuang air terlalu banyak hingga aym tu menyelam kepalanya minum air. Air masuk hidung dan ayam akan mati kelemasan. SELAMAT HARI GURU 2011 :)
Subscribe to:
Comments (Atom)
Serama Anugerah AllahBalung kalimah Allah. Subhanallah...... CJ's Profile
Jaisya Hj Mokhtar
Cikgu Jai (CJ)017-8199123 Kinarut, Papar Sabah. jaguhserama@yahoo.com Maybank 1101 8905 5329
About Me
Selamat datang ke serama sabah gedung informasi serama terkini. Segalanya tentang serama ada di sini.
FollowersMudah.comJUALAN TERKINIPets yang ada stok : - STOK AKAN SAMPAI - HARGA SERAMATop 3 pertandingan RM500 +++ Harga jantan dan betina sama Harga 1 ekor untuk buat baka: Anak 1-2 bulan RM80 Anak 2-4 bulan RM100 Remaja RM150 Muda RM150++ ** Cutting utk pembaka dijamin boleh breeding. Harga 1 ekor untuk pertandingan: Anak 1-4 bulan RM150++ Remaja RM200++ Muda RM350++ *** Ayam dijamin bergaya. Tiada jaminan boleh breeding. Penghantaran boleh diuruskan bergantung kepada lokasi penerima. Penghantaran menggunakan bas ekspress RM25 pada hari Sabtu@Ahad sahaja. Search This BlogChatting BoxBlog Pilihan
My Blog List
Feedjit |