Saturday, October 15, 2011

Punca telur lembik episod 2

Salam geng...

Telur lembik
Telur penyu
Talur licak ( Sabah )
Kerabang lembek ( Indon )


Masalah ini adalah diantara 'penyakit' yang kerap berlaku kepada breeder serama. Bila disebut ja telur lembik mula lah kita mencari kalsium yg dalam pelbagai bentuk dan punca di antaranya:

Pil/kapsul kalsium
Tulang sotong
Pasir laut
Serbuk kalsium


Namun, setelah diberi kalsium masalah ini masih belum dapat settle. Pening juga nak settle masalah nie bro. Nak kena bagi minum susu anlene kot? :) Berikut ialah punca masalah telur lembik yang dapat CJ berkongsi dengan anda. CJ dapat maklumat ini daripada artikel sebelum ini dalam bahasa Indonesia. Antara faktornya ialah :

1. Kekurangan kalsium atau vitamin D
40-60% punca masalah telur lembik adalah berpunca daripada kekurangan kalsium. Induk bertelur memerlukan 20kali ganda kalsium daripada aym biasa. Proses penyerapan kalsium adalah bergantung kepada kecukupan vitamin D. Vitamin D bertindak seperti vacuum untuk menyerap kalsium masuk ke dalam darah. Jika kurang vitamin D maka kuranglah proses penyerapan kalsium ke dalam darah. Sebab itulah pemberian kalsium tanpa vitamin D adalah tindakan yang sia-sia. Pastikan minuman ayam anda mengandungi vitamin D yang secukupnya. CJ belum jumpa pil/kapsul vitamin D utk ayam melainkan dalam bentuk cecair.

2. Suhu / cuaca panas

Pelik juga bila disebut cuaca panas pun boleh menyebabkan telur lembik. Pada saat suhu reban yg panas, ayam akan kelihatan tercungap2 sehingga mengeluarkan banyak gas karbon dioksida (CO2). Induk sebenarnya sangat memerlukan CO2 untuk membentuk kulit telur yang keras. Kulit telur secara teorinya adalah gabungan daripada beberapa unsur diantaranya:

Kalsium (Ca) + Karbon dioksida (CO2)

Cecara kimianya kulit telur ialah CaCO3. Jika nak tau lebih lanjut teori nie boleh hubungi AJI Taiping selaku guru sains CJ semasa sekolah dulu ;) CO2 yang keluar secara berlebihan akan menyebabkan proses pembentukan kulit telur akan terganggu.

3. Jangkitan penyakit
Induk yg berpenyakit juga boleh menjejaskan kualiti telur. Pastikan vaksin diberikan mengikut jadual.

4. Stress
Induk bertelur memerlukan ketenangan. Induk yang bertelur lembik biasanya agak gelisah semasa d dalam reban. Mungkin disebabkan dipukul oleh aym lain atau keadaan reban yang kurang sesuai. Stress menyebabkan pembentukan kulit telur menjadi tidak sempurna.

Masalah ini kena bagi settle cepat bro. Biasanya telur lembik nie adalah makanan kesukaan ayam. Jika ada telur ini d dlm reban mmg berebut la aym lain nak mematuk. Lebih padah lagi jika induk itu sendiri yang makan telurnya kerana inilah punca mengapa ada sesetengah induk yg suka mkn telurnya. Sudah terbiasa mkn telur lembik maka telur yg normal pun dia akan makan. Bab induk makan telur nie kemudian la CJ cerita. Apapun semoga anda dapat manfaatkn ilmu yg CJ berikan nie utk kegunaan sendiri dan disebarkan kepada rakan yg lain. Wassalam....



1 comment:

  1. akaun cimb tiada ka cj. d ranau ni tiada bank maybank. susah kalau mau buat urusan pembayaran kalau mau beli ubat2an ayam.

    ReplyDelete