

|
skip to main |
skip to sidebar
Monday, March 28, 2011Rintik n Rinting
Tidak tahu mana yang betul samada RINTIK atau RINTING. Serama ini adalah anak kepada Peluru Sami Merah dengan induk kijang. Di mata CJ memang cutting cantik dengan kepala kecil serta leher spring. Warnanya juga agak unik.
![]() ![]() Leher panjang yang amat berpotensi untuk lebih selam. Ekor kena tarik skit baru ngam. Video Tuesday, March 22, 2011Friday, March 18, 2011PELURU JOGHO 2011PELURU JOGHO 2011 PJ11 merupakan pembaka dari darah besi buruk yang terkenal dengan trade mark warna jalak dan kaki biru. PJ11 adalah berasal daripada reban sahabat CJ iaitu Mel Piero. Ia adalah anak kepada Sarajunatapa. Menurut Mel PJ11 telah di upgrade menggunakan induk uban supaya kakinya lebih tinggi.Besi Buruk + Tok Uban PJ11 memenuhi ciri2 pembaka yang baik iaitu ; 1. Tubuh epal slim 2. Balung kemas 3. Ekor 45 darjah 4. Leher panjang 5. Kepala kecil 6. Perangai jahat di meja 7. Asal keturunan juara ![]() Wednesday, March 16, 2011Wednesday, February 23, 2011Peluru terbaik 2010Anugerah peluru terbaik 2010 ayam reban CJ di anugerahkan kepada ibu kapan berkaki biru ini. Semua anaknya tetap keluar paten ayam kapan walaupun CJ menggunakan jantan terbaik. Tetapi ibu ini memiliki naluri ibu yang sangat hebat dan pakar menjaga anak. Kira dia nie umpama guru nurseri jaga budak2 :) Rekod terbanyak yg pernah CJ masukkan anak yang menetas dari inkubator ialah 23ekor. Bayangkanlah bagaimana ibu ini boleh menjaga 23ekr ank dengan sihat. Masuk je anak umur berapa pun dia tetap akan jaga. Byk serama hebat CJ adalah di bawah penjagaan ibu ini. Istirehat di bawah lampu Ruang reban yang luas dan selesa Suap anak makan :) Ini induk champion CJ yang turut pandai jaga anak. Tetap anggun n bergaya.
Sunday, February 20, 2011Pertandingan : 06/03/11 PaparPERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA 2011 PERINGKAT NEGERI SABAH Tarikh : 06 / 03 / 11 (Ahad) Masa : 8.00 pagi Lokasi : Tamu Papar Kategori : Ayam A
Remaja - Ayam A Rm 30 Tuesday, February 15, 2011Peluru Emas Pembaka UnikIni ialah jantan pembaka di reban CJ yang bernama Peluru Emas dari baka limbat. Cutting dia cukup lentik dan segalanya original. Cuma balungnya agak besar tidak sesuai dengan kepalanya yang kecil. Kalau tidak disebabkan balung memang dari awal lagi CJ set up utk bawa game. Dah memang takdir dia hanya jadi pembaka full time :) Ini anak dia warna kuning bersih umpama emas. Balung kecil je. Ayam saiz mini berat 230g ![]() Ini pun anak dia paten ikut bapak. Balung ori cantik tersusun. Juga ayam saiz mini berat 250g. ![]() Ekor kena tarik skit baru boleh turun leher. ![]() ![]() Bapak balung besar tidak semestinya akan diwarisi oleh anak2nya. Kena pandai cari induk balung halus. Guna induk balung besar pun kadang2 keluar juga anak balung kecil. Saiz bapak pembaka juga begitu. Bagaimana bapak B boleh hasilkan anak saiz AA dibawah 250g. Apapun bergantung kepada rezeki juga. *** kedua2 anak Peluru Emas kini milik Saudara Razak Papar.
Wednesday, February 9, 2011Tips : Cacing oh cacing ......Cacing merupakan endoparasit yang selalu menyerang pets. Endoparasit boleh di difinisikan sebagai parasit yang menyerang anggota dalaman. Lawan kepada endoparasit ialah eksoparasit yang menyerang bahagian luaran contohnya kutu dan hama. Serangan endoparasit seperti cacing umpama silent killer yang menyerang secara senyap tanpa disedari oleh kita. Ayam penelur lebih berisiko tinggi berbanding ayam daging!! kenapa?? Sebabnya ayam daging biasanya jangkamasa pelihara adalah singkat sekitar 35 hari sahaja. Ayam penelur pula lebih lama dipelihara sehingga produksi telurnya menurun. Bagaimana pula dengan ayam serama? serama dipelihara biasanya lebih lama dari ayam penelur. maka risiko serama diserang cacing adalah sangat tinggi. Ladang ayam yang sistematik dengan pembersihan dan pencegahan penyakit yang berjadual pun tidak dapat lari dari cacing. Inikan pula reban serama kita yang di belakang rumah. APAKAH TANDA-TANDA AYAM YANG KECACINGAN? 1. Kurus walaupun kuat makan 2. Nampak lesu 3. Kadang-kala berak berdarah, kehausan dan minum terus-menerus. 4. Produksi telur menurun atau terhenti. Tahukah anda bahawa sistem breeding ayam serama membuatkannya sangat berisiko tinggi untuk terkena serangan cacing??? Mengapa? Perumah utama cacing adalah didalam usus. Ia membiak dengan cepat didalam usus dan berkongsi makanan dengan perumahnya. Bilangan cacing yang banyak akan dikeluarkan melalui najis dalam bentuk cacing itu sendiri atau telur cacing. Najis yang mempunyai telur cacing kadang-kala dimakan oleh ayam lain, maka bermulalah kitaran satu persatu serama akan kecacingan. Sistem reban yang berlantai dengan najis yang terkumpul umpama syurga bagi cacing untuk membiak. Dari mata kasar tiada cacing yang kelihatan tapi sebenarnya penuh dengan telur2nya bersedia untuk masuk ke perumahnya yang baru. Selain daripada najis, vektor pembawa cacing ialah lalat, kumbang, siput dan lain2 serangga termasuk semut!! Cacing tanah juga adalah vektor yang sangat berisiko. Ayam yang dikurung 24 jam dalam reban pun ada risiko jika vektor2 ini ada di sekeliling reban anda. Pencegahan cacing 1. Tanam ayam yang mati melebihi 20meter dari reban dengan kedalaman 1.5meter. Wahhh... dalamnya bro... nak senang CJ biasanya masuk dlm plastik, ikat dan buang dalam tong sampah. 2. Minimunkan vektor pembawa cacing dengan mengamalkan kebersihan reban yang optimum. 3. Pastikan pengudaraan adalah baik bagi reban yang lantai tertutup supaya najis cepat kering. Najis yg lembab akan menyebabkan cacing mudah membiak. 4. Taburkan kapur atau abu di bawah reban supaya kadar resapan tanah menjadi lebih baik. Ini adalah bagi reban alas dawai BRC. CJ sendiri pun skarang nie tgh upgrade reban lantai plywood kepada lantai dawai BRC. Eksperimen reban breeding guna lantai dawai menunjukkan keputusan yang sangat baik. Posting berikutnya akan CJ ceritakan lebih lanjut. Ramai rakan2 serama bertanyakan CJ mengenai ayamnya yang sakit. Soalan pertama CJ ialah "dah bagi ubat cacing ka?". Ingat!!! apabila organ dalaman rosak disebabkan cacing maka mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Jadi, beringat sebelum kena. Sediakan payung sebelum hujan :) *** Kalau x ada ubat cacing sila hubungi CJ. Setakat ini ubat cacing MEDION TRIWORM merupakan ubat paling laris dan byk permintaan. Monday, February 7, 2011Friday, February 4, 2011Pertandingan : 5 FEB 2010 PAPARPERTANDINGAN KECANTIKAN DAN KESENIAN AYAM SERAMA 2011 PAPAR, SABAH. EDISI KHAS Tempat : Rumah Cikgu Putera, Kg. Beringis Papar Masa : 2 Petang Kategori : Anak A, Anak B dan Anak C ( Jantan @ Betina ) Yuran : RM5.00 seekor Pertandingan edisi khas ini buat julung kalinya diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada geng serama Sabah untuk lepas gian sementara menunggu pertandingan sebenar pada 6 Mac 2011. Setiap kategori layak disertai oleh jantan atau betina. Setiap peserta juga diwajibkan membawa bersama 1 HAMPER sebagai tanda sokongan dan memeriahkan lagi suasana pertandingan. Hamper tersebut akan dijadikan hadiah iringan di samping wang tunai. Hadiah wang tunai bergantung kepada penyertaan. ANAK B ANAK B
Subscribe to:
Comments (Atom)
Serama Anugerah AllahBalung kalimah Allah. Subhanallah...... CJ's Profile
Jaisya Hj Mokhtar
Cikgu Jai (CJ)017-8199123 Kinarut, Papar Sabah. jaguhserama@yahoo.com Maybank 1101 8905 5329
About Me
Selamat datang ke serama sabah gedung informasi serama terkini. Segalanya tentang serama ada di sini.
FollowersMudah.comJUALAN TERKINIPets yang ada stok : - STOK AKAN SAMPAI - HARGA SERAMATop 3 pertandingan RM500 +++ Harga jantan dan betina sama Harga 1 ekor untuk buat baka: Anak 1-2 bulan RM80 Anak 2-4 bulan RM100 Remaja RM150 Muda RM150++ ** Cutting utk pembaka dijamin boleh breeding. Harga 1 ekor untuk pertandingan: Anak 1-4 bulan RM150++ Remaja RM200++ Muda RM350++ *** Ayam dijamin bergaya. Tiada jaminan boleh breeding. Penghantaran boleh diuruskan bergantung kepada lokasi penerima. Penghantaran menggunakan bas ekspress RM25 pada hari Sabtu@Ahad sahaja. Search This BlogChatting BoxBlog Pilihan
My Blog List
Feedjit |