Tuesday, December 8, 2009

Foto Tanding Tebengau Kedah 5.12.09

Inilah pertandingan terbaik setakat ini........
- Aiman Bachok

Salam buat kawan2...

Terlebih dahulu CJ mengucapkan tahniah di atas kejayaan tuan rumah menganjurkan pertandingan yang pada pandangan peribadi CJ memang layak menerima pujian. Prasarana serta kemudahan yang selesa membuatkan pengunjung lebih santai sehinggakan tanpa CJ sedari lensa kamera CJ hanya banyak mengambil gambar suasana pertandingan berbanding gambar ayam :)

Beberapa foto di bawah CJ ambil untuk tatapan anda. Terima kasih buat Aiman SU, Dee poli, Adham, Shah NAZA serta ramai lagi kawan2 yang memperkenalkan CJ dengan geng serama. Sempat juga CJ berbual panjang dengan Aiman Bachok berkongsi cerita mengenai penjagaan serama. Ramai juga rakan bloggers yang datang.

Ternyata memang hebat2 serama yang menyertai pertandingan tersebut. CJ banyak menghabiskan masa di tempat jualan ayam untuk melihat mana2 yang berkenan bagi dibawa pulang untuk tujuan breeding. Tapi hajat tidak kesampaian kerana asal-usul ayam2 yang dijual begitu kabur dan genetik tidak begitu jelas. CJ memegang prinsip pemilihan ayam untuk breeding mestilah dari susur galur yang jelas. Kalau ada rezeki mungkin CJ akan jumpa mana yang berkenan masa pertandingan di KL akan datang.

Pada hari pertandingan tersebut CJ terpaksa pulang awal atas urusan yang lebih penting. Maka tidak sempat mengetahui keputusan penuh. Semoga rakan2 blogger lain dapat update keputusan penuh.

Semoga berjumpa lagi pertandingan di KL. Jangan lupa bawa ayam untuk dijual kepada peminat baru seperti CJ nie. Jual murah2 la skit bro.... :)


Pengadil memeriksa ayam dengan penuh teliti


Bas yang mengharungi banjir dari Kelantan selamat sampai ke Kedah


Khemah urusetia dan hadiah


Markah akan di pamirkan sejurus setiap kategori habis dinilai


Pemandangan tempat jamuan


Tuan rumah selaku tuan punya restoran berbaju merah sambil menghisap paip


Barisan sangkar serama dengan penyertaan hampir 400 ekor


Pengadil dari PERKAS


Nombor cabutan bertuah dimasukkan ke dalam bola plastik

Monday, December 7, 2009

Semut Hitam Kini Remaja

Dua bulan lepas semut hitam (SH) mendapat tempat ketiga kategori anak semasa pertandingan di kota belud. Semasa pertandingan tersebut abangnya Si Tanggang menjadi juara. SH bakal bertemu sekali lagi dengan abangnya pada 12/12/09 dalam kategori remaja. Kedua-duanya memiliki kelebihan yang tersendiri dan bentuk tubuh yang sedikit berbeza. SH memiliki aksesori yang tip top dengan balung yang A+ sesuai dengan kepalanya yang kecil. Kini, SH adalah milik sahabat CJ iaitu Cgu Waneja Tuaran. Syabas bro pandai ko training SH :)

Sunday, November 29, 2009

Video Remaja Ara

Video remaja ara yang dalam sessi latihan. Masih belum pernah masuk tanding di Sabah. Nantikan kemunculannya pada 12/12/09 di Beaufort nanti.

Friday, November 13, 2009

Remaja Ara







.
.
.
.
.
Remaja ara ini dalam proses pembentukan gaya dan parking. Gambar di bawah jelas kelihatan kakinya yang tidak begitu lurus dan susuk tubuh seperti paten apple. Kaki merupakan anggota yang sangat penting di dalam pembentukan gaya dan penampilan serama. Kaki yang kuat akan membuatkan serama dapat perform secara maksimum. Oleh itu CJ kini memberi tumpuan sepenuhnya menggunakan pelbagai kaedah supaya remaja ara ini dapat berdiri tegak dengan konsisten.


Kedudukan kakinya yang agak bengkok membuatkan penampilan remaja ini agak kurang bergaya

Sunday, November 8, 2009

Pembaka muda gegar

Berdasarkan kajian mengenai paten serama kegemaran ramai yang telah CJ buat melalui soal selidik di blog ini didapati bahawa ramai kawan2 yang meminati serama gegar@kocok@ketar. Justeru itu, CJ telah upgrade serama yang sedia ada dengan beberapa ekor pembaka muda gegar dari baka tok uban + raja gegar.














Jantan pembaka muda ini adalah dari baka tok uban + raja gegar. Ia memiliki aksesori yang tip top dengan balung yang original. Lawinya lurus menujah langit serta memiliki leher yang panjang membuatkannya kelihatan macho. CJ memberikannya nama DATUK K :)

















Ini adalah pasangan Datuk K. Induk muda yang lentik ini CJ namakan sebagai CT NHALIZA :) CT memiliki cutting serama terkini dengan kaki yang panjang serta lehernya yang jinjang dan ditambahkan lagi dengan gegar. Induk ini adalah dari darah jantan Kuda Laut Cikgu Zaki.



Induk raja gegar ini memiliki dada yang besar dan sering lonjak dada apabila berdiri. Ciri yang CJ suka pada induk ini ialah bulunya yang kelihatan rinting terutama pada bahagian kepala dan beberapa bahagian yang lain. Inilah satu2nya induk dari baka raja gegar CJ yang kakinya kelihatan kuning.


