Saturday, November 20, 2010

Projek Peluru Biru 2011

Susah juga nak dapat ayam cantik nie. Kena byk mencuba dan perbaiki mana yang kurang. Tahun depan CJ akan nak cuba upgrade generasi Peluru Biru yang setakat ini masih ada sedikit kelemahan. Ciri2 menarik pada generasi Peluru Biru yg CJ kenal pasti ialah;

a. Leher S

b. Dada besar

c. Cepat galak

d. Balung halus

Cuma sedikit kelemahan yg perlu di upgrade sepenuhnya iaitu bahagian kaki. CJ dapati kaki generasi PB nie kurang halus dan perlu sedikit tinggi.



Adik jantan PB terkini yang dikenali PELURU HITAM.



Kelihatan seperti betina kerana kepalanya yg kecil dan balung yg halus.



Cuttingnya boleh tahan dengan ketinggian sederhana.




PB terkini masih anak b.
Leher dan kepala masih belum tumbuh bulu sepenuhnya.
Masih belum 'berdiri'.
Belum berkokok.


PB punya dada lain macam ja CJ tengok. Dia punya cutting selagi belum 'berdiri' mmg nampak hodoh. Sekali sekala kalau dia terkejut nampak kucing mmg terus lonjak ;)

Apapun, masih banyak perkara perlu diperbaiki. Cuba... cuba..... dan cuba.....

Thursday, November 18, 2010

Fantail pegeon mirip ayam serama

Wahhh... selaman seiras serama.





Inilah hasilnya apabila genetiknya stabil, semua keluar sama. Jika serama keluar semua macam nie memang pening la kepala pengadil :)

Tuesday, November 9, 2010

Peluru Plastik kini pembaka


Berbisa skit leher PELURU PLASTIK nie. Pakej serba lengkap untuk ke meja tanding tetapi CJ set PP sebagai pembaka. 

Monday, November 8, 2010

Tips : Awas klorin

TAHUKAH ANDA BAHAWA KLORIN PADA AIR PAIP MAMPU MENURUN DAN MEROSAKKAN ANTIBIOTIK ATAU VITAMIN??

Jadi, jika ayam anda minum minuman bercampur antibiotik atau vitamin pastikan air tersebut tiada kandungan klorin. Jika tidak sia-sia usaha murni anda.....


Sunday, November 7, 2010

Tips : Penyakit CRD

Unggas dan CRD memang tidak dapat dipisahkan. Selagi anda memelihara unggas maka kebarangkalian untuk unggas anda menghidapi CRD adalah tinggi jika kebersihan reban tidak di hiraukan. CRD tidak mengenal usia....

Apakah CRD?

CRD @ Chronic Respiratory Disease @ Penyakit Pernafasan Kronik
CRD ialah penyakit yang berpunca daripada pengudaraan yang tercemar dalam reban terutamanya reban yang pengudaraannya kurang efisyen mengakibatkan kandungan gas ammonia tinggi dan mengurang oksigen.

Teorinya mudah;

Kes 1 : Reban yang kotor akan meningkatkan pengeluaran gas ammonia. Gas ammonia terhasil daripada tindak balas kelembapan berpunca dari air minuman yang tumpah serta najis ayam. Semakin tinggi gas ammonia maka semakin kurang oksigen dalam reban.

Kes 2 : Reban yang suhunya terlalu tinggi samada penggunaan mentol yang tenaga watt nya tinggi atau sinaran matahari yang terlampau akan menyebabkan ayam akan kepanasan serta meningkatkan nafsu minum dan menurunkan nafsu makan. Kesannya, ayam akan mengeluarkan najis yang cair. Najis cair ini akan bertindakbalas untuk menghasilkan gas ammonia.

Kelembapan inilah yang menyumbang kepada pembiakan bakteria seperti e-coli serta beberapa jenis virus yang akan menyebabkan terjadinya penyakit CRD.


Apakah tanda2 penyakit CRD?

Tanda2nya ialah;

a. Kemurungan dalam tempoh yang lama.
b. Pertumbuhan terbantut.
c. Bersin.
d. Batuk.
e. Nafas berbuyi macam kena asma@lelah@ampus

Apabila ayam telah terkena CRD maka ia ibarat lubuk emas kepada penyakit2 lain. CRD akan melemahkan imunisasi ayam terhadap penyakit. Pada tahap ini CRD akan bertukar kepada CRD KOMPLEKS. Maka bermulalah episod bermacam2 penyakit yang akan menyusul yang akan menyumbang kepada KEMATIAN!!!

Simptom CRD pada anak ayam biasanya akan mula kelihatan semasa umur 3 minggu jika antibiotik serta vaksinasi tidak diberikan dengan baik.


Adakah CRD boleh diubati?

Boleh!!! jika pada tahap awal jangkitan iaitu tahap CRD. Pelbagai ubatan ada di pasaran. Pada tahap CRD KOMPLEKS juga ada ubatannya tetapi peratusan untuk pulih adalah rendah.


Apapun pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Antara langkah pencegahan ialah;

a. Mengurangkan tahap debu dalam reban.
b. Suhu reban yang sesuai.
c. Kepadatan ayam yg sesuai dengan reban.
d. Lantai mestilah sentiasa kering.
e. Pengudaraan atau ventilasi yang baik.
f. Pemberian multivitamin untuk tingkatkan imunisasi.
g. Sistem all-in & all-out sangat sesuai diguna pakai.

**** all-in = Masuk semua anak ayam dalam satu reban.
all-out =Keluarkan (jual@asing sekor2 dalam reban lain) semua anak2 ayam.
Bersihkan reban dan biarkan selama 2 minggu sebelum digunakan semula.

Sekian sahaja sedikit catatan CJ mengenai CRD untuk dikongsi dengan kawan2. Sebarang pertanyaan boleh berbincang di ruangan chatting box. Lain2 penyakit akan CJ bincangkan pada posting akan datang. Musim tengkujuh ini CJ lebih tumpu kepada topik penyakit sebab cuaca yang tidak menentu boleh menyumbang kepada pelbagai kemungkinan.

Kepada breeder2 sila ambil langkah berjaga2. Penyakit bukan sahaja kelalaian anda menguruskan reban tetapi mungkin juga berpunca daripada pengunjung yang datang membawa virus tanpa disedari. Amalkan cuci tangan dengan antiseptik sebelum n selepas pegang ayam.

Mohon sebarang cadangan dan teguran daripada anda sekiranya fakta nukilan CJ nie tidak tepat kerana pengetahuan dan ilmu CJ yang cetek.

Regards, CJ ;)

Thursday, November 4, 2010

Peluru Biru besar sudah bahh...

Ini ialah imej Peluru Biru bertarikh 03/10/2010.


Ini gambar terkini 03/11/2010. Peluru Biru kini dalam proses penggemukan kerana dari pengalaman CJ anak yang gemuk nie susah skit casis nak lari. Sekali tengok macam burung ering dengan leher yang panjang serta masih bulu anak di kepala. Inilah eksperimen CJ yang pertama menggunakan Peluru Sakan + Induk Keruwak. Muka dah merah tetapi belum galak sepenuhnya.


Thursday, October 28, 2010

Peluru XXX special edition 2010

Susah nak dapat warna n paten body lentik begini. Akhirnya berjaya juga cipta formulanya dan akan bermula episod kelahiran peluru-peluru rintik di reban CJ ;)




*** sudah di booking semua adik beradiknya ;)

Wednesday, October 27, 2010

Peluru Tembaga kini muncul.... SOLD OUT RM200 Pair

Bapak Limbat Merah

+

Induk Uban Putih Gegar



Masih belum berkokok dan galak lagi.



Aksesori terutamanya balung yang halus dan cantik. Muka mcm betina seiras Peluru Penguin cuma PP balungnya bilah lebih banyak. Muka betina mcm nie memang lambat galak tetapi kalau dia mula 'berdiri' n lonjak dada mmg cun habis ;)


SOLD OUT
MAZLAN TAWAU
RM200 1PASANG!!!

Monday, October 25, 2010

Peluru Jalak : Kijang + Keruwak

Serama muda warna jalak ini belum pernah keluar dalam blog CJ sebelum ini sebab kurang berbisa sedikit. Tetapi dalam minggu ini tiba2 datang pula perangai dia dengan pelbagai aksi dan gaya yang sedap mata memandang. Ekornya dalam proses meluruh.

PELURU JALAK nama diberi. PJ ini adalah asalnya dari reban Cikgu Mail Papar dan telah beberapa kali bertukar tangan dan akhirnya berada di reban CJ sejak umur remaja lagi. Bapaknya adalah baka kijang mas kuning dari Dee poli dan ibunya baka keruwak. Warnanya adalah mengikut baka keruwak tetapi memiliki tubuh seperti baka kijang. Memang ngam sungguh induk keruwak nie boleh masuk dgn pelbagai baka....



Sekarang suka tolak sayap namun gayanya masih belum kunci sepenuhnya dan masih liar di meja. Potensinya sudah nampak dan dijangka siap ekornya mungkin akan parking dgn cantik.


Ini posisi yang menunjukkan peratusan besar boleh selam tetapi masih terlalu awal untuk dinilai.


Sunday, October 24, 2010

Tips : Balung oh Balung.....


(klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas)

Balung serama betina ini amat unik dan telah sinonim dengan CJ. Ia juga menjadi avatar atau ikon kepada blog seramasabah. Sejak kemunculannya pelbagai pihak telah datang untuk melihat keunikannya serta tidak kurang juga yang 'offer' untuk memilikinya termasuk individu dari luar negara. Kalau difikirkan $$$ memang rasa mcm nak jual je tapi naluri hati CJ macam berat je nak lepaskannya. Kini, serama itu CJ sembunyikan jauh dari rumah CJ dan disimpan oleh seorang kenalan. Ada hikmah di sebalik setiap kejadiannya...

Balung kalimah ini CJ sedari kewujudannya pada tahun 2009. Pada suatu tengah malam tergerak hati nak kebelakang rumah untuk ke reban tengok serama betina ini. Biasanya x pernah plak tengah2 malam pegang ayam. Setelah di belek-belek tiba2 terpandang sesuatu yang unik pada susunan balungnya. Subhanallah...... Ada kalimah ALLAH pada balungnya. Meremang bulu rome CJ pada waktu itu :)

Setelah setahun berlalu baru sekarang CJ terfikir....

Mengapa balung kalimah tu di anugerahkan kepada CJ?

Mengapa pada ayam serama dan tidak pada ayam jenis lain seperti ayam kampung?

Mengapa sekarang dan tidak 10 tahun dahulu?

Mengapa di Sabah dan tidak di semenanjung?


Jawapannya ;

Mengapa balung kalimah tu di anugerahkan kepada CJ?

Tidak dinafikan lagi blog seramasabah ini adalah diantara blog yang aktif dengan sekitar 100 pengunjung setiap hari. Blog ini juga sering dijadikan panduan kepada peminat serama yang baru untuk mengetahui tips asas untuk memelihara serama. Oleh itu blog ini boleh dikatakan saluran paling mudah untuk menyebarkan maklumat dan mudah di akses.


Mengapa pada ayam serama dan tidak pada ayam jenis lain seperti ayam kampung?

Peminat serama kini kian fanatik untuk mendapatkan serama yang sempurna kecantikan dan gayanya. Bermacam2 kaedah boleh dilakukan untuk upgrade serama menjadi cantik termasuklah operate balung. Boleh dikatakan ayam serama adalah spesis ayam yang paling kerap dilakukan modifikasi pada balung berbanding spesis ayam yang lain.


Mengapa sekarang dan tidak 10 tahun dahulu?

Kepakaran pakar modifikasi ayam kini semakin 'maju'. Jika dahulu setakat tambah bilah balung sahaja tetapi kini boleh 'cut and paste' iaitu boleh buang semua dan digantikan dengan balung baru yang diambil dari ayam yang lain. Cakap ja nak bentuk macam mana pasti boleh di adjust.


Mengapa di Sabah dan tidak di semenanjung?

Soalan ini yang CJ masih mencari jawapannya.......


Persoalan pokoknya ialah ;

APAKAH PANDANGAN ISLAM TERHADAP MODIFIKASI BALUNG AYAM SERAMA UNTUK TUJUAN KECANTIKAN?


Bagi menjawab persoalan ini CJ telah bertanya kepada beberapa orang ustaz yang mahir ilmu fiqah. Kesemuanya memberi jawapan yang tegas iaitu HARAM!!!

Modifikasi untuk tujuan kecantikan dengan mengubah sifat asalnya HARAM contohnya;

1. Ubahsuai balung yang asalnya tiada kecacatan supaya lebih cantik.


Modifikasi kerana faktor kesihatan adalah HARUS dan ada keadaan menjadi WAJIB contohnya;

1. Jahit ekor yang senget bagi tegak supaya mengelakkan lari casis.

2. Potong taji yang sangat panjang supaya senang jantan panjat betina.

3. Ubahsuai balung yang terlalu besar hingga menyukarkan ayam itu untuk bergerak dan melakukan aktiviti lain termasuklah balung yang cacat serta ada ketumbuhan yang perlu dibuang.


Justeru itu CJ ingin menyeru kepada semua supaya hentikan dengan segera perkara2 yang bercanggah dengan hukum Islam atau dengan kata lain buang terus niat nak operate balung serama. Fikirkan kesan daripada tindakan anda itu. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menasihati kawan2 yang lain supaya mereka tidak terus lalai dengan nafsu mendapat ayam yang cantik tanpa memikirkan dosa dan pahala. Selamat beramal.....

*** Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ilmu fiqah berkaitan dengan pengubahsuaian seperti rebonding rambut dan memakai pendakap gigi sila rujuk di laman web dibawah dimana huraian hadisnya hampir sama dengan modifikasi balung serama.

http://www.bicaramuslim.com