Wednesday, December 29, 2010

JUAL : Sold Out 2010

Senarai Peluru2 CJ yang telah dijual sepanjang bulan Disember 2010. Dah habis stok power di reban CJ ;)



Peluru Hitam ( Pulau Pinang )



Peluru Plastik ( Sarawak )
 


Peluru XXX ( Pulau Pinang )



Peluru Penguin ( Sabah )



Peluru Kuda Laut ( Pulau Pinang )



Peluru Sakan ( Indonesia )



Peluru Lebai Malang ( Sabah )

Wednesday, December 8, 2010

Tips : Straddle leg and crooked toes

Salam bro....

Macam biasa kalau nak tengok ayam cantik kena buka blog sabahat CJ yang lain. Blog CJ nie banyak gambar ayam sakit n cacat je ;)

Hari nie CJ nak tunjuk gambar aym cacat dan perkenalkan 2 istilah penting dalam dunia breeding serama iaitu ;

STRADDLE LEG (SL) = Kaki kangkang

CROOKED TOES (CT) = Jari kaki bengkok

SL dan CT adalah fenomena biasa bagi breeder unggas. Ia bukan penyakit tetapi adalah sejenis kecacatan genetik yang membawa kepada perubahan fizikal. Kecacatan ini dapat dikesan pada hari pertama tetasan dan jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan susulan maka aym tersebut akan cacat selamanya. Daripada pembacaan CJ dapati bahawa unggas yg berkaki halus dan tinggi berisiko untuk terkena kecacatan ini. Byk kes terjadi pada burung kuang.

Foto di bawah menunjukkan SL dan CT pada anak ayam dan burung kuang. Anda perhatikan dan fahaminya. CJ sendiri belum mencubanya sebab tiada anak ayam yg boleh dibuat eksperimen. Ada sekor remaja yg kena ST tapi dah terlambat sbb x buat masa dia masih anak. Kaedah ini hanya sesuai utk anak yg umur bawah 1 minggu tapi lagi cepat lagi bagus.



Lihat jari kaki anak aym ini kelihatan bengkok di kenali sebagai CT. 



Boleh guna kaedah tiub plastik ini. Warna biru tu ialah dawai berbulu yang dibengkokkan mengikut bentuk susunan jari kaki. Biarkan selama 24jam atau lebih.

 


Cara nie paling senang guna pita pelekat je.



Ini kaedah tambat kaki untuk kes ST. Dalam keadaan biasa ayam akan terkangkang hingga dada sentuh lantai. Tambat sehingga aym tersebut dapat berdiri dengan stabil.


Gajet yg lebih kemas.





Guna pita pelekat pun boleh.

Sekali tengok macam senang je nak buat. Anda harus mencubanya. Pastikan semasa rawatan lantai reban mestilah tidak licin... 

Sunday, December 5, 2010

Tips: Masalah kulit telur lembik

KULIT TELUR LEMBIK

TELUR PENYU 

TELUR LICAK


Masalah besar nie bro. Induk beli mahal2 tapi bila bertelur keluar telur penyu. Kalau telur penyu betul walaupun lembik tapi dieram dalam pasir boleh juga menetas :) Apa sebenarnya punca masalah nie???

CJ sendiri bukanlah pakar dalam bab nie. Oleh itu CJ ingin berkongsi petikan yang berkaitan dengan masalah ini. Kalau nak baca lidah kena setting ubah tune skit sebab dalam bahasa Indonesia.

kerabang = kulit@cengkerang

feses = najis

Apakah yang menyebabkan kerabang telur ayam menjadi lembek? Apakah dapat disebabkan karena kelebihan dosis Egg Stimulant? Bagaimana cara pencegahannya supaya kerabang telur menjadi normal kembali?

Jawab :

Kerabang telur lembek dapat disebabkan oleh banyak faktor, diantaranya yaitu:

1. Kekurangan kalsium atau vitamin D

Kerabang telur yang baik sebagian besar (40-60%) tersusun atas kalsium. Selama bertelur, ayam mem-butuhkan kalsium (Ca) sampai 20 kali dari kebutuhan normal. Dalam oviduk tidak cukup tersedia Ca, sehingga saat pembentukan kerabang telur sebagian besar diserap dari Ca bebas yang terdapat dalam plasma darah. Jika sediaan Ca di dalam tubuh ayam tidak tercukupi, maka pembentukan kerabang telur dapat terganggu. AkIbatnya kerabang telur lembek. Untuk mengatasi kekurangan kalsium, dapat ditambahkan grit (tepung kulit kerang) dalam ransum. Grit merupakan sumber kalsium yang baik. Selama masa grower, grit diberikan sebanyak 0,5 kg tiap 100 ekor ayam. Sedangkan selama masa bertelur, grit diberikan sebanyak 1,5 kg tiap 100 ekor ayam. Pemberian grit dilakukan 2 kali sehari tiap minggu. Khusus selama masa bertelur, grit sebaiknya diberikan pada sore hari karena penyerapan kalsium paling baik pada malam hari. Ukuran grit yang baik adalah sekitar 2-4 mm, ukuran yang terlalu besar justru dapat mengganggu proses pencernaan. Perlu diingat juga bahwa penyerapan Ca oleh tubuh ayam dipengaruhi oleh kecukupan vitamin D. Oleh sebab itu selain pemberian grit, perlu ditambahkan juga Strong Egg atau Egg Stimulant.



2. Suhu/ Cuaca panas

Cuaca panas menyebabkan konsumsi ransum turun sehingga ayam tidak memperoleh nutrisi dengan cukup. Selama cuaca panas, ayam akan mulai panting (megap-megap) sehingga mengeluarkan banyak karbondioksida (CO2). Pada pembentukan telur CO2 diperlukan untuk membentuk kalsium karbonat (CaCO3) yang berguna untuk menyusun kerabang telur. Akibatnya kerabang akan lebih tipis dan mudah retak. Untuk mengatasi cuaca panas, sediakan air minum dan tempat minum dalam jumlah yang cukup, buka tirai lebar-lebar, pasang kipas angin, ganti sekam yang basah, dan lakukan penyemprotan kandang dengan menggunakan desinfektan seperti Antisep atau Neo Antisep. Jika perlu, ayam dipuasakan makan 1-2 jam selama cuaca panas pada siang hari untuk mengurangi panas yang dikeluarkan oleh tubuhnya.



3. Infeksi penyakit

Penyakit yang dapat menyebabkan kerabang telur lembek adalah AI, ND, EDS dan IB. Penyakit AI dan EDS dapat menyebabkan telur tidak memiliki kerabang, pada kasus ND kualitas kerabang telur menjadi tidak normal (kasar, tipis, lembek), sedangkan IB dapat menyebabkan putih telur encer dan warna kerabang telur lebih pucat. Untuk mengatasi kasus karena infeksi penyakit lakukan program vaksinasi sesuai kondisi peternakan setempat, dengan menggunakan Medivac ND Hitchner B1, Medivac ND Clone 45, Medivac AI, Medivac IB H-120, Medivac IB H-52, Medivac ND-IB, Medivac ND-IB Emulsion, Medivac ND-AI Emulsion, Medivac ND-IB-IBD Emulsion atau Medivac ND-EDS-IB Emulsion



4. Stres

Bunyi gaduh atau perlakuan yang kasar dapat menyebabkan ayam kaget/ stres. Stres tersebut dapat menyebabkan proses pembentukkan kerabang telur tidak berlangsung secara sempurna. Oleh sebab itu, penting untuk menjaga agar ayam setenang mungkin selama masa bertelur

Jadi kerabang telur lembek bukan disebabkan oleh kelebihan dosis Egg Stimulant. Egg Stimulant mengandung multivitamin dan antibiotik egg promotor yang diperlukan untuk produksi telur, kelebihan dosis akan dikeluarkan dari tubuh melalui feses.


Saturday, November 20, 2010

Projek Peluru Biru 2011

Susah juga nak dapat ayam cantik nie. Kena byk mencuba dan perbaiki mana yang kurang. Tahun depan CJ akan nak cuba upgrade generasi Peluru Biru yang setakat ini masih ada sedikit kelemahan. Ciri2 menarik pada generasi Peluru Biru yg CJ kenal pasti ialah;

a. Leher S

b. Dada besar

c. Cepat galak

d. Balung halus

Cuma sedikit kelemahan yg perlu di upgrade sepenuhnya iaitu bahagian kaki. CJ dapati kaki generasi PB nie kurang halus dan perlu sedikit tinggi.



Adik jantan PB terkini yang dikenali PELURU HITAM.



Kelihatan seperti betina kerana kepalanya yg kecil dan balung yg halus.



Cuttingnya boleh tahan dengan ketinggian sederhana.




PB terkini masih anak b.
Leher dan kepala masih belum tumbuh bulu sepenuhnya.
Masih belum 'berdiri'.
Belum berkokok.


PB punya dada lain macam ja CJ tengok. Dia punya cutting selagi belum 'berdiri' mmg nampak hodoh. Sekali sekala kalau dia terkejut nampak kucing mmg terus lonjak ;)

Apapun, masih banyak perkara perlu diperbaiki. Cuba... cuba..... dan cuba.....

Thursday, November 18, 2010

Fantail pegeon mirip ayam serama

Wahhh... selaman seiras serama.





Inilah hasilnya apabila genetiknya stabil, semua keluar sama. Jika serama keluar semua macam nie memang pening la kepala pengadil :)

Tuesday, November 9, 2010

Peluru Plastik kini pembaka


Berbisa skit leher PELURU PLASTIK nie. Pakej serba lengkap untuk ke meja tanding tetapi CJ set PP sebagai pembaka. 

Monday, November 8, 2010

Tips : Awas klorin

TAHUKAH ANDA BAHAWA KLORIN PADA AIR PAIP MAMPU MENURUN DAN MEROSAKKAN ANTIBIOTIK ATAU VITAMIN??

Jadi, jika ayam anda minum minuman bercampur antibiotik atau vitamin pastikan air tersebut tiada kandungan klorin. Jika tidak sia-sia usaha murni anda.....


Sunday, November 7, 2010

Tips : Penyakit CRD

Unggas dan CRD memang tidak dapat dipisahkan. Selagi anda memelihara unggas maka kebarangkalian untuk unggas anda menghidapi CRD adalah tinggi jika kebersihan reban tidak di hiraukan. CRD tidak mengenal usia....

Apakah CRD?

CRD @ Chronic Respiratory Disease @ Penyakit Pernafasan Kronik
CRD ialah penyakit yang berpunca daripada pengudaraan yang tercemar dalam reban terutamanya reban yang pengudaraannya kurang efisyen mengakibatkan kandungan gas ammonia tinggi dan mengurang oksigen.

Teorinya mudah;

Kes 1 : Reban yang kotor akan meningkatkan pengeluaran gas ammonia. Gas ammonia terhasil daripada tindak balas kelembapan berpunca dari air minuman yang tumpah serta najis ayam. Semakin tinggi gas ammonia maka semakin kurang oksigen dalam reban.

Kes 2 : Reban yang suhunya terlalu tinggi samada penggunaan mentol yang tenaga watt nya tinggi atau sinaran matahari yang terlampau akan menyebabkan ayam akan kepanasan serta meningkatkan nafsu minum dan menurunkan nafsu makan. Kesannya, ayam akan mengeluarkan najis yang cair. Najis cair ini akan bertindakbalas untuk menghasilkan gas ammonia.

Kelembapan inilah yang menyumbang kepada pembiakan bakteria seperti e-coli serta beberapa jenis virus yang akan menyebabkan terjadinya penyakit CRD.


Apakah tanda2 penyakit CRD?

Tanda2nya ialah;

a. Kemurungan dalam tempoh yang lama.
b. Pertumbuhan terbantut.
c. Bersin.
d. Batuk.
e. Nafas berbuyi macam kena asma@lelah@ampus

Apabila ayam telah terkena CRD maka ia ibarat lubuk emas kepada penyakit2 lain. CRD akan melemahkan imunisasi ayam terhadap penyakit. Pada tahap ini CRD akan bertukar kepada CRD KOMPLEKS. Maka bermulalah episod bermacam2 penyakit yang akan menyusul yang akan menyumbang kepada KEMATIAN!!!

Simptom CRD pada anak ayam biasanya akan mula kelihatan semasa umur 3 minggu jika antibiotik serta vaksinasi tidak diberikan dengan baik.


Adakah CRD boleh diubati?

Boleh!!! jika pada tahap awal jangkitan iaitu tahap CRD. Pelbagai ubatan ada di pasaran. Pada tahap CRD KOMPLEKS juga ada ubatannya tetapi peratusan untuk pulih adalah rendah.


Apapun pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Antara langkah pencegahan ialah;

a. Mengurangkan tahap debu dalam reban.
b. Suhu reban yang sesuai.
c. Kepadatan ayam yg sesuai dengan reban.
d. Lantai mestilah sentiasa kering.
e. Pengudaraan atau ventilasi yang baik.
f. Pemberian multivitamin untuk tingkatkan imunisasi.
g. Sistem all-in & all-out sangat sesuai diguna pakai.

**** all-in = Masuk semua anak ayam dalam satu reban.
all-out =Keluarkan (jual@asing sekor2 dalam reban lain) semua anak2 ayam.
Bersihkan reban dan biarkan selama 2 minggu sebelum digunakan semula.

Sekian sahaja sedikit catatan CJ mengenai CRD untuk dikongsi dengan kawan2. Sebarang pertanyaan boleh berbincang di ruangan chatting box. Lain2 penyakit akan CJ bincangkan pada posting akan datang. Musim tengkujuh ini CJ lebih tumpu kepada topik penyakit sebab cuaca yang tidak menentu boleh menyumbang kepada pelbagai kemungkinan.

Kepada breeder2 sila ambil langkah berjaga2. Penyakit bukan sahaja kelalaian anda menguruskan reban tetapi mungkin juga berpunca daripada pengunjung yang datang membawa virus tanpa disedari. Amalkan cuci tangan dengan antiseptik sebelum n selepas pegang ayam.

Mohon sebarang cadangan dan teguran daripada anda sekiranya fakta nukilan CJ nie tidak tepat kerana pengetahuan dan ilmu CJ yang cetek.

Regards, CJ ;)

Thursday, November 4, 2010

Peluru Biru besar sudah bahh...

Ini ialah imej Peluru Biru bertarikh 03/10/2010.


Ini gambar terkini 03/11/2010. Peluru Biru kini dalam proses penggemukan kerana dari pengalaman CJ anak yang gemuk nie susah skit casis nak lari. Sekali tengok macam burung ering dengan leher yang panjang serta masih bulu anak di kepala. Inilah eksperimen CJ yang pertama menggunakan Peluru Sakan + Induk Keruwak. Muka dah merah tetapi belum galak sepenuhnya.


Thursday, October 28, 2010

Peluru XXX special edition 2010

Susah nak dapat warna n paten body lentik begini. Akhirnya berjaya juga cipta formulanya dan akan bermula episod kelahiran peluru-peluru rintik di reban CJ ;)




*** sudah di booking semua adik beradiknya ;)