Wednesday, December 8, 2010

Tips : Straddle leg and crooked toes

Salam bro....

Macam biasa kalau nak tengok ayam cantik kena buka blog sabahat CJ yang lain. Blog CJ nie banyak gambar ayam sakit n cacat je ;)

Hari nie CJ nak tunjuk gambar aym cacat dan perkenalkan 2 istilah penting dalam dunia breeding serama iaitu ;

STRADDLE LEG (SL) = Kaki kangkang

CROOKED TOES (CT) = Jari kaki bengkok

SL dan CT adalah fenomena biasa bagi breeder unggas. Ia bukan penyakit tetapi adalah sejenis kecacatan genetik yang membawa kepada perubahan fizikal. Kecacatan ini dapat dikesan pada hari pertama tetasan dan jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan susulan maka aym tersebut akan cacat selamanya. Daripada pembacaan CJ dapati bahawa unggas yg berkaki halus dan tinggi berisiko untuk terkena kecacatan ini. Byk kes terjadi pada burung kuang.

Foto di bawah menunjukkan SL dan CT pada anak ayam dan burung kuang. Anda perhatikan dan fahaminya. CJ sendiri belum mencubanya sebab tiada anak ayam yg boleh dibuat eksperimen. Ada sekor remaja yg kena ST tapi dah terlambat sbb x buat masa dia masih anak. Kaedah ini hanya sesuai utk anak yg umur bawah 1 minggu tapi lagi cepat lagi bagus.



Lihat jari kaki anak aym ini kelihatan bengkok di kenali sebagai CT. 



Boleh guna kaedah tiub plastik ini. Warna biru tu ialah dawai berbulu yang dibengkokkan mengikut bentuk susunan jari kaki. Biarkan selama 24jam atau lebih.

 


Cara nie paling senang guna pita pelekat je.



Ini kaedah tambat kaki untuk kes ST. Dalam keadaan biasa ayam akan terkangkang hingga dada sentuh lantai. Tambat sehingga aym tersebut dapat berdiri dengan stabil.


Gajet yg lebih kemas.





Guna pita pelekat pun boleh.

Sekali tengok macam senang je nak buat. Anda harus mencubanya. Pastikan semasa rawatan lantai reban mestilah tidak licin... 

2 comments:

  1. senang2 pon ayam serama nie kecik..salah buat leh terpeleok..kalau tangan peja ayam laga leh latambat..sedangkan jahit pon dah kesian ayam..huhu

    ReplyDelete
  2. aku pun baru tau terbaca dlm laman web lain. Jadi, berkongsi la ilmu dgn kawan2. Pas nie kalau ada ank yg cacat bleh try...

    ReplyDelete