Sunday, July 25, 2010

Tips: Induk resesif part 2

sambungan dari part 1.....

Setelah 1 minggu part 1 CJ tinggalkan dengan beberapa persoalan ramai kawan2 yang tidak sabar2 nak tau lanjutannya. Sebelum CJ teruskan dengan part 2 ingin CJ tegaskan kajian CJ adalah berdasarkan beberapa batasan iaitu;

1. Hanya untuk baka yang CJ ada sahaja iaitu tok uban, kijang mas, limbat dan raja gegar. Oleh itu baka yang selain daripada yang dinyatakan mungkin tidak sesuai dengan dapatan kajian CJ ini.

2. Kajian ini hanya tertumpu kepada bagaimana hendak mendapat anak yang mengikuti ciri-ciri bapak dengan menggunakan pembaka jantan dan betina berlainan reban.


CIRI DOMINAN
Mengikut teori, trait dominan dapat dikenali dengan ciri2 warna. Warna yang gelap adalah dominan. Seperti yang sedia maklum baka tok uban adalah dalam kategori ayam berbulu gelap. Terdapat juga tok uban betina yang berbulu cerah tetapi tetap akan ada sedikit calit hitam atau perang atau krim. Warna kubing juga dalam kajian CJ adalah bersifat dominan.

Kaki warna hijau dan biru adalah antara ciri dominan tetapi dalam kategori dominan yang lemah sebab terdapat juga kaki gelap yang resesif sepertimana induk kuning resesif CJ.

Beberapa kali CJ menggunakan jantan pembaka warna kuning dan di pasangkan dengan induk baka uban. Hasilnya anak2 tetap akan ikut ciri induknya dari segi warna tetapi gaya ada yang mengikut bapak.

Oleh itu, induk baka uban pure adalah tidak sesuai digunakan untuk mendapatkan anak warna kekuningan seperti bapaknya untuk breed kali pertama. Anda perlu cross kembali anak2 tersebut baru peratusan mendapat warna bapaknya ada sedikit tinggi.

CJ menggunakan bapak baka limbat kuning dipasangkan dengan induk uban putih krim hasilnya 100% anak warna mengikut ibunya. Anak2nya apabila di cross sesama sendiri barulah keluar warna kuning. Bapak limbat kuning dipasangkan dengan induk ara tok uban juga anak jantan yang keluar 100% ara. Memang kuat sungguh genetik dominan baka tok uban ini.

Jika anda inginkan anak kuning yang ada sedikit uban di kepala cadangan CJ ialah menggunakan bapak tok uban dan dipasangkan dengan induk kuning resesif. Cross begini anda akan mendapat anak yang pelbagai warna yg berlainan.


CIRI RESESIF
Ciri2 utama resesif ialah warna yang cerah terutamanya kuning. Jika anda mempunyai bapak yang cantik dan inginkan anak yang mengikut ciri bapak maka pasangkan bapak itu dengan induk warna kuning. CJ juga dapati bahawa induk paling resesif ialah bulu warna kuning dan kaki hijau.

Bagaimana nak dapat induk resesif???

Induk resesif ialah induk yang sangat lemah rangkaian genetiknya. Untuk melemahkan rangkaian genetiknya adalah dengan cara cross breed dengan pelbagai darah yang berlainan sehingga hilang identiti asalnya. Boleh dikatakan induk resesif ialah induk reject dari kandang. Jika induk itu tidak satu suit seperti kaki hijau paruh kuning dan kadang2 kaki hijau tapi jarinya kuning maka inilah paling resesif.

Sesetengah breeder biasanya akan menjual ayam2 cantik dengan senang hati tetapi agak keberatan untuk menjual adik- beradik ayam yang cantik itu walaupun belunjur. Sebab itulah breeder yang byk keluar ayam hebat2 bila ditengok induknya belunjur ja. Istilah resesif ini sebenarnya adalah sama seperti mana dialog di bawah ini;

Mr. XY : Baka apa induk nie bang?

Mr. AB : Macam2 baka ada pada induk nie dik, baka sub-mereng, kuda kepang, kijang perak, baka 2001. Mcm2 adaaaaa.....


KESIMPULAN

Jika anda adalah peminat setia baka tok uban ara maka set breeding mesti ada;
a. Jantan uban ara + Induk uban ara @ putih = Akan dapat ank jika jantan byk jadi warna ara
b. Jtn Uban ara + Induk betina kuning resesif (kaki hijau) = Anak pelbagai warna

Jika anda inginkan anak kuning 1 suit maka tidak digalakkan guna induk uban pure. Baka kijang mas CJ dapati sangat kuat darah kaki kuningnya. Jika nak upgrade kaki kuning boleh la guna baka ini.

Jadi, jangan memandang rendah induk belunjur, tidak satu suit dan lain2 ciri yang kurang sedap dipandang. Kerana di sebalik fizikalnya itu tersembunyi genetiknya yang sangat diperlukan dalam proses breeding ayam hebat.

No comments:

Post a Comment