Jantan muda kubing ini juga bakal dijadikan pembaka. Ia memiliki saiz yang kecil serta aksesori yang tidak kurang hebatnya. Getarannya akan kelihatan apabila ia tarik sepenuhnya dan buat masa ini hanya sekali sekala ia bergetar.

Tuesday, October 27, 2009

Sekilas Tanding Di Kota Belud 24/10/09



Banner pertandingan


Photobucket


Urusetia dan orang kuat di sebalik tabir

Photobucket
Upacara perasmian oleh Encik Marshid Hj. Mohd Salleh



Photobucket
Penaja - Tune group company



Photobucket
Penaja - Toyota



Photobucket
Penaja - Proton edar



Photobucket
Penaja hamper BOTB - Digi



Photobucket
Penaja - Celcom



Photobucket
Penonton setia pelbagai peringkat umur. Terdapat 2 khemah disediakan oleh penganjur.



Photobucket
Keluarga Saudara Jamil yang akan turut serta di setiap pertandingan. Dengar cerita banyak juga serama yang berjaya dijual oleh Saudara Jamil nie pada hari tersebut.



Photobucket
Barisan penonton setia. Macam tengok konsert plak :)



Photobucket
Para otai tuan punya serama.




Photobucket
Tidak sabar menunggu serama masing2 beraksi. Saudara Sangko ( baju kameja putih ) memikirkan bagaimana hendak mengekalkan rekod hatrik BOTB pada pertandingan tahun ini.



Photobucket
Hamper cabutan bertuah.



Photobucket
Barangan elektrik untuk cabutan bertuah. Lumayan juga tu silap2 boleh jatuh timpa pengadil :)



Photobucket
Jumlah penyertaan kira2 50 ekor ayam. Apa yang menarik ialah jumlah hadiah hampir menyamai jumlah ayam. Wahhhh... banyak betul sponser.



Photobucket
Ayam unik. Kaki berlainan warna!!!


Sila kunjungi seramakhusairi.blogspot.com untuk lihat lain2 gambar menarik.


CJ membawa 4 ekor serama dengan 3 kategori iaitu;


Bapak limbat - Kategori ABS ( Ke-4)


Si Sakan - Ketegori muda ( Juara ) ( BOTB )


Si Tanggang - Kategori anak ( Juara ) *** Tukar tuan - Hj. Zamri --RM150


Semut Hitam - Kategori anak ( Ke-3 ) ***Tukar tuan - Cikgu Erwan --RM111


Wahhhh... harga special diskaun CJ jual :)

Sunday, October 18, 2009

Diari Semut Hitam 18/10/09

CJ akan update perkembangan semut hitam sepanjang minggu ini sehingga tarikh pertandingan pada 24/10/09 Walaupun tiada harapan untuk menang kategori anak disebabkan aksesorinya yang kurang lengkap tetapi CJ mengharapkan semut hitam dapat menunjukkan aksi sepertimana bapaknya iaitu Juara ABS Tuaran bapak limbat.

Hari ini semut hitam semakin lonjak dada. Risau juga tengok anak kecil begini sudah sedia tarik takut lari casis nanti. Apa yang penting minggu depan kena bagi masuk kawan2 dia supaya kurang galak sedikit.

Saturday, October 17, 2009

Anak limbat terbaru ( semut hitam )


Ini adalah anak keluaran reban terbaru CJ. Warnanya pada penglihatan mata kasar CJ ialah manisan hangus gelap. Ia adalah adik kepada Si Tanggang dimana warnanya adalah seiras abangnya. Oleh kerana warnanya yang kehitaman semasa anak maka CJ memberi nama SEMUT HITAM (nak ambil berkat remaja semut merah BOTB Terengganu..hehe). Semut hitam kini walaupun masih setahun jagung tetapi sudah nampak gaya lonjak dadanya. Buat masa ini CJ masih belum melatihnya di atas karpet.

Aksi lonjak dada semut hitam di dalam reban

Semut hitam akan CJ bawa semasa pertandingan di Kota Belut 24/10/09 ini atas permintaan beberapa orang rakan. Tidak mustahil akan bertukar tuan di sana :)

Tuesday, October 13, 2009

Keratan akhbar tanding di Kelantan


Pertandingan di Kelantan pada minggu lepas 10/10/09 telah berjaya menarik minat pelbagai media termasuk TV3 dan Berita Harian. Di sini CJ sertakan link dari Berita Harian edisi timur untuk tatapan anda.


Monday, October 5, 2009

Koleksi Terbaru CJ (Oktober 2009)

Serama muda ini adalah koleksi peribadi terbaru CJ. Peminat serama Sabah mungkin sudah kenal akan tuan asalnya dan pernah melihat aksi ayam ini semasa pertandingan di Tuaran beberapa bulan yang lalu yang mana ia telah menjadi Juara Kategori Muda. Nama yang di beri oleh tuan asalnya ialah SI SAKAN. Kini, Si Sakan sedang dalam proses tumbuh bulu ekor yang baru. CJ amat suka dengan susunan balungnya yang tersisir rapi serta gaya lonjak dadanya yang menawan.

Aksi Si Sakan ketika beberapa hari sebelum menjuarai
kategori muda di Tuaran.

Si sakan


Aksi terkini semasa berjemur selepas dimandikan dengan bulu yang lebih
kemas serta dada yang lebih menonjol dan bulu yang lebih berkilat

Si sakan


Lihat video aksi Si Sakan......



Lihat lagi.....