Monday, June 14, 2010

Transformasi Si Sakan

Posting kali ini CJ ingin tunjukkan transformasi atau perubahan fizikal dari segi warna, bentuk tubuh dan aksesori lain Si sakan sebagai panduan kepada peminat baru. Antara persoalan yang seringkali kita tertanya;

Nak jadi warna apa la ayam aku nie???

Aikkk... dulu masa muda ada rintik tapi skarang hilang plak rintik dia???



Masa muda warna kehitaman dan sedikit rintik perang/coklat terutamanya pada dada. Terdapat juga ayam yang rintik putih di dada semasa seusia ini. Bulu kelihatan tidak berkilat dan kusam sedikit.

Terdapat ruang kosong diantara leher dan pinggangnya semasa tarik. Ruang kosong inilah yang sering di cari2 oleh peminat serama untuk mendapat serama paten selam. Petua otai2 menyatakan bahawa nak cari serama yang cantik tariknya carailah yang ADA PINGGANG. Si sakan adalah jenis tarik leher dan tiada patah@lekuk di belakangnya.



Kini, warna ara jelas kelihatan. Bulunya semakin berkilat dan hilang semua rinting perang@coklat pada dadanya. Balung "ada ong" 8 puncaknya tetap maintain bro..... :)



Semakin lonjak dada dan tolak sayap.


Ayam yang semakin selam akan kelihatan sedikit pendek berbanding semasa mudanya. Ruang kosong di pinggang akan 'diisi' sepenuhnya untuk selam.


Tips :

Untuk mendapatkan ayam selam yang cantik carilah yang 'ada pinggang' serta kaki yang panjang. Si sakan nie kaki kurang panjang skit....


Tolong CJ:

CJ nak minta tolong kawan2 sesiapa yang boleh tau Si sakan nie dari baka mana???

Ayam nie asalnya dari Non Bukit Pinang dan dibelinya dari Kelantan. Apabila CJ call non dia sendiri dah lupa salasilah ayam nie. Sesiapa yang biasa main serama ara mungkin tau dari baka apa ayam nie. Boleh beri pendapat anda pada ruangan Chatting box blog ini..... tq.

No comments:

Post a Comment