Saturday, July 17, 2010

Tips: Induk resesif part 1

Bapak punya la cantik tarik selam tapi dapat anak biasa2 je....

Hairan aku tingok si awang tu, pembaka biasa2 ja bah tp dpt anak tarik mcm mo terlentang sudah...

Weiiii, hang tgk jtn 3 kali BOTB tu gaya gila2 tapi dpt anak belunjoq duk menyudu mcm itik bendang blakang rumah tok wan aku ja.....


Wahhh..., susah mo settle masalah mcm nie tuan. Serama yang cantik adalah anugerah dan rezeki kepada pemiliknya. CJ ada sedikit tips bagaimana nak dapat anak cantik berdasarkan pengalaman CJ sendiri. Tips ini sebenarnya sudah CJ beri pembayang pada posting sebelum2 ini tetapi tidak begitu terperinci.

Cuba anda lihat induk kuning di bawah nie......


Bulu warna kuning cun dah
.
kaki hijau paruh kuning tidak 1 sut
.
Mmg belunjur habis tiada cutting
.
Dada halus x bulat
.
Kaki ok sebab halus dan tinggi
.
Badan panjang skit
.
Kesimpulan : Induk biasa2 je nie bro...


CJ masukkan dengan jantan tok uban nie.....


Dapat anak macam nie..... Warna dan ciri2 ikut bapak. Mcm x percaya plak induk kuning bleh kluar ank mcm tok uban pure.


CJ masukkan dengan bapak limbat nie....


Dapat anak pun sebijik warna dan ciri2 macam bapak dia... hairan sungguh...


Jadi, mcm mana induk belunjur tu boleh dapat anak yang cantik dan mengikut ciri2 bapak???

Jawapannya adalah terletak kepada teori dominan dan resesif yang pernah cikgu CJ ajar 15 tahun yang lalu dalam subjek sains. Kalau anda nak tau AJI TAIPING adalah guru sains CJ dulu ;) Setiap kehidupan akan membawa genetik samada dominan atau resesif.

Jika induk dominan genetiknya maka masuklah bapak mcm mana pun kebarangkalian utk mendapat anak yg ciri2 seperti bapak adalah tipis dan sukar.

Jika induk resesif yang bersifat lemah genetiknya maka kebanyakan anak akan mengikut ciri2 bapak.

Suatu masa dahulu ada otai yg beri petua kepada CJ bahawa jika induk yg dipasangkan dgn sekor bapak tu x dpt ank cantik maka STOP dan tukar pasangan lain. Otai nie ada byk induk dan induk yg cantik tapi bersifat dominan maka terus dijualnya.

Persoalannya ialah;

Bagaimana nak dapat induk resesif genetiknya ???
.
Apa ciri2 induk yg resesif ???
.
Mcm mana nak buat sendiri induk2 bersifat resesif???
.
Jawapannya akan CJ paparkan dalam episod akan datang... tunggguuuuuu....

No comments:

Post a Comment