Saturday, July 7, 2012

Anak Peluru Emas ( Sold out to Brunei RM600 )



Sejak masih anak A telah diambil oleh sahabat CJ iaitu Ustaz Mujib untuk proses training. Kini telah kembali semula ke reban CJ. Abangnya juara muda game papar bulan lepas.


Sedang meluruh bersalin ekor muda. Ekor siap dah boleh bawa game. Saiz kecil berat  bawah 300g.


Thursday, June 28, 2012

Anak serama Sabah

Wednesday, May 23, 2012

Murai Batu : Si gemuk in action


Saje2 hilang boring main dengan Si gemuk. Dasyat juga murai batu borneo nie.

Tuesday, April 24, 2012

Video : Peluru Udin April 2012


Gaya serama veteren di reban CJ :)

Sunday, April 22, 2012

Peluru Sutera Laut April 2012


Peluru Sutera Laut dlm proses bersalin bulu ke-2. Gaya masih mantap, full time breeding. Rekod baru 1 kali ikut game, Juara ketegori A Papar 2011

Friday, April 20, 2012

Pertandingan April 2012

Info pertandingan sila rujuk link dibawah:
SILA KLIK


Terdapat 1 kategori baru diperkenalkan iaitu kategori Khas Gaya. Kategori ini semua aym boleh main lipat contohnya aym yg telah didaftarkan main A boleh daftar sekali lagi main kategori Khas Gaya. Dalam kategori ini markah 100% daripada GAYA sahaja. So, aym yg mempunyai gaya yg bervariasi berpotensi menang.


CJ tidak dapat join game kali ini sebab bawa pelajar ke Sandakan sempena b/sepak peringkat negeri. So, kepada geng yg x ada aym nak ikut game bleh pinjam peluru2 CJ. Ada beberapa ekor yg agak berbisa :) Game kali ini hampir 80% peluru CJ adalah warna kuning dari baka limbat dan kijang. Baka tok uban rehat dulu.

Monday, March 26, 2012

Waris Peluru Udin

Peluru Udin kini sudah boleh bersara dari arena pertandingan kerana anak sulungnya kini semakin mewarisi bakatnya. Kepada pengunjung yg belum mengenali Peluru Udin boleh rujuk gambar di atas blog CJ nie. Jtn kuning sebelah kiri dan kanan itu ialah Peluru Udin semasa muda.


Tersenyum simpul Cgu Sariman selaku coach yg melatihnya dari kecil.


Saiz A, aksesori cantik serta dada telah di upgrade semakin bulat berbanding bapaknya


Menghitung hari untuk selam


Adik sutera laut kini muncul....

Sunday, March 4, 2012

PELURU KELABU


BAKA KERUWAK SABAH

Bapak pembaka saiz kecil dari baka keruwak. Sesuai utk upgrade baka untuk ambil ciri2 bulu nipis, saiz A dada bulat paten epal slim. Pernah 2 kali juara anak dan 1 kali juara muda. Umur hampir 3 tahun.

Peluru Bonsai jr makin gegar


Peluru Bonsai jr terkini. Minggu lepas ada sahabat dari Brunei datang nak beli tapi x jadi. Bila tengok lehernya terketar2 lantas dia bertanya "sakit ka ini ayam cikgu" :)

Saturday, March 3, 2012

PELURU EMAS jr

LIMBAT + HUSIN

Anak kepada Peluru Emas. Baru nak mencecah umur muda. Dari baka Limbat + Husin. Setting untuk dijadikan pembaka kerana memenuhi ciri2 pembaka yang CJ cari antaranya ialah pinggang yang panjang serta tarik walaupun belakang lurus tanpa lekuk@patah (tarik leher).