
PELURU RINTIK
PELURU KARAT
Baka : Limbat
Ciri pilihan : Gaya, bulu kemas.
|
skip to main |
skip to sidebar
Thursday, January 13, 2011Pembaka Jantan 2011Post kali ini CJ nak memperkenalkan hero2 yang melahirkan generasi Serama Peluru Sabah 2011. Kebanyakan serama ini dipilih berdasarkan ciri2 tertentu yang unik serta memenuhi citarasa CJ. Setiap pembaka ini mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berguna untuk upgrade anak2 yg bakal dilahirkan. Teras pembaka peluru2 CJ adalah dari darah LIMBAT!! ![]() PELURU RINTIK Baka : Limbat + Kijang Ciri pilihan : Warna rinting serta aksesori kemas Baka : Limbat Ciri pilihan : Warna emas, kaki halus Baka : Limbat + Husin Ciri pilihan : Kaki tinggi, bulu kemas. Baka : Kijang + Keruwak Ciri pilihan : Gaya Baka : Limbat Ciri pilihan : Aksesori, saiz, bulu kemas. PELURU KARAT Baka : Limbat Ciri pilihan : Gaya, bulu kemas. Wednesday, December 29, 2010JUAL : Sold Out 2010Senarai Peluru2 CJ yang telah dijual sepanjang bulan Disember 2010. Dah habis stok power di reban CJ ;) Wednesday, December 8, 2010Tips : Straddle leg and crooked toesSalam bro.... Macam biasa kalau nak tengok ayam cantik kena buka blog sabahat CJ yang lain. Blog CJ nie banyak gambar ayam sakit n cacat je ;) Hari nie CJ nak tunjuk gambar aym cacat dan perkenalkan 2 istilah penting dalam dunia breeding serama iaitu ; STRADDLE LEG (SL) = Kaki kangkang CROOKED TOES (CT) = Jari kaki bengkok SL dan CT adalah fenomena biasa bagi breeder unggas. Ia bukan penyakit tetapi adalah sejenis kecacatan genetik yang membawa kepada perubahan fizikal. Kecacatan ini dapat dikesan pada hari pertama tetasan dan jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan susulan maka aym tersebut akan cacat selamanya. Daripada pembacaan CJ dapati bahawa unggas yg berkaki halus dan tinggi berisiko untuk terkena kecacatan ini. Byk kes terjadi pada burung kuang. Foto di bawah menunjukkan SL dan CT pada anak ayam dan burung kuang. Anda perhatikan dan fahaminya. CJ sendiri belum mencubanya sebab tiada anak ayam yg boleh dibuat eksperimen. Ada sekor remaja yg kena ST tapi dah terlambat sbb x buat masa dia masih anak. Kaedah ini hanya sesuai utk anak yg umur bawah 1 minggu tapi lagi cepat lagi bagus. Lihat jari kaki anak aym ini kelihatan bengkok di kenali sebagai CT. Cara nie paling senang guna pita pelekat je.
Sekali tengok macam senang je nak buat. Anda harus mencubanya. Pastikan semasa rawatan lantai reban mestilah tidak licin...
Sunday, December 5, 2010Tips: Masalah kulit telur lembikKULIT TELUR LEMBIK TELUR PENYU TELUR LICAK Masalah besar nie bro. Induk beli mahal2 tapi bila bertelur keluar telur penyu. Kalau telur penyu betul walaupun lembik tapi dieram dalam pasir boleh juga menetas :) Apa sebenarnya punca masalah nie??? CJ sendiri bukanlah pakar dalam bab nie. Oleh itu CJ ingin berkongsi petikan yang berkaitan dengan masalah ini. Kalau nak baca lidah kena setting ubah tune skit sebab dalam bahasa Indonesia. kerabang = kulit@cengkerang feses = najis Apakah yang menyebabkan kerabang telur ayam menjadi lembek? Apakah dapat disebabkan karena kelebihan dosis Egg Stimulant? Bagaimana cara pencegahannya supaya kerabang telur menjadi normal kembali? Saturday, November 20, 2010Projek Peluru Biru 2011Susah juga nak dapat ayam cantik nie. Kena byk mencuba dan perbaiki mana yang kurang. Tahun depan CJ akan nak cuba upgrade generasi Peluru Biru yang setakat ini masih ada sedikit kelemahan. Ciri2 menarik pada generasi Peluru Biru yg CJ kenal pasti ialah; a. Leher S b. Dada besar c. Cepat galak d. Balung halus Cuma sedikit kelemahan yg perlu di upgrade sepenuhnya iaitu bahagian kaki. CJ dapati kaki generasi PB nie kurang halus dan perlu sedikit tinggi. Kelihatan seperti betina kerana kepalanya yg kecil dan balung yg halus. Leher dan kepala masih belum tumbuh bulu sepenuhnya. Masih belum 'berdiri'. Belum berkokok. PB punya dada lain macam ja CJ tengok. Dia punya cutting selagi belum 'berdiri' mmg nampak hodoh. Sekali sekala kalau dia terkejut nampak kucing mmg terus lonjak ;) Apapun, masih banyak perkara perlu diperbaiki. Cuba... cuba..... dan cuba..... Thursday, November 18, 2010Fantail pegeon mirip ayam serama
Wahhh... selaman seiras serama.
Inilah hasilnya apabila genetiknya stabil, semua keluar sama. Jika serama keluar semua macam nie memang pening la kepala pengadil :) Tuesday, November 9, 2010Peluru Plastik kini pembakaMonday, November 8, 2010Tips : Awas klorinTAHUKAH ANDA BAHAWA KLORIN PADA AIR PAIP MAMPU MENURUN DAN MEROSAKKAN ANTIBIOTIK ATAU VITAMIN?? Jadi, jika ayam anda minum minuman bercampur antibiotik atau vitamin pastikan air tersebut tiada kandungan klorin. Jika tidak sia-sia usaha murni anda..... Sunday, November 7, 2010Tips : Penyakit CRD
Unggas dan CRD memang tidak dapat dipisahkan. Selagi anda memelihara unggas maka kebarangkalian untuk unggas anda menghidapi CRD adalah tinggi jika kebersihan reban tidak di hiraukan. CRD tidak mengenal usia....
Apakah CRD? CRD @ Chronic Respiratory Disease @ Penyakit Pernafasan Kronik CRD ialah penyakit yang berpunca daripada pengudaraan yang tercemar dalam reban terutamanya reban yang pengudaraannya kurang efisyen mengakibatkan kandungan gas ammonia tinggi dan mengurang oksigen. Teorinya mudah; Kes 1 : Reban yang kotor akan meningkatkan pengeluaran gas ammonia. Gas ammonia terhasil daripada tindak balas kelembapan berpunca dari air minuman yang tumpah serta najis ayam. Semakin tinggi gas ammonia maka semakin kurang oksigen dalam reban. Kes 2 : Reban yang suhunya terlalu tinggi samada penggunaan mentol yang tenaga watt nya tinggi atau sinaran matahari yang terlampau akan menyebabkan ayam akan kepanasan serta meningkatkan nafsu minum dan menurunkan nafsu makan. Kesannya, ayam akan mengeluarkan najis yang cair. Najis cair ini akan bertindakbalas untuk menghasilkan gas ammonia. Kelembapan inilah yang menyumbang kepada pembiakan bakteria seperti e-coli serta beberapa jenis virus yang akan menyebabkan terjadinya penyakit CRD. Apakah tanda2 penyakit CRD? Tanda2nya ialah; a. Kemurungan dalam tempoh yang lama. b. Pertumbuhan terbantut. c. Bersin. d. Batuk. e. Nafas berbuyi macam kena asma@lelah@ampus Apabila ayam telah terkena CRD maka ia ibarat lubuk emas kepada penyakit2 lain. CRD akan melemahkan imunisasi ayam terhadap penyakit. Pada tahap ini CRD akan bertukar kepada CRD KOMPLEKS. Maka bermulalah episod bermacam2 penyakit yang akan menyusul yang akan menyumbang kepada KEMATIAN!!! Simptom CRD pada anak ayam biasanya akan mula kelihatan semasa umur 3 minggu jika antibiotik serta vaksinasi tidak diberikan dengan baik. Adakah CRD boleh diubati? Boleh!!! jika pada tahap awal jangkitan iaitu tahap CRD. Pelbagai ubatan ada di pasaran. Pada tahap CRD KOMPLEKS juga ada ubatannya tetapi peratusan untuk pulih adalah rendah. Apapun pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Antara langkah pencegahan ialah; a. Mengurangkan tahap debu dalam reban. b. Suhu reban yang sesuai. c. Kepadatan ayam yg sesuai dengan reban. d. Lantai mestilah sentiasa kering. e. Pengudaraan atau ventilasi yang baik. f. Pemberian multivitamin untuk tingkatkan imunisasi. g. Sistem all-in & all-out sangat sesuai diguna pakai. **** all-in = Masuk semua anak ayam dalam satu reban. all-out =Keluarkan (jual@asing sekor2 dalam reban lain) semua anak2 ayam. Bersihkan reban dan biarkan selama 2 minggu sebelum digunakan semula. Sekian sahaja sedikit catatan CJ mengenai CRD untuk dikongsi dengan kawan2. Sebarang pertanyaan boleh berbincang di ruangan chatting box. Lain2 penyakit akan CJ bincangkan pada posting akan datang. Musim tengkujuh ini CJ lebih tumpu kepada topik penyakit sebab cuaca yang tidak menentu boleh menyumbang kepada pelbagai kemungkinan. Kepada breeder2 sila ambil langkah berjaga2. Penyakit bukan sahaja kelalaian anda menguruskan reban tetapi mungkin juga berpunca daripada pengunjung yang datang membawa virus tanpa disedari. Amalkan cuci tangan dengan antiseptik sebelum n selepas pegang ayam. Mohon sebarang cadangan dan teguran daripada anda sekiranya fakta nukilan CJ nie tidak tepat kerana pengetahuan dan ilmu CJ yang cetek. Regards, CJ ;) Thursday, November 4, 2010Peluru Biru besar sudah bahh...Ini ialah imej Peluru Biru bertarikh 03/10/2010. Ini gambar terkini 03/11/2010. Peluru Biru kini dalam proses penggemukan kerana dari pengalaman CJ anak yang gemuk nie susah skit casis nak lari. Sekali tengok macam burung ering dengan leher yang panjang serta masih bulu anak di kepala. Inilah eksperimen CJ yang pertama menggunakan Peluru Sakan + Induk Keruwak. Muka dah merah tetapi belum galak sepenuhnya.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Serama Anugerah AllahBalung kalimah Allah. Subhanallah...... CJ's Profile
Jaisya Hj Mokhtar
Cikgu Jai (CJ)017-8199123 Kinarut, Papar Sabah. jaguhserama@yahoo.com Maybank 1101 8905 5329
About Me
Selamat datang ke serama sabah gedung informasi serama terkini. Segalanya tentang serama ada di sini.
FollowersMudah.comJUALAN TERKINIPets yang ada stok : - STOK AKAN SAMPAI - HARGA SERAMATop 3 pertandingan RM500 +++ Harga jantan dan betina sama Harga 1 ekor untuk buat baka: Anak 1-2 bulan RM80 Anak 2-4 bulan RM100 Remaja RM150 Muda RM150++ ** Cutting utk pembaka dijamin boleh breeding. Harga 1 ekor untuk pertandingan: Anak 1-4 bulan RM150++ Remaja RM200++ Muda RM350++ *** Ayam dijamin bergaya. Tiada jaminan boleh breeding. Penghantaran boleh diuruskan bergantung kepada lokasi penerima. Penghantaran menggunakan bas ekspress RM25 pada hari Sabtu@Ahad sahaja. Search This BlogChatting BoxBlog Pilihan
My Blog List
Feedjit |