Monday, March 26, 2012

Waris Peluru Udin

Peluru Udin kini sudah boleh bersara dari arena pertandingan kerana anak sulungnya kini semakin mewarisi bakatnya. Kepada pengunjung yg belum mengenali Peluru Udin boleh rujuk gambar di atas blog CJ nie. Jtn kuning sebelah kiri dan kanan itu ialah Peluru Udin semasa muda.


Tersenyum simpul Cgu Sariman selaku coach yg melatihnya dari kecil.


Saiz A, aksesori cantik serta dada telah di upgrade semakin bulat berbanding bapaknya


Menghitung hari untuk selam


Adik sutera laut kini muncul....

Sunday, March 4, 2012

PELURU KELABU


BAKA KERUWAK SABAH

Bapak pembaka saiz kecil dari baka keruwak. Sesuai utk upgrade baka untuk ambil ciri2 bulu nipis, saiz A dada bulat paten epal slim. Pernah 2 kali juara anak dan 1 kali juara muda. Umur hampir 3 tahun.

Peluru Bonsai jr makin gegar


Peluru Bonsai jr terkini. Minggu lepas ada sahabat dari Brunei datang nak beli tapi x jadi. Bila tengok lehernya terketar2 lantas dia bertanya "sakit ka ini ayam cikgu" :)

Saturday, March 3, 2012

PELURU EMAS jr

LIMBAT + HUSIN

Anak kepada Peluru Emas. Baru nak mencecah umur muda. Dari baka Limbat + Husin. Setting untuk dijadikan pembaka kerana memenuhi ciri2 pembaka yang CJ cari antaranya ialah pinggang yang panjang serta tarik walaupun belakang lurus tanpa lekuk@patah (tarik leher).



Sunday, February 19, 2012

Video : Murai Batu Sabah King 1


Mari layan video burung murai batu sabah kepala putih. Saiz badan besar sedikit dari murai batu ekor panjang. Ekornya x berapa panjang tapi bunyinya pelbagai variasi dan kuat. Murai batu sabah senang dijinakkan dan boleh dibawa main di luar sangkar jika dipelihara dari anak.

Murai Batu Sabah king 2


Lawan luar sangkar

Murai batu serama sabah 3

Saturday, February 11, 2012

Transformasi baka keruwak


Gaya jalan robot + ketar teman sparring peluru bonsai jr.

Sebelum CJ mula main serama di Sabah sekitar tahun 2007 baka keruwak merupakan antara baka lawan meja yg sering champion di Sabah. Kategori induk terutamanya umpama sudah di booking oleh baka ini. Antara ciri baka keruwak ialah:

1. Balung halus
2. Saiz A
3. Kuat kibas sayap
4. Jalan angkat kaki tinggi (robot)
5. Mata bulat besar dan hitam.

Baka keruwak kini telah CJ upgrade dengan menambah 1 lagi ciri istimewa iaitu LEHER KETAR. Dengan memasukkan sedikit darah baka kijang maka lahir banyak keruwak yang ketar lehernya. Ada ibu keruwak yg melahirkan 80% anaknya ketar dengan memasukkan jantan kijang.

Dijangka 2012 akan muncul peluru sabah dari darah keruwak yg menyinar terutamanya kategori induk dan anak.


Friday, February 10, 2012

Peluru Bonsai Jr.


Anak kepada Peluru bonsai. Baru 1 minggu training atas karpet. Leher ketar baru nampak ketara 3 hari. Hari nie gegarannya semakin menjadi2 setelah seharian ditinggalkan dalam serkup berhampiran sangkar murai batu. Mungkin takut tengok murai tu terbang.

Tuesday, January 24, 2012

KUNING 2012

Tahun nie nak try buat aym kuning pula. Bapak pembaka warna kuning sudah ready cuma kekurangan induk kuning ja. So, terpaksa beli dari kawan2 dan ada juga induk kuning kaki hijau turut digunakan. Gambar di bawah ialah antara koleksi kuning yang sedap juga mata memandang. Aksesori cukup cantik hanya menunggu gayanya ja.

Ayam kuning CJ terbahagi kepada 2 baka iaitu :

1. Baka kijang ( ekor hitam, lawi hitam outline kuning, kaki kuning )






2. Baka Limbat ( ekor kekuningan, lawi emas, kaki kuning@hijau